Rabu, 27 Januari 2010

USIA KOMITED BANTU KERAJAAN GERAKKAN PROGRAM DAKWAH






KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) komited membantu kerajaan mengembangkan syiar Islam di negeri ini melalui pelbagai program serta pendekatan dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut pada masa kini dan akan datang.

Jaminan ini disuarakan oleh Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai semasa mengetuai rombongan USIA yang melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman di Wisma Innoprisse pagi kemarin.

Turut mengiringi kunjungan tersebut Timbalan Yang Dipertua USIA Tan Sri Ampong Puyun,Naib-naib Yang Dipertua USIA,Setiausaha Agung USIA Datuk Haji Abdullah Hussin,Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah Haji Matusin Sunsang dan ahli-ahli Majlis Tertinggi USIA

Menurut Sakaran Dakwah yang menjadi keutamaan pada setiap program yang dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut akan sentiasa digerakkan,dan diperbaharui bagi memenuhi aspirasi masyarakat Islam terutama dalam menghadapi cabaran masa kini .

“ Kita amat beterima kasih kepada kerajaan Pusat dan Negeri bukan sahaja memberikan peruntukan setiap tahun kepada pertubuhan ini, namun sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha-usaha USIA melaksanakan pelbagai program dakwah” katanya.

Untuk rekod kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM500,000 setiap tahun kepada USIA sementara kerajaan Negeri memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membantu pertubuhan tersebut melaksanakan program dakwah disamping perbelanjaan pengurusan pentadbiran USIA.

Sakaran menambah selain memberikan tumpuan terhadap bidang dakwah pertubuhan tersebut juga turut memberikan perhatian terhadap bidang pendidikan dan ekonomi

Katanya, kejayaan Umat Islam di masa depan bukanlah semata-mata berdasarkan kepada kekayaan sumber alam akan tetapi yang lebih utama adalah modal insan yang berilmu dihiasi semangat keusahawanan bagi memantapkan ekonomi masyarakat Islam

Sementara itu Musa yang juga Menteri Kewangan semasa berucap di majlis tersebut berharap USIA bersama beberapa jabatan,agensi dan badan NGO Islam yang lain dapat menyelaraskan secara bersama program program dakwah di negeri ini.

Katanya melalui kerjasama serta perkongsian pintar bukan sahaja gerakan dakwah dapat dimantapkan namun ianya akan menjadi wadah bagi masyarakat Islam disatupadukan

Selasa, 19 Januari 2010

GERAKKAN PROGRAM DAKWAH SECARA BERSEPADU JAMAWI JAAFAR AMT USIA



AMANAT…Jamawi Ketika Berucap di majlis perjumpaan tersebut

TENOM: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu menjalin hubungan kerjasama dengan badan badan NGO Islam yang lain dalam melaksanakan program-program dakwahnya agar usaha untuk mengembangkan syiar Islam di negeri ini lebih menyerlah dan berkesan.

Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Jamawi Jaafar berkata dengan adanya jalinan kerjasama antara badan badan NGO Islam, bukan sahaja usaha memperkasakan gerakan dakwah dapat dpertingkatkan ,namun ianya ianya menjadi landasan bagi mengwujudkan jalinan kerjasama serta semangat ukhwah dikalangan Umat Islam.

“ Dalam gerakan dakwah badan-badan NGO Islam perlu bersatu melaksanakan pelbagai program dakwahnya dimana semangat ini mencerminkan kesungguhan serta komitmen kita sebagai badan NGO Islam yang meletakkan dakwah dan semangat perpaduan Umat Islam terus dijana dan dipelihara” katanya ketika berucap semasa mengadakan perjumpaan dengan (USIA) bahagian Tenom dekat sini baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua (USIA) bahagian Tenom Paduman Abdul Majid serta ahli jawatankuasa Bahagian,Wanita dan Belia (USIA) bahagian Tenom

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, dalam menghadapi cabaran-cabaran hidup dewasa ini, badan badan NGO Islam mestilah berani berjuang mempertingkatkan jatidiri umat Islam dan bangsa Malaysia yang lebih bertanggungjawab terhadap masa depan negara .

Menurut beliau aspek ini amat penting dalam badan NGO Islam termasuklah (USIA) ianya perlu melaksanakan program pembangunan insaniah yang akan mencorakkan masyarakat Islam dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia, dinamik serta menjadi pemimpin Islam yang berwawasan dalam merencana agenda pembangunan masyarakat Islam sekaligus memperkuatkan perpaduan dan keutuhan ummah.

“Agama Islam menuntut umatnya agar sentiasa melakukan perubahan dan meningkatkan kemajuan dari semasa ke semasa. Tuntutan perubahan dan kemajuan dari satu tahap ke satu tahap hendaklah menjurus ke arah yang lebih baik daripada sedia ada sama ada daripada segi jasmani (fizikal) mahupun rohani (spiritual)” katanya

Sehubungan dengan itu Ketua Pergerkan Pemuda Umno bahagian Tenom ini juga berharap (USIA) khususnya di bahagian itu mengubah pendekatan Islah dan Dakwah yang lama kepada pendekatan moden yang professional yang mampu menarik minat Umat Islam khususnya golongan muda menyertai pertubuhan tersebut bagi memberi kan kefahaman islam yang sebenar

“ (USIA) bukan sahaja bergerak melalui program semata-mata akan tetapi ia perlu menjadikannya sebagai satu gerakan yang bersifat dekat dan mesra” Tambah Jamawi.

Isnin, 18 Januari 2010

USIA TIDAK SETUJU DENGAN KENYATAAN DATUK MOHD.NAZRI AZIZ BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI SABAH DAN SARAWAK



Abdullah (tengah) semasa sidang media di Ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Nazri Aziz yang menyatakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah di kedua-dua negeri itu.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin,berkata, beliau mendapat maklumat dari masyarakat Islam khususnya ahli-ahli (USIA) di Sabah bahawa mereka terkilan dengan kenyataan menteri berkenaan yang disiarkan di salah sebuah akhbar tempatan baru baru ini yang dianggap tidak mencerminkan aspirasi masyarakat Islam di negeri ini.


“Selain tidak mewakili suara majoriti masyarakat Islam di Sabah kenyataan beliau (Nazri) juga dibuat tanpa berbincang dengan pemimpin Islam di Sabah “ katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin sebagai mengulas kenyataan Nazri yang menyatakan Penduduk Kristian di Sabah dan Sarawak secara tradisinya telah menggunakan kalimah Allah sejak sekian lama.

Hadir sama di sidang media tersebut Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhurairah Abdurrahman.

Menurut Abdullah pertubuhan tersebut tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan ianya khusus untuk orang Islam sahaja

Sehubungan dengan itu Abdullah berharap agar sesiapa yang ingin mengeluarkan kenyataan hendaklah memahami dengan mendalam pokok isu berkenaan sebelum membuat sebarang ulasan agar tidak mengelirukan serta mengeruhkan lagi keadaan khususnya bagi umat Islam.

“ Kerajaan telah mempertanggungjawab seorang Menteri yang bertanggungjawab khusus untuk menjaga kepentingan umat Islam iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum , justeru kita perlu memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menanganginya tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam” tegas Abdullah.

Menurut Abdullah lagi walaupun di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai enakmen yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah namun bukanlah alasan untuk menggunakan kalimah berkenaan sewenang-wenangnya.

Beliau juga menambah(USIA) akan menghantar wakil untuk menyertai muzakarah anjuran Insttiut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 21 Januari ini untuk memberi pandangan dan maklum balas mengenai penggunaan kalimah Allah.

Khamis, 7 Januari 2010

USIA PERLU BERUSAHA MENCARI SUMBER KEWANGANNYA SENDIRI TYDP




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak seharusnya hanya bergantung kepada bantuan dari kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan kewangannya bagi membayai segala program program dakwah sebaliknya perlu berusaha mencari sumber kewangannya sendiri.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ini boleh dilakukan dengan cara menguruskan segala aset-aset yang sediaada pada pertubuhan tersebut untuk dibangunkan dan dimajukan yang boleh menyumbang kepada pendapatan kewangan untuk kegunaan petubuhan tersebut .

“ Kita makluman masih ada ased-ased pertubuhan ini yang boleh dimajukan untuk menjana sumber kewangannya sendiri,antaranya tanah-tanah yang dimiliki oleh (USIA) yang boleh dibangunkan dan dimajukan dalam pelbagai sector antaranya pertanian dan hartanah” ketika ketika ditemui selepa mempengerusikan dua mesyuarat berasingan iaitu Jawatankuasa Biro Pengurusan Ased dan Biro Keahlian dan penyelarasan bahagian-bahagian (USIA) di ibu pejabat pertubuhan tersebut di sini pagi kemarin.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Dato Nasrun dato Mansor,Bendahari Agung (USIA) Datuk Karim Bujang,Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan,Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kedua-dua Biro ini berkata, pihaknya akan meneliti beberapa cadangan untuk dikemukakan kepada ahli Majlis Tertinggi (USIA) bagi memanafaatkan beberapa asset asset yang ada untuk dimajukan yang boleh mendatangkan sumber kewangan kepada pertubuhan tersebut sekali gus akan memberikan manafaat bukan sahaja untuk pertubuhan namun melibatkan ahli-ahli (USIA).

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut akan diperhebatkan melalui kempen penambahan ahli-ahli di seluruh bahagian pertubuhan tersebut.

“ Kita akan turun padang melaksanakan kempen dan program yang boleh menarik penyertaan umat Islam bagi menyertai pertubuhan tersebut termasuklah pegawai pegawai kerajaan dan saudara-saudara baru” katanya.

Menurutnya jawatankuasa Biro Keahlian dan Penyelarasan Bahagian-bahagian akan memainkan peranan aktif untuk menambah bilangan keahlian disamping mengatifkan bahagian bahagian termasuk cawangan –cawangan agar sentiasa berusaha menambah keahlian dan melaksanakan program program dakwah dan sebagainya yang boleh menarik penyertaan masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut.

Untuk rekod Jawatankuasa Biro Pengurusan Ased dan Biro Keahlian dan Penyelarasan Bahagian-bahagian merupakan Biro pertama mengadakan mesyuarat di peringkat Biro selepas pertubuhan tersebut mengadakan mesyuarat agungnya tahun lepas.

BELIA (USIA) DIMINTA PERHEBATKAN PROGRAM DAKWAH


ALBUM KENANGAN….Abdullah dan Abdul Hakim (tengah) mengambil gambar kenangan bersama sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Belia (USIA) pusat pada kunjungan tersebut

KOTA KINABALU - Usaha menyedarkan generasi muda tentang ajaran agama Islam perlu diperhebatkan demi masa depan dan kehidupan yang lebih bermakna.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, Pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini perlu memartabatkan Islam dalam konteks yang lebih luas selain memberi pemahaman tentang kedudukan imej Islam sebagai agama rasmi Malaysia terutamanya kepada golongan muda

''Generasi muda perlu dibawa kepada satu keadaan yang memberi kesedaran kepada mereka bahawa apa yang ada pada hari ini merupakan hasil usaha yang bukan mudah untuk dinikmati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari Jawatan Kuasa Belia (USIA) Pusat yang baru yang diketuai oleh Ketuanya Abdul Hakim Ghulam Hassan pagi kemarin di Ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan.

Menurut Abdullah Belia (USIA) harus bertindak sebagai wadah dakwah yang berkesan selaras dengan fokas pertubuhan tersebut untuk memperkasakan golongan belia Islam bagi menguatkan jati diri generasi muda dalam menempuh persekitaran yang penuh dengan cabaran masa kini.

Dalam konteks itu, jelasnya, Belia (USIA) harus mempunyai kekuatan dalaman dalam melaksanakan program program dakwah secara berterusan dan mempunyai kesan yang mendalam bagi membina sasiah dan jatidiri remaja Islam.

Sementara itu Abdul Hakim ketika ditemui berkata, Belia (USIA) akan memperincikan programnya sepanjang tahun ini yang melibatkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Belia (USIA) di seluruh bahagian.

“ Program terawal Belia (USIA) ialah menganjurkan Forum Islam di Lahad Datu dimana tummpuan forum kita ialah membincangkan isu-isu semasa terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan golongan belia” katanya.