Isnin, 16 Mac 2009

Wanita Berperanan Penting Dalam Program Dakwah








KOTA KINABALU: Golongan wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki.

Naib Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datin Halijah Haji Nasip berkata, dalam sesetengah keadaan peranan golongan wanita lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

“Sejarah membukitikan peranan wanita Muslimah dalam jihad Rasulullah Saw. amat signifikan. Sebahagian besar mereka yang berhijrah ke Habasyah adalah bersama isteri isteri mereka,bahkan sejarah Islam mencatat bahwa manusia yang pertama kali menyambut dakwah Islam adalah seorang wanita, yaitu Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah Saw. Dan manusia pertama yang syahid di jalan Allah juga seorang wanita, yaitu Sumayyah” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Wanita (USIA) Pusat di ibu pejabat (USIA) Sembuan petang kemarin.

Majls tersebut turut dihadiri oleh Penanug Wanita (USIA) Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Sitti Rukaiyah Panglima Abdullah sebagai tetemu kehormat seramai hampir 100 orang ahli –ahli Wanita (USIA) dari sekitar daerah Kota Kinabalu,Tuaran,Papar ,Penampang dan Kota Belud

Jelas Halijah kewajipan dakwah sama sahaja antara lelaki dan wanita dimana keadaan umat masa kini
sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik.

“ Dalam setuasi ini kaum wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka,dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mereka dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka” katanya

Sehubungan dengan itu Halijah meminta kaum wanita agar melakukan perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumah tangga.menurut beliau bagi melakukan pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan rumah tangga wanita mestilah benar-benar mengetahui takat kemampuan maksimum yang boleh atau mampu diberikannya kepada kegiatan dakwah terutamanya kepada anak-anak.

LARANGAN PERKATAAN"ALLAH" UNTUK AGAMA LAIN PERLU DIHORMATI SEMUA PIHAK:ABIM

KOTA KINABALU: Larangan penggunaan perkataan `Allah’ oleh agama lain yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dihormati oleh semua pihak.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Sabah menegaskan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah mewakili pandangan yang berasaskan ilmu yang mendalam, demi memelihara keharmonian beragama di negara ini.

“Abim Sabah berpendapat penggunaan kalimah Allah perlu didasarkan oleh ilmu yang benar dari aspek epistemologi, pandangan alam dan kajian ilmiah yang jujur,” kata Yang Dipertua Abim Sabah, Abdul Manap Mahmud di sini.

Beliau berkata sentimen yang ditimbulkan oleh segelintir individu sebenarnya akan menyebabkan kekeliruan lebih besar dalam masyarakat umum di negara ini khususnya kepada yang tidak memahami pengertian sebenar kalimah Allah.

Dalam pada itu Abim Sabah juga menggesa agar Kerajaan Negeri menguatkuasakan undang-undang Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sabah yang berkaitan dengan isu murtad dengan lebih tegas.

Kerajaan juga diminta memasukkan peruntukan dalam undang-undang negeri ini berhubung dengan hukuman bagi sesiapa yang didapati mendakyah agama lain kepada orang Islam untuk menukar agama lain, kata Abdul Manap.

Beliau juga berkata dalam usaha memberi penerangan dan kefahaman menyeluruh dalam konteks masyarakat majmuk dan keharmonian, maka Abim mencadangkan agar Institut Kajian Islam ditubuhkan.

“Kita mencadangkan agar institut seumpama ini diwujudkan di Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah. “Institut ini penting agar kajian sistematik tentang Islam dan kpercayaan beragama dapat diperkukuhkan,” katanya lagi.

Ahad, 15 Mac 2009

MASJID NURUL IMAN LOK KAWI SAMPAI SUMBANGAN TABUNG GAZA


SERAH...Kelihatan Abdullah menerima repelika cek dari Pengerusi masjid Nurul Iman Lok Kawi Mohd Khairuddin bagi mengisi tabung Kemanusian GAZA pagi kemarin di ibu Pejabat (USIA) SUMBANGAN BERTERUSAN....Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan rakyat Palasetin masih berterusan apabila sumbangan bagi mengisi tabung kemanusiaan GAZA masih mendapat perhatian dari masyarakat di negara ini. Sumbangan dari badan badan sukarela,sektor korprat.swasta dan badan badan masjid di negeri ini begitu amat menggalakkan. Pagi Kemarin Masjid Nurul Iman Lok Kawi turut menyampaikan sumbangan bagi mengisi Tabung Gaza dimana sebanyak RM1,300 berjaya dikumpulkan dari masyarakat Islam setempat dan sumbangan tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat (USIA) dimana setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Nurul Iman Lokawai Mohd.Jhairuddin Johari dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat (USIA) Jalan Sembulan pagi kemarin

LAWATAN AMAL KE PUSAT (OKU) SANDAKAN





LAWATAN AMAL...Isteri Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang juga Penaung Wanita (USIA) Pusat Toh Puan Hajah Datuk Seri Panglima Sitti Rukaiyah Datuk Panglima Abdullah pada sabtu lepas telah mengadakan lawatan amal ke Taman Didikan Anak-Anak Kurang Upaya (OKU) di Jalan Labuk Sandakan. Pada lawatan tersebut selain beramah mesra dengan golongan (OKU) dan juga kakitangan di pusat berkenaan Rukaiyah juga turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni di pusat berkenaan

JANGAN AMBIL RINGAN ASPEK PERPADUAN SAKARAN





SANDAKAN: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai menyeru rakyat supaya menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di kalangan manusia sebagai asas kecemerlangan dan pemangkin khaira ummah iaitu menjadi umat yang berkualiti .

Beliau berkata usaha untuk menyatupadukan masyarakat adalah usaha yang berterusan sejajar dan bertepatan dengan tuntuan serta cabaran pada alaf ke-21 ini.

“Oleh yang demikian, segala dasar dan polisi yang dirangka ke arah menjadikan negara ini dan seluruh rakyat sebagai komuniti negara maju pada masa hadapan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan ini diambil ringan semua pihak.” Katanya ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di Padang Perbandaran Sandakan pada pagi sabtu lepas.

Hadir sama Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ABM Fajer ,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta hampir 8000 orang masyarakat Islam setempat .

Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan bermula dengan perarakan sejauh 1 kilomter yang diketuai oleh Sakaran yang berakhir di Padang Perbandaran Sandakan.

Sakaran menambah apabila sebahagian umat manusia dijangkiti sikap tamak dan mementingkan diri serta tidak lagi mempedulikan nilai-nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi, maka berlakulah pelbagai bentuk malapetaka dan kemusnahan yang menimpa hidup manusia lantaran kemurkaan Allah S.W.T.

Menurut Sakaran yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, kegagalan umat Islam mentaati ajaran Al Quran menyebabkan mereka mudah berpecah yang menjadi penyumbang kepada kelemahan mereka.

Sehubungan dengan itu beliau mengajak Umat Islam agar mendewasakan sikap serta tingkah laku keagamaan melalui peningkatan agama secara meluas dan mendalam.

“ Jika kita (umat Islam) berpanggang kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan terus bersatu padu, ianya merupakan asas kekuatan bagi Umat Islam untuk terus berjaya menghadapi cabaran yang mendatang” tambah Sakaran.

Jumaat, 13 Mac 2009

PELAJAR UNITAR MINAT JADI AHLI USIA


BINCANG….Sakaran bersama Abdullah turut berbincang dengan Dr.Morni semasa pertemuan tersebut

KOTA KINABALU: Pelajar dan kakitangan Unversiti Tun Abdul Razak (UNITAR) cawangan negeri ini berminat untuk menjadi ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Perkara ini dizahirkan semasa kunjungan hormat Ketua Pegawai Executive (UNITAR) Prof Dr.Morni Kambrie bersama rombongan keatas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai di ibu pejabat (USIA) Sembulan pagi kemarin.

Menurut Dr.Morni sebagai langkah permulaan seramai 45 orang pelajar dari unversiti berkenaan telahpun menyerahkan borang permohonan mereka untuk menyertai pertubuhan tersebut.

“ Kita berkeyakinan jumlah permohonan ini akan bertambah yang bukan sahaja melibatkan pelajar pelajar namun kakitangan beragama Islam dari unversiti ini juga menunjukkan minat untuk menjadi ahli pertubuhan ini ” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin ketika ditemui selepas majlis ini berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan pelajar dari pusat pengajian tinggi di negeri ini untuk menjadi ahli pertubuhan tersebut.

“Minat dari para pelajar di institutsi pengajian tinggi untuk sama sama menjadi ahli dalam pertubuhan ini memang kita alu-alukan dan dengan adanya maklum balas yang positif ini turut memberikan gambaran mereka turut memahami arah serta perjuangan pertubuhan ini dalam usaha menegakkan syair Islam khususnya di negeri ini” Katanya.

Sehubungan dengan itu Abdullah mengesa mana-mana pelajar yang berminat untuk menjadi ahli pertubuhan ini mereka boleh mendaftar di cawangan cawagan yang berhampiran atau membuka cawangan baru mengikut bahagian bahagian yang telah sediaada.

“ Bagi satu cawangan baru kita hanya memerlukan keahlian seramai 50 orang bagi membolehkan cawangan baru dapat diwujudkan dan ianya perlu jawatankuasa penaja terlebih dahulu sebelum cawangan tersebut dapat diluluskan oleh ibu poejabat” tambah Abdullah

PROGRAM "BAITUN NUR" DIPERLUASKAN KE DAERAH PITAS












PITAS: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan mempertimbangkan bagi memperluaskan program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Saudara Kita) ke daerah ini memandangkan terdapat permintaan dari masyarakat Islam khususnya saudara-saudara baru di kawasan iniagar program tersebut diperluaskan ke kawasan itu.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata. Program “ Baitun Nur” yang telah diadakan sejak awal tahun lepas telah pun dilaksanakan di beberapa buah daerah sebelum ini ,antaranya Papar,Tengod,Keningau ,Nabawan dan Kota Marudu .

“ Kita (USIA) sedia mempertimbangkan program ini untuk dilaksanakan di daerah ini, dan berharap satu jawatankuasa pelaksananya dapat dibentuk awal bagi membolehkan program ini dapat dilaksanakan pada tahun ini” katanya dalam satu perjumpaan dengan masyarakat Islam di masjid kampong Pingan-Pingan Pitas baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua (USIA) Bahagian Kota Marudu Ustaz Abdul Kahar Abdul Rahman,Pegawai Perhubungan Dakwah (USIA) Pusat Damit Tajuddin serta lebih 40 orang masyarakat Islam setempat.

Menurut Abdullah program” Baitun Nur” mendapat maklum balas yang positif dari masyarakat Islam khususnya golongan saudara baru dimana program yang berjalan selama 6 bulan ini memokaskan bimbingan dari segi aqidah,syariah,akhlak disamping pengajian Al-Quran.

“Program ini adalah antara peranan yang dimainkan oleh pertubuhan ini khusus dalam menjana serta melahirkan masyarakat Islam dalam acaun modal Insan cemerlang dari segi minda,akhlak serta peribadinya seiring dengan ajaran agama Islam yang sebenarnya” katanya.

Terdahulu dari itu Abdullah turut melakukan lawatan di pusat “Baitun Nur” di kampong Mara Sin Sin Kota Marudu dimana program ini telahpun berlangsung selama dua bulan dan disertai seramai 50 orang peserta

YDP USIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JAKIM SABAH





UNJUNGAN HORMAT:
Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai pagi kemarin menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah yang baru Ustaz Aziz Haji Mohamad. Semasa pertemuan tersebut pelbagai isu turut dibincangkan antaranya jalinan kerjasama antara (USIA) dan (JAKIM) dalam melaksanakan pelbagai program dakwah di negeri ini agar kesannya lebih menyeluruh dan memberikan manafaat demi kemajuan dan pembangunan umat Islam di negeri ini. Hadir sama di perjumpaan tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Khamis, 12 Mac 2009

USIA LIPAT GANDA DAKWAH KEMBANG SYIAR ISLAM DI KALANGAN SAUDARA BARU




KOTA KINABALU 10 Mac - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan melipat gandakan gerakan dakwahnya di negeri ini dalam usaha mengembangkan syiar Islam di kalangan saudara-saudara baru.

Yang Dipertuanya, Tun Sakaran Dandai (gambar)berkata, gerakan dakwah yang dijalankan oleh pertubuhan itu pada tahun 1969 hingga 1976 telah melahirkan kira-kira 50,000 saudara baru di Sabah.

''Jumlah tersebut semakin bertambah hingga ke hari ini. Kita beruntung kerana dibantu oleh institusi Islam dan badan-badan dakwah yang lain di negeri ini," katanya pada majlis makan malam meraikan peserta seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Sabah, Prof. Madya Dr. Worran Kabul; Pengarah Seminar Serantau Perkembangan Islam, Yunus Abd. Samed dan Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin.

Seminar sehari itu disertai lebih 100 peserta tempatan dan luar negara iaitu Indonesia dan Brunei Darussalam.

Sakaran berkata, pertubuhan tersebut akan terus memainkan peranannya sebagai badan dakwah yang terunggul di negeri ini ke arah memperkasakan gerakan dakwah seiring dengan cabaran dan keperluan semasa.

''Dakwah seharusnya dilaksanakan dengan ikhlas dan sistematik supaya ia kekal lestari dan relevan setiap masa," katanya.

Beliau menambah, ledakan kemajuan teknologi maklumat juga harus digunakan oleh golongan pendakwah Islam ke seluruh dunia sebagai pendekatan terbaik dalam gerakan dakwah yang mereka jalankan.

''Para pendakwah tidak seharusnya terikat dengan satu pendekatan sahaja. Mereka harus mempelbagaikan kaedah dan pendekatan yang sesuai dan ia perlu dilakukan dalam perancangan organisasi yang erat dan mantap," ujarnya.

Mengenai seminar tersebut, Sakaran berkata, ia merupakan medan terbaik untuk melebarkan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman pendakwah Islam untuk dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam di rantau ini.

''Hasil perbincangan melalui seminar ini diharap dapat dikongsi bersama demi kebaikan dan kemajuan masyarakat Islam secara keseluruhannya," katanya.

KONTENJAN USIA




KONTENJAN USIA...Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) merupakan salah sebuah pertubuhan Islam yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang bermula dari Padang Merdeka dan berakhir di Dewan Saadag Wisma MUIS pagi kemarin.Perakaran yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah,Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman,Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin,Pengerusi Sambutan Datuk Haji Nasir Tun Sakaran serta hampir 5000 orang umat Islam .Turut serta dalam pearakan ini wakil wakil dari jabatan kerajaan,swasta,sekolah,institusi pengajian tinggi awam dan Institut Latihan. dimana sebanyak 83 Kontenjen berarak sambil berselawat menuju ke Wisma Muis untuk upcara perasmian dan penyampaian hadiah pada sambutan yang bertemakan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"

USIA MAIN PERANAN DAULATKAN PERKEMBANGAN ISLAM DI SABAH







KOTA KINABALU: Pertubuah Islam Seluruh Sabah (USIA) yang wujud sejak 40 tahun telah memainkan peranan yang cukup penting bagi mendaulatkan perkembangan Islam di negeri ini.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Dr.Haji Sakaran Dandai berkata, dari tahun 1969 hingga tahun 1976 sahaja kira-kira 50,000 orang telah berjayakan dijadikan saudara seagama melalui gerakan yang dimainkan oleh pertubuhan tersebut .

“ Jumlah tersebut semakin bertambah dengan adanya usaha yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut termasuk juga gerakan yang dilakukan oleh Institusi Islam dan badan badan dakwah yang lain di negeri ini” katanya ketika berucap menyampaikan Ucap Utama di Majlis Dinner Talk Sempena seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu baru baru ini .

Hadir sama di majlis tersebut Pengarah Kampus UITM Sabah Professor Madya Dr.Worran Haji Kabul, Pengarah Seminar Serantau Perkembangan Islam Ustaz Yunus Abd.Samed ,Setiausaha Agung Usia Datuk Haji Abdullah Hussin serta lebih 100 orang peserta terdiri dari wakil wakil dari Negara Indonesia,Brunei,Sarawak dan Sabah

Menurut Sakaran yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sabah pertubuhan tersebut akan terus memainkan peranannya sebagai badan dakwah yang terunggul dinegeri ini melalui pelbagai program dan pendekatan dakwah bagi memperkasakan gerakan dakwahnya seiring dengan cabaran dan keperluan semasa.

“ Medan dakwah adalah medan yang memerlukan seni artistik untuk menjayakannya, dakwah seharusnya dilaskanakan dengan ikhlas dan sistematik supaya ia kekal lestari dan relevan sepanjang zaman” katanya.

Sakaran menambah hari ini ledakan kemajuan teknologi maklumat begitu pentas berlaku dan dalam kontek ini perkembangan perkembangan dakwah seharusnya dimanfaatkan untuk tujuan menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh pelusuk dunia.

“ Para pendakwah tidak seharusnya terikat dengan satu pendekatan sahaja namun perlu mempelbagaikan keadah dan pendekatan yang sesuai dan ianya perlu dilakukan dalam peranvangan organisasi yang erat dan mantap” katanya

Mengulas program tersebut Sakaran berpendapat ianya sebagai medan untuk melebarkan pengetuhan ,pemahaman dan pengalaman Institusi Islam di segenap Borneo untuk dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam di rantau ini.

“ Melalui seminar ini kita berharap ianya akan memberikan manafaat untuk membangunkan Islam dan umatnya melalui hasil perbincangan untuk dikongsi bersama demi kebaikan dan kemajuan masyarakat Islam secara keseluruhannya” tambah Sakaran

USIA MENYOKONG LARANGAN PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) menyokong penuh langkah kerajaan melarang pengunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald Catholic

Setiauasha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin (Gambar) berkata, keputusan tersebut adalah tepat dan wajar bagi mengelak salah faham dan kekeliruaan dikalangan penganut Islam.

“ Kita menyokong keputusan yang dilakukan kerajaan kerana penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama lain dikhuatiri mengelirukan umat Islam khususnya golongan kanak-kanak dan mereka yang kurang pengetahuan tentang agama” katanya dalam satu kenyataan media sebagai mengulas keputusan kerajaan bagi melarang penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar Herald Catholic.

Menurut Abdullah Islam sebagai agama rasmi negara sebagaimana yang terkandong dalam perlembagaan perlu dihormati justeru pengunaan perkataan Allah dalam sebarang penerbitan yang tidak berkaitan dengan Islam perlu dihentikan bagi menjaga senstiviti masyarakat Islam .

“ Semua pihak perlu sedar isu yang diperjuangan akhbar berkenaan merupakan satu perkara yang amat sensitif dan umat Islam sedia bangkit untuk mempertahankan kesucian Islam sekiranya terdesak” tambah Abdullah.

Abdullah menambah apabila keputusan kerajaan ini tidak dihormati ianya akan menimbulkan krisis (agama) yang sekali gus menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara dan ini sudah tentu akan menyinggung perasaan Umat Islam dan marah kerana golongan ini cuba mencemari kesucian agama Islam.

USIA BANTU SAUDARA BARU DALAMI AJARAN ISLAM TYDP USIA


BINCANG …Sakaran,Lajim Nasir Abdullah dan Salsidu semasa mesyuarat tersebut

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan terus membantu saudara saudara baru (mualaf) di negeri ini melalui pelbagai program yang disediakan oleh pertubuhan tersebut khususnya dalam mempertingkatkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, melalui program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Suadara Kita) yang telah dan akan akan terus dilaksanakan merupakan pendekatan (USIA) bagi membantu golongan mualaf di negeri ini untuk mendalami kefahaman mereka terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.

“ Program ini telahpun berjalan sejak tahun lepas setakat ini kita telah diadakan di beberapa buah daerah iaitu Papar, Keningau ,Tengod,Kota Marudu dan akan menyusul di Bangi Kudat pada Bulan April akan datang” katanya ketika ditemui disini selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (USIA) di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua Datuk Nasir Tun Sakaran,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan Haji Salsidu Ibrahim

Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penyelaras Program Program, Mualaf Sabah Mohd.Nazri Abdullah yang mendakwa kebajikan golongan ini terabai dan menjadi punca segelintir saudara baru kembali kepada agama asal mereka.

“ Sebagai salah sebuah pertubuhan Islam di negeri ini, (USIA) mengambil makanisme serta turut memainkan peranannya bagi membantu golongan ini agar mereka lebih dekat dan memahami ajaran Islam melalui bimbingan program yang berjalan selama enam bulan yang merangkumi bimbingan aqidah,syariah,akhlak dan pengajian Al Quran” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Parlimen Beaufort itu juga yakin kerajaan melalui jabatan dan agensi yang berkaitan turut membantu golongan ini termasuklah dari segi bimbingan,bantuan termasuklah pemberian zakat.

Beliau juga turut meminta golongan ini agar tidak meminggirkan diri dari program program yang disediakan oleh kerajaan termasuklah program-program dakwah yang dianjurkan oleh pertubuhan pertubuhan Islam agar mereka tidak terpinggir.

“ Diperingkat (USIA) selain program program keilmuan yang disediakan oleh pertubuhan ini kita juga mempunyai pegawai pegawai dakwah yang sedia membantu dari segi kefahaman beragama dan adalah lebih baik mereka memohon menjadi ahli (USIA) dimana kita akan dapat selaraskan program program yang sesuai mengikut bahagian masing-masing” tambah Lajim

USIA SAMBUT BAIK DANA KHAS UNTUK BADAN DAKWAH



MESRA …Ahmad Zahid bersalaman dengan Abdullah sejurus tiba ke majlis tersebut

RANAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyambut baik cadangan kerajaan persekutuan yang memberikan dana khas kepada Sabah untuk memantapkan lagi kursus dakwah dan penghayatan Islam khususnya yang membabitkan golongan saudara baru.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, cadangan tersebut amat dialu-alukan dan dihargai yang boleh membantu pertubuhan termasuk badan badan dakwah di negeri ini mengerakkan aktiviti keagamaan disamping mengembangkan syiar Islam di negeri ini

“Pertubuhan ini termasuk badan badan dakwah yang lain sememangnya komited dalam melaksanakan pelbagai program dakwah namun tidak dinafikan faktor kewangan menjadi kakangan bagi perlaksanaan program yang lebih menyeluruh” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perasmian Pusat Latihan Dakwah di Kundasang Ranau dekat sini baru baru ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Abdullah yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menimbangkan pemberian dana khas kepada pertubuhan dan badan dakwah di negeri ini untuk melaksanakan program program dakwah.

Sambil melahirkan keyakinan pemberian dana khas tersebut akan menjadi pemangkin kepada gerakan dakwah di negeri ini berjalan dengan lebih efektif Abdullah berkata, melalui peruntukan tersebut bukan sahaja aktiviti dakwah dapat dipertingkatkan namun ianya mampu mencapai sasaran bagi melahirkan modal insan yang lebih cemerlang seiring dengan cabaran masa kini.

“ Kita yakin dengan kesediaan kerajaan Pusat menyediakan dana khas ini mampu mempertingkatkan usaha badan badan dakwah untuk melaksanakan pelbagai program khususnya bagi melahirkan masyarakat Islam yang berkualiti dari segi pemikiran dan akhlaknya” katanya.

WANITA DIGESA TUMPU USAHA BANGUNKAN DIRI







SANDAKAN: Kaum wanita di negeri ini digesa menumpukan kekuatan kepada usaha membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah menjadikan wanita sebagai rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin,berkata kaum wanita perlu lebih bersemangat dan bertekad untuk meningkatkan keupayaan, terutama ilmu pengetahuan, supaya dapat terus menyumbang kepada pembangunan keluarga dan masyarakat.
Beliau berkata demikian semasa berucap menutup Seminar Sehari Pemantapan Wanita Masa Kini anjuran Wanita (USIA) Pusat dengan kerjasama Wanita (USIA) Bahagian Sandakan di masjid daerah di sini, dimana hampIr 200 orang peserta menyertai seminar tersebut
Hadir sama di majlis tersebut Ketua (USIA) Bahagian Sandakan Syed Ismail Syed Omarali,,Naib Ketua Wanita (USIA) Datin Halijah Nasip dan Pengarah Dakwah (USIA) Abuhurairah Abdurahman.
Abdullah berkata kaum wanita di Malaysia telah mencapai banyak kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik dan akademik.
``Ini disebabkan oleh kebebasan dan galakan yang diberi oleh pihak kerajaan yang sentiasa mengiktiraf sumbangan wanita terhadap pembangunan negara. Malah kaum wanita telah dianggap sebagai rakan kongsi kaum lelaki, bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi pelbagai cabaran.''
``Hasilnya ialah keamanan negara serta pembangunan yang pesat yang kita nikmati hari ini,'' kata Abdullah
Beliau turut menekankan keupayaan menghadapi cabaran alaf globalisasi dan perubahan teknologi yang pesat perlu diperkukuhkan di samping tidak mengabaikan peranan utama sebagai ibu kepada anak-anak.
``Tanggungjawab membina institusi keluarga yang kukuh dan dilengkapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif hendaklah diberi perhatian khusus oleh wanita sebagai penjana keluarga bahagia dan berjaya,'' katanya.

PELBAGAI PROGRAM AKAN DILAKSANAKAN UNTUK SAMBUTAN ULANG TAHUN USIA KE 40





MEMPENGERUSIKAN…Kelihatan Abdullah (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Pelabagi program siap diatur bagi merayahkan sambutan ulang tahun ke 40 penubuhan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang ditubuhkan sejak tahun 1969 dimana pada tahun ini genaplah empat puluh tahun ini penubuhanya di negeri ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, sambutan akan dimulakan pada penghujung bulan April ini dengan pelancaran buku yang mengandungi sejarah dan perjuangan (USIA) sejak empat puluh tahun lepas dimana ianya dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Yang terutamanya Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Abdullah di salah sebuah hotel terkemuka di kota kinabalu.

“ Selain pelancaran buku kita juga akan selitkan acara tersebut dengan tayangan klip video yang mempertintonkan sejarah dan pencapaian (USIA) dalam pelbagai program yang dijalankan sepanjang pertubuhan ini ditubuhkan” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk sambutan di ibu pejabat (USIA) Jalan Sembulan petang kemarin

Menurut Abdullah perayaan yang berjalan sehingga penghujung tahun ini juga akan dilakukan oleh bahagian-bahagian (USIA) mengikut zon masing-masing dan pelbagai program yang difikirkan sesuai dan akan ditentukan oleh zon-zon yang dipilih kelak.

“ Di peringkat bahagian bahagian perayaan akan dilakasanakan mengikut zon-zon yang akan ditentukan dimana program yang dilaksanakan lebih menjurus kepada program program yang berbentuk keagamaan “ tambah Abdullah.

Abdullah menambah kemuncak sambutan akan dilanjutkan sehingga ke penghujung tahun dimana (USIA) akan mengadakan pemeran secara besar-besaran dimana melalui pemeran ini ahli-ahli (USIA) khususnya umat Islam di negeri ini akan dapat melihat secara lebih dekat sejarah penubuhan,serta pencapaian yang telah dilakukan oleh (USIA) sejak 40 tahun ianya di tubuhkan di negeri ini.

“ Pemeran ini akan merangkumi pelbagai aspek antara pendidikan, dakwah,ekonomi dan lain lain” katanya.

Dalam perkembangan yang berkaitan Abdullah berkata tahun ini juga (USIA) akan mengadakan mesyuarat agungnya kali yang ke 23 yang melibatkan pemilihan jawatankuasa tertinggi peringkat cawangan,bahagian dan pusat .

Sehubungan dengan itu Abdullah meminta semua cawangan dan bahagian dapat menyusun mesyuarat tahunan di peringkat cawangan dan bahagian masing masing dan menghantar laporan mesyuarat ke ibu pejabat lebih awal untuk dikemaskinikan

PROGRAM MITOVASI DALAMAN USIA




PENUH MINTA..Sakaran bersama Matussin,Abdullah serta pegawai dan ahli (USIA) begitu berminat menumpukan perhatian kepada program mitovasi melalaui tayangam vedio di majlis tersebut

MITOVASI DALAMAN...Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai pagi kemarin mengetuai pegawai serta kakitangan (USIA) termasuk ahli-ahli (USIA) sekitar daerah Kota Kinabalu,Penampang,Papar dan Tuaran mengikuti seminar Mitovasi dalaman melalui tayangan Video yang bertajuk "Manajeman Sukses " (Menjamin Suksis) oleh Wahtiudin SE MBA seorang tokoh cendikawan Islam yang terkenal di Indonesia. Sesi ceramah yang menggunakan tayangan salide itu disertai hampir 50 orang peserta yang mana ianya turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Haj Matussin Awang Damit dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk haji Abdullah Hussin. Abdullah ketika ditemui selepas majlis ini berkata, program tersebut merupakan pendekatan bagi ,meningkatkan mitovasi kepada pegawai dan kakitangan termasuk ahli-ahli (USIA) bagi mengwujudkan budaya hidup yang lebih berdaya saing,kreatif dan inovatif selaras dengan usaha untuk melahirkan Modal Insan cemerlang bukan sahaja dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab terhadap pertubuhan tersebut namun demi untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat Islam dan juga pembangunan negara .

USIA BINA LOJI PEMPROSESESAN MINYAK GAHARU


SERAH SUMBANGAN….Kelihatan Sakaran diiringi oleh Abdullah menyerahkan mok cek kepada wakil NST Mohd.Azrone Sarabatin di majlis tersebut
KOTA KINABALU, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) akan membina sebuah loji pemprosesan minyak gaharu di Telupid ditapak seluas 5.2 hektar yang dianggarkan bernilai RM1 juta menerusi peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam tempoh terdekat ini.
Setiausahanya, Datuk Abdullah Hussin, berkata loji itu akan menjadi galakan dan pemangkin kepada usaha pertubuhan itu untuk mengembangkan penanaman dan teknologi tumbuhan itu di negeri ini.
Katanya, tapak berkenaan sudah dikenalpasti iaitu sejauh enam kilometer (km) dari pekan Telupid serta berhampiran jalan utama yang menghubungkan Pantai Timur Sabah dengan bandar raya ini.
"Loji berkenaan akan dilengkapi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta rehat dan rekreasi (R&R) yang sekali gus menjadikannya tumpuan penyelidik, pelancong dan orang awam,' katanya kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Tabung NSTP Untuk Gaza sebanyak RM18,547.20 yang disempurnakan Yang Dipertua Usia, Tun Sakaran Dandai di Ibu Pejabat Usia di Sembulan, dekat sini semalam.
Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan 10 bahagiannya Usia di seluruh negeri dengan bahagian Beaufort menjadi penyumbang terbesar iaitu RM4,856, Tawau (RM4,610), Semporna, (RM3,491), Kudat (RM1,225), Beluran (RM1,005), Kinabatangan (RM1,000), Kuala Penyu (RM1,000) Ibu Pejabat Usia ((RM551), Papar (RM485) dan Penampang (RM324).
Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri yang juga Ketua Belia Usia Pusat, Datuk Sairin Karno dan Naib Yang Di Pertua Usia, Datuk Matussin Awang Damit.
Sumbangan diterima wakil NSTP yang juga wartawan Berita Harian Sabah, Mohd Azrone Sarabatin.
Ini adalah sumbangan kedua Usia untuk tabung kemanusiaan itu dengan bulan lalu pertubuhan itu menyumbang RM10,000.
Sementara itu, Sakaran berkata , Usia sudah menanam 30,000 pokok gaharu sejak Oktober lalu membaitkan 100 hektar tanah dengan spesies terbesar yang ditanam adalah `malaccensis' iaitu spesies terbaik dalam keluarga tumbuhan dengan nama saitifik `Aquilaria malaccensis' itu.
Katanya, Usia mensasarkan seorang ahli sekurang-kurangnya menanam sebatang pokok yang dianggarkan boleh boleh mengeluarkan tiga liter minyak gaharu dalam tempoh matang tujuh tahun.
Beliau berkata, seliter minyak gaharu boleh mencecah RM70,000.
"Usia mensasarkan penanam sejuta batang gaharu mulai Oktober lalu hingga penghujung 2020," katanya.
Dalam pada itu, Sairin berkata Belia Usia Pusat mensasarkan penubuhan Sukarelawan Usia untuk membantu mangsa keganasan dan bencana alam di seluruh dunia.
"Sebelum ini Usia pernah menghantar sukarelawan ke Acheh untuk membantu mangsa tsunami meliputi 10 anggota diketua Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Dastuk Nasir sakaran," katanya.

USIA CEBURI TANAMAN GAHARU




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan melibatkan diri dalam tanaman gaharu dan akan menguasai industri tersebut di negeri ini.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, melalui sokongan ahli pertubuhan tersebut disamping terdapatnya kawasan tanah yang boleh diusahakan dalam industri berkaitan ianya menjadi sumber ekonomi yang baru untuk ahli dan juga pertubuhan tersebut.

“ Melalui usahasama dengan Agensi Nuklear Malaysia kita yakin industri ini akan dapat dilaksanakan sepenuhnya ,ini kerana (AIM) memiliki_ kekuatan teknologi inokulasi yang bukan sahaja berwibawa tapi memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang ini” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangai perjanjian antara pertubuhan tersebut dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di Ibu Pejabat (USIA) jalan Sembulan malam kemarin

Hadir sama Ketua Pengarah (ANM) Datuk Dr.Daud Mohamad, Naib Yang Di Pertua (USIA) Datuk Haji Matussin Awang Damit,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan (USIA) Haji Salsidu Ibrahim.

Menurut Sakaran penanaman gaharu di negeri ini berpotensi untuk dimajukan dan ianya memberikan pulangan lumayan sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh malah ianya akan memberikan manafaat dari segi pualng pekerjaan dan pulangan ekonomi bukan sahaja untuk ahli pertubuhan namun ekonomi rakyat keseluruhannya dapat dijana dalam industri ini .

Sementara itu Ketua Pengarah (ANM) Dr. Daud Mohamad berkata, pihak telah menjalankan penyelidikan terhadap gaharu sejak tahun 2003 dan mendapati tanaman berkenaan boleh dijadikan instumen bantu kerajaan keluarkan rakyat dari himpitan kemiskinan.

Katanya, gaharu yang dikenali “agarwood” boleh dimajukan tanpoa meminggirkan aspek kelestarian sumber alam dan memelihara biodiversity dan ekosistem yang sediaada


Dr. Daud menambah kementerian Sains dan teknologi dan Inovasi memperuntukan sejuta ringgit untuk membiayai kos pembinaan sebuah loji pemprosesan minyak gaharu di Telupid sedikit masa lagi dimana ianya boleh diliaht sebagai galakan dan pemangkin kepada usaha memperhebat penanm,an gaharu di negeri ini.