Rabu, 23 Disember 2009

Umat Islam Diajak Tingkatkan ilmu hadapi globalisasi







IKTAN UKHAWAH...Lajim bersalaman dengan masyarakat Islam setempat sejurus tiba di majlis tersebut

MENUMBOK : - Umat Islam diingatkan supaya tidak hanya berserah kepada takdir semata-mata sebaliknya meningkatkan usaha bagi menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan bagi menghadapi era globalisasi agar tidak terus ketinggalan.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dizaman yang semakin mencabar ini, keperluan untuk menguasai ilmu pengetahuan adalah penting kerana kegagalan untuk menguasainya menyebabkan umat Islam akan terus diperlekeh dan ketinggalan.

Tegas beliau, usaha meningkatkan ilmu pengetahuan sejajar dengan konsep hijrah sebagaimana yang dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah pada awal perkembangan agama Islam.

"Umat Islam tidak boleh lagi berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir semata-mata, tetapi perlu berusaha untuk maju bagi melahirkan umat Islam yang bersatu padu serta berjaya di dunia dan akhirat," kata nya ketika berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah 1413 H peringkat daerah Kecil Menumbok di Dewan Masyarakat Awang Samaun di sini kemarin..

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,umat Islam kini tidak boleh lagi berada di takuk lama dan menyisih diri daripada masyarakat lain tetapi perlu bersedia berubah dari segi minda, ilmu dan sosio ekonomi.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bersatu padu kerana dengan cara itu ia akan meningkatkan lagi kekuatan ummah dan kembali menjadi umat yang disegani.

''Kita harus mengambil intipati pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa Hijrah yang mana memintanya umat Islam agar sentiasa mempunyai strategi terancang dan rapi bagi mencapai kejayaan yang gemilang," katanya.
Menurut Lajim lagi selain kepentingan menuntut ilmu, umat Islam juga tidak seharusnya memandang ringan perpaduan ummah kerana jika berilmu tetapi tidak bersatu, sukar untuk membina satu tamadun.
Sehubungan itu katanya, sempena dengan semangat hijrah, umat Islam perlu memperkemas dan mengukuh semula hala tuju supaya matlamat membina ummah cemerlang tercapai

Hadir sama di majlis tersebut Wakil rakyat Kuala Penyu Johm teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Tazak.Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih serta hampir seribu orang masyarakat Islam Setempat:. Oleh:
Jaafar Abdul Wahid

Rabu, 16 Disember 2009

PENGHIJRAHAN BERWAWASAN DAN DINAMIK LETAKKAN KEJAYAAN UMAT ISLAM TUN SAKARAN DANDAI



KOTA KINABALU : Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai (gambar ) mahu umat Islam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kecemerlangan ummah berasaskan penguasaan ilmu dan cara hidup Islam yang berwawasan dan dinamik.

Katanya, kejayaan dan kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada kualiti rakyatnya yang berilmu dan berkemahiran.

"Umat Islam harus melengkapkan pengetahuan mantap berhubung dengan ilmu agama Islam, di samping ilmu sains, matematik, teknologi dan sebagainya.,tanpa ilmu manusia tiada nilai di sisi makhluk, mahupun di sisi penciptanya," katanya dalam perutusannya sempana menyembut Sambutan Maal Hijrah 1431 H 2009 M yang dikeluarkan Bahagian Media Ibu Pejabat (USIA) di sini kemarin

Menurut Sakaran lagi umat Islam perlu berani menghadapi cabaran globalisasi yang semakin mencabar untuk terus bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Oleh itu umat Islam perlu berusaha keras meningkatkan penguasaan mereka dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi supaya tidak ketinggalan,

"Dalam zaman yang serba mencabar ini kita perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai rintangan dan bagi menghadapinya umat Islam perlu mengisi jiwa serta diri dengan pelbagai ilmu akhirat dan dunia supaya tidak ketinggalan zaman," katanya .

Sementara itu Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar ) dalam perutusan yang sama berkata, konsep hijrah hari ini menuntut kepada perubahan demi kemajuan individu, masyarakat dan negara berlandaskan pemikiran yang kreatif dan inovatif

“ Oleh itu jika seseorang khususnya masyarakat Islam inginkan kejayaan di dunia dan akhirat penghijarah yang sebenarnya memerlukan keazaman, kemahiran, kecekalan dalam usaha ke arah kemajuan” katanya

Menurut beliau bagi memenuhi tuntutan ini, Umat Islam khususnya golongan muda perlu memahami dan menghayati sejarah Maal Hijrah serta meneruskan agenda perubahan yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam konteks hari ini.

Menurutnya Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, masyarakat Islam di Negara ini perlu merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam kestabilan politik dan ekonomi untuk terus berusaha mencapai kejayaan

Bagaimanapun Lajim menekankan bahawa keadaan masyarakat khususnya umat Islam tidak akan berubah jika hanya bergantung kepada usaha kerajaan dan penyaluran peruntukan yang besar semata-mata.

"Sebaliknya kejayaan dan kegemilangan umat Islam memerlukan penghijrahan sikap yang lebih positif dan proaktif, sepertimana yang dituntut oleh Islam, terutama dalam menjayakan pelbagai program dan dasar pembangunan kerajaan," katanya.

Khamis, 10 Disember 2009

SAKARAN AJAK AMT USIA BERGERAK DALAM SATU PASUKAN






MESRA...Sakaran bersalaman dengan sebahagian dari Ahli Majlis Tertinggi (USIA) yang terpilih sejurus tiba untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai, mengajak barisan Ahli Majlis Tertinggi pertubuhan tersebut agar dapat membudayakan konsep berkerja berpasukan bagi mempastikan matalamat memperkasakan perjuangan (USIA) dapat dicapai.


Katanya, selaras dengan ajaran Islam ,konsep bermesyuarah dalam membuat sebarang perancangan dan perlaksanaan segala program yang dirancang perlu diamalkan agar ianya memberikan impak yang bermakna terutamanya dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini.


“ Saya yakin dengan adanya gabungan barisan ahli majlis tertinggi yang terdiri dari pelbagai latar belakang serta pengalaman yang sediada pertubuhan ini mampu bergerak lebih jauh ke hadapan bukan sahaja dalam memperkasakan program dakwah namun bidang-bidang lain seperti ekonomi dan pendidikan yang juga turut menjadi tumpuan kita” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi pertubuhan tersebut di Ibu Pejabat (USIA) pagi kemarin.


Pada mesyuarat tersebut Sakaranturut mengumukan perlantikan tiga Naib Yang Dipertua (USIA) yang terdiri dari Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran ,Datuk Haji Matussin Ag.Damit dan seorang muka baru Datuk Pg.Abd.Rahman DSP Pg Digadong Galpam.


Sementara itu Datuk Haji Abdullah Hussin (gambar ) dikekalkan menjawat jawatan Setiausaha,Agung dan bagi Jawatan Penolong Setiausaha Agung ianya masih belum di isi sehingga mesyuarat penuh Ahli Majlis Tertinggi (USIA) akan datang.


Bagi jawatan Bendahari Agung Wakil Rakyat Kawasan Bongawan Datuk Karim Haji Bujang dilantik untuk megisi jawatan tersebut mengantikan jawatan yang sebelum ini disandang oleh Haji Ariffin Sani.


Jawatan Ketua Penerangan pula kekal disandang oleh Haji Salsidu Haji Ibrahim apabila beliau dilantik semula mengisi jawatan tersebut untuk sesi 2009 -2012


Sakaran juga pada mesyuarat tersebut turut mengumumkan perlantikan lima belas orang Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik terdiri dari muka lama dan muka baru. Mereka terdiri dari Wakil Rakyat Kawang Datuk Haji Ghulam Haidar,Khan Wakil Rakyat Gum Gum Datuk Haji Zakaria Edris, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Haji Sairin Karnon, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq Abu Bakara Titingan,Wakil Rakyat Bangi Mijol Unaini, Datuk Abd.Ghani Yassin , Haji Martin Pandin, Puan Nirsuhana Abdullah, Sadi Haji Nasah dan Dr. Haji Minggu Haji Jumaan.


Turut dilantik bagi jawatan majlis tertinggi (USIA) seorang pemimpin muda Exco Pemuda Umno Malaysia yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom Jawawi Haji Jaafar,( gambar ) Ag.Hashim Awang Damit Haji Suhaili Haji Harun, Ustaz Haji Rukmana Anshar dan Sarif Saidi @Sarif Bin Sarif Alawi.


Dalam pada itu Sakaran juga turut mengumukan penstrukuturan semula jawatankuasa Kerja di Peringkat (USIA) Pusat antaranya Jawatankuasa Pembangunan dan Penguruan Aset,Jawatankuasa Keahliandan Penyelaras Bahagian-Bahagian ,Jawatan Pendidikan dan Pengajian Tinggi ,Jawatankuasa dakwah dan Jawatankuasa Profesional dan Ngo Islam.

Ahad, 6 Disember 2009

USIA TURUT LAKSANAKAN IBADAH KORBAN




Kelihatan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin ketika menyerahkan daging korban kepada Pak Yusuf sempana majlis tersebut

USIA LAKUKAN IBADAH KORBAN...Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada sambutan Hari Raya Aidil Hadha tahun ini turut melakukan ibadah korban dimana sebanyak 5 ekor kerbau telah dikorbankan. Majlis penyembilahan dan penyerahan daging-daging korban telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan juga Naib Yang Dipertua (USIA) Haji Amin Ibrahim di perkarangan bangunan (USIA) jalan Sembulan baru-baru ini. Menurut Abdullah setiap tahun apabila hari raya Aidil Hadha tiba pertubuhan tersebut tidak ketinggalan untuk melakukan ibadah korban sebagai satu tanggungjawab sosial pertubuhan tersebut kepada golongan yang kurang berkemampuan, malah menurut beliau melalui program tersebut juga jalinan ukhwah bukan sahaja di kalangan ahli-ahli (USIA) dapat dipereratkan namun jalinan ukhwah juga dapat dijalin dikalangan masyarakat Islam setetampat.

USIA KEMBANGKAN DAKWAHNYA MELALUI ICT



Kelihatan Abdullah menyampaikan cendera kenangan kepada Ketua Rombongan Persatuan Kesenian Islam Daerah Kuala Belait Brunei diakhir lawatan tersebut

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan turut memberikan perhatian terhadap gerakan dakwah melalui Teknologi Maklumat (ICT)

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, Kaedah penyampaian dakwah kini tidak hanya terbatas menggunakan pendekatan konvensional, sebaliknya ia terus berkembang selaras dengan kemajuan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT).

“Oleh itu penguasaan terhadap ICT diperlukan khususnya pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada sasaran dengan lebih meluas lagi.” Katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan rombongan seramai 27 orang dari Persatuan Kesenian Islam Daerah Kuala Belait Brunei Darulsallam di ibu Pejabat (USIA) kemarin.

Menurut Abdulllah bagi menjayakan agenda ini pegawai serta kakitangan ( USIA) di semua peringkat termasuk di bahagian-bahagian telah dilatih untuk memperolehi pengalaman melalui pelbagai kursus ICT agar keadah penyampaian dakwah melalaui ICT dapat dikembangkan.

“ Kita telah melatih pegawai pegawai yang terlibat termasuk di bahagian-bahagaian (USIA) agar mereka dapat mengerakkan gerakan dakwah melalui ICT yang bukan sahaja sekadar melaporkan program yang kita laksanakan namun dapat memasukkan beberapa bahan yang berunsurkan dakwah” katanya.

Abdullah menambah dalam usaha mengembangkan gerakan dakwah melalui ICT laman web serta blogspot bagi pertubuhan tersebut telah diwujudkan sebelum ini dan kini umat Islam khususnya ahli-ahli (USIA) dapat melayarinya melihat pelbagai program dan bahan bahan dakwah yang terpapang di kedua-dua medium ini.

“ Dari masa ke semasa kita akan pertingkatkan dakwah melalui ICT ini melalui pelbagai keadah sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat “ Tambah Abdullah

Malah menurut Abdullah lagi Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan terutamanya golongan belia.

Katanyam golongan belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.

“Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam.” Katanya

Rabu, 2 Disember 2009

TYDPUSIA AJAK UMAT ISLAM SEDIA BERKORBAN UNTUK KEBAIKAN





Kelihatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama pemimpin masyarakat yang lain turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan di majlis tersebut
MENUMBOK: Umat Islam tidak akan merasa kerugian sekiranya sanggup berkorban meninggalkan perkara -perkara negetif yang boleh merosakkan akidah serta nilai nilai kehidupan yang mencerminkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata untuk mencapai kejayaan abadi di dunia dan akhirat, kita perlu berkorban dengan mengetepikan kepentingan kebendaan yang bersifat sementara. dimana, semangat perjuangan mesti dibentuk dengan membina sifat ingin berjihad dan sedia berkorban.

“Di sebalik kedua-dua peristiwa ini iaitu peristiwa korban dengan ibadah haji, tersemat dan terakam beberapa ciri penting yang melambangkan syiar Islam sebagai satu agama yang tulus, membina dan ihsan.” Katanya ketika ditemui selepas mengerjakan sembahyang sunat hari raya aidil hadha bersama lebih dari 500 orang masyarakat Islam setempat di Masjid Nur Ikhsan Menumbok pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan peristiwa korban keluarga Nabi Ibrahim a.s menggambarkan betapa pentingnya jiwa yang kuat serta semangat kental untuk menjadi pejuang kepada diri sendiri dan masyarakat perlu diterapkan dalam jiwa seorang muslim yang sejati.

Dalam perkembangan yang sama Ahli Parlimen Beaufort ini juga berkata, ibadah Korban juga membawa maksud menyeru umatnya supaya sentiasa mengutamakan perpaduan, mengelakkan perpecahan dan menjuarai keamanan agar nasib umat Islam sentiasa terbela dan martabat agama Islam terus terpelihara.

Menurut beliau lagi ,sebagai umat Islam kita berkewajipan memanifestasikan semangat ibadah korban ini dalam kehidupan bermasyarakat perlu dilaksanakan dalam jalinan ukhwah yang padu

“ Soal memajukan pendidikan, membangunkan ekonomi, membanteras keruntuhan akhlak dan menyekat gejala sosial adalah soal-soal kehidupan hari ini yang menjadi tanggungjawab kita bersama.”

“ Untuk mencapai huraian mutlak bagi permasalahan masyarakat Islam kita hari ini, kita perlu disedarkan tentang peranan kita yang sebenar selaku hamba Allah s.w.t dan sebagai anggota masyarakat. Usaha perlu dimulakan untuk menyedarkan manusia akan peri pentingnya sifat-sifat kemanusiaan dalam diri setiap individu melalui peristiwa korban ini” tambah Lajim

Di majlis tersebut selain memberikan sumbangan beberapa ekor Kerbau Lajim juga turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat Islam setempat .

UMAT ISLAM DIGESA UTAMAKAN ILMU DAN AMAL




TAHNIAH….Kelihatan Sakaran yang diiringi oleh Aidi,Abdullah Abdul Hakim dan Aburaira menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta di majlis tersebut


KOTA KINABALU: Umat Islam digesa supaya sentiasakan cintakan ilmu, memperbanyak amal, menjaga akhlak dan menguasai bidang ekonomi untuk mendepani cabaran dalam era global, kata Yang Di Pertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai.

Beliau berkata, umat Islam khususnya ahli-ahli USIA perlu menguasai ilmu dalam pelbagai bidang bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam bidang kemajuan.

Mereka juga hendaklah memperbanyak amal kebaikan, menjaga akhlak mereka supaya boleh menjadi contoh masyarakat.

Tun Sakaran juga meminta supaya umat Islam di negeri ini memperbaiki pencapaian mereka dalam bidang ekonomi supaya mereka tidak dipandang rendah oleh masyarakat lain.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Intensif Dakwah di Ibu Pejabat USIA yang dihadiri seramai 13 peserta yang terpilih dari seluruh Sabah .

"Kursus Intensif Dakwah ini merupakan kegiatan USIA untuk melahirkan sukarelawan-sukarelawan dakwah yang boleh membantu USIA menyebarluaskan ajaran Islam," katanya.

"Walaupun bilangan peserta adalah kecil, namun keberkesanan kursus yang diajarkan oleh pegawai dakwah dan pensyarah UiTM, Prof.Dr.Suwaid Tapa telah menjadikan para peserta lebih bersedia untuk berdepan dengan suasana yang lebih mencabar.

Katanya, peserta sudah didedahkan dengan ilmu-ilmu yang berguna dalam membantu USIA menerangkan ajaran Islam dengan seluruh umat Islam khususnya saudara-saudara kita.

Menurutnya, USIA memang berusaha dari masa ke semasa untuk meningkatkan dakwah Islamiah.

Pelbagai teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan dengan era moden ini sentiasa digunapakai oleh USIA, katanya sambil menekankan bahawa golongan remaja juga tidak pernah dilupakan. Untuk mereka, USIA juga akan menyediakan kursus dan program-program yang berkaitan.

Beliau berharap semoga segala usaha yang diambil oleh USIA akan mendapat sambutan, sokongan dan dorongan umat Islam.

Katanya, pada tahun 2010, USIA merancang lebih banyak program dakwah di seluruh negeri dimana pihaknya akan melawat setiap bahagian akan dilawati manakala program akan diadakan bersama ahli-ahli USIA.

Beliau berkata, para pemimpin USIA akan turun padang mendengar masalah dan memberi penjelasan kepada umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, dakwah perlu dipergiatkan demi manfaat umat Islam apatahlagi dakwah merupakan bidang utama yang menjadi tumpuan USIA.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Naib Yang Di Pertua USIA, Datuk Haji Aidi Moktar, Haji Amin Ibrahim,Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin, Ketua Belia USIA, Abdul Hakim Haji Ghulam Hassan, AMT USIA, Hajah Nanih Abad dan Edul Haji Mulud, Pengarah Dakwah USIA, Ustaz Abuhuraira Abdurrahman