Isnin, 16 Mac 2009

Wanita Berperanan Penting Dalam Program Dakwah








KOTA KINABALU: Golongan wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki.

Naib Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datin Halijah Haji Nasip berkata, dalam sesetengah keadaan peranan golongan wanita lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

“Sejarah membukitikan peranan wanita Muslimah dalam jihad Rasulullah Saw. amat signifikan. Sebahagian besar mereka yang berhijrah ke Habasyah adalah bersama isteri isteri mereka,bahkan sejarah Islam mencatat bahwa manusia yang pertama kali menyambut dakwah Islam adalah seorang wanita, yaitu Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah Saw. Dan manusia pertama yang syahid di jalan Allah juga seorang wanita, yaitu Sumayyah” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Wanita (USIA) Pusat di ibu pejabat (USIA) Sembuan petang kemarin.

Majls tersebut turut dihadiri oleh Penanug Wanita (USIA) Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Sitti Rukaiyah Panglima Abdullah sebagai tetemu kehormat seramai hampir 100 orang ahli –ahli Wanita (USIA) dari sekitar daerah Kota Kinabalu,Tuaran,Papar ,Penampang dan Kota Belud

Jelas Halijah kewajipan dakwah sama sahaja antara lelaki dan wanita dimana keadaan umat masa kini
sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik.

“ Dalam setuasi ini kaum wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka,dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mereka dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka” katanya

Sehubungan dengan itu Halijah meminta kaum wanita agar melakukan perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumah tangga.menurut beliau bagi melakukan pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan rumah tangga wanita mestilah benar-benar mengetahui takat kemampuan maksimum yang boleh atau mampu diberikannya kepada kegiatan dakwah terutamanya kepada anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan