Isnin, 25 Mei 2009

PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM WILAYAH UTARA




Abdullah diiringi oleh Abdul Kahar ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta seminar di majlis tersebut
KOTA MARUDU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) bakal membina sebuah Pusat Pembangunan Islam Wilayah Utara di sini yang akan menjadi pusat sehenti kegiatan dakwah daerah ini, Kota Belud, Pitas, Matunggong, Pulau Banggi dan Kudat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Abdullah Hussin berkata pertubuhan itu sudah memiliki tapak seluas 1.2 hektar yang diwakafkan oleh seorang ahli Usia, Ali Akhbar di Kampung Mara Sim-Sim, di sini.
Katanya, tapak itu sesuai untuk mendirikan pusat berkenaan yang sekali gus memudahkan pendakwah mendampingi masyarakat Islam terutama saudara baru untuk membimbing mereka dalam bidang fardu ain dan kifayah.
“Kita akan memperincikan cadangan itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan dan Pelaburan Usia dan kemudian dikemukakan kepada ahli majlis tertinggi Usia untuk tindakan lanjut dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika ditemui selepas menutup Seminar Kefahaman Islam anjuran Usia bahagian Kota Marudu di Masjid Jamek Kampung Mara Sim-Sim, di sini kelmarin.
Hadir sama, Ketua Usia bahagian Kota Marudu, Kahar Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Tetap pertubuhan itu, Asmara Matkasar dan Setiausaha Kerjanya, Misnan Warman.
Baru-baru ini, sebuah akhbar nasional melaporkan mengenai kira-kira 1,000 saudara baru yang mendiami 13 kampung di kawasan lembah dan lereng bukit di sini meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghantar pendakwah untuk membimbing mereka dalam aspek fardu ain dan kifayah.
Pada masa sama, mereka meminta Pusat Zakat Sabah dan Tabung Baitulmal Sabah membantu membiayai perniagaan kecil-kecilan terutama dalam bidang pertanian dan kraftangan untuk meningkatkan ekonomi kerana majoriti golongan berkenaan adalah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT).
Kawasan terbabit meliputi Kampung Lombiding, Kipopogong, Gana, Nasapu, Garung, Gouton, Minsusurud, Makatol Darat, Minitampak, Samparita Laut, Samparita Darat, Bombong I dan Bombong II.
Ini disusuli kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, jabatan dan agensi agama Islam berdepan kesukaran perhubungan meliputi infrastruktur dan logistik untuk menghantar pendakwah bagi membimbing saudara baru dalam aspek fardu ain dan kifayah di kawasan terpencil di daerah itu.
Dalam pada itu, Abdullah berkata Usia menghargai pengorbanan Ali yang menyumbangkan tapak untuk pembinaan Pusat Pembangunan Islam Wilayah Utara yang bakal dilengkapi pangkalan data masyarakat Islam di sini terutama saudara baru yang sentiasa dikemaskini untuk memudahkan gerakan dakwah dan pembangunan ekonomi mereka.
"Pengorbanan Ali tiada galang gantinya dan kita harap pusat ini menjadi pemangkin gerakan dakwah dan peningkatan ekonomi khususnya di wilayah utara," katanya.
Abdullah juga berharap dirinya sendiri dan umat Islam harus mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Pada masa sama difahami dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pemikiran meliputi kepentingan dunia dan akhirat.

Khamis, 21 Mei 2009

USIA RANCANG SELURUH BAHAGIAN AKAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN ICT






Abdullah ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang kakitangan (USIA) yang menyertai kursus tersebut

SANDAKAN:
Seiring dengan kemajuan serta perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ,Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) merancang agar seluruh bahagian (USIA) di negeri ini dilengkapi dengan kemudahan tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, setakat ini kesemua bahagian (USIA) di negeri ini telahpun diwujudkan laman Web masing-masing yang hanya memerlukan pengisian maklumat data serta program di bahagian masing-masing.

“ Kita sedang melatih dan memberikan kursus kepada pegawai pegawai (USIA) dari seluruh bahagian secara berperingkat-peringkat dengan harapan tenaga mereka boleh digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan mengaktifkan laman web (USIA) di bahagian masing-masing” katanya semasa ditemui selepas menutup kursus ICT dan mareka Laman Web bagi kakitangan (USIA) dari Zon Sandakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan dekat sini pagi kemarin.

Seramai dua puluh orang peserta dari beberapa bahagian (USIA) zon Sandakan menyertai kursus yang berlangsung selama tiga hari itu yang dibimbing oleh Shrely Chan Dari Jabatan Komputer Negeri Sabah.

Menurut Abdullah lagi kursus tersebut bukan sahaja untuk memberikan latihan dan kefahaman kepada para peserta namun ianya merupakan langkah awal agar sistem maklumat dapat dieksis secara dalam talian ini termasuklah data keahlian,program dan pelbagai bentuk pendidikan dapat dieksis melalui (ICT) .

“ USIA) memandang berat perkara tersebut supaya ICT boleh dikuasai serta dipelajari oleh masyarakat Islam khusuanya ahli-ahli pertubuhan itu untuk mewujudkan asas kukuh ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat sekali gus memberikan kemudahan kepada seluruh ahli (USIA) mengikuti perkembangan dan program terkini yang diilaksanakan oleh (USIA)” katanya

Abdullah menambah penguasaan ICT di kalangan Umat Islam amat relevan dengan kemajuan semasa bagi membolehkan mereka lebih kreatif, bermotivasi tinggi dan berdaya saing serta memperolehi maklumat yang terkini dan cepat selari dengan perubahan teknologi terkini yang bergerak pantas OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Rabu, 20 Mei 2009

USIA LAKSANAKAN STRATEGI BERKESAN GERAKKAN PROGRAM DAKWAH






Datuk Haji Abdullah menerima cendera kenangan dari Ketua (USIA) Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad selepas merasmikan mesyuarat tersebut
SIPITANG: Umat Islam perlu lebih bersedia dengan perancangan dan gerak kerja dakwah sentiasa diperkemaskan disamping menyediakan generasi pelapis yang cemerlang dan mantap agar kesinambungan kegemilangan gerakan dakwah dapat terus dijana

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, dalam abad ini seharusnya Umat Islam mengambil iktibar daripada fasa-fasa perkembangan Islam yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ini, iaitu Islam dikembangkan bermula dengan pembangunan akidah yang mantap dalam konsep tauhid,

Beliau berkata gerakan tersebut dibangunkan pula dalam bentuk yang lebih holistik mencakupi bidang ilmu pengetahuan yang lebih canggih, perekonomian yang mantap, ketatanegaraan yang matang, , kesepaduan sesama Islam dan bukan Islam dan berbagai-bagai sudut pembangunan negara bangsa yang direalisasikan oleh pembangunan negara dan cabaran semasa.

“ Oleh itu sesuai dengan kedinamikan ajaran Islam maka dakwah yang didukung oleh (USIA) sebagai asas perjuangan utamanya akan terus dipertingkatkan bagi menghadapi arus perubahan yang begitu drastik dalam era globalisasi” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung (USIA) Bahagaian Sipitang di Bilik mesyuarat Majlis daerah dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Ketua (USIA) Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah Pemimpian Kemajuan Rakyat Sinduman Abdul Rahman Mohd.Noh dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang Matbali Musah

Sehubungan dengan itu Abdullah meminta agar bahagian dan cawangan (USIA) di seluruh negeri ini termasuk para pendakwah dapat merangka stretegi gerakan dakwah yang lebih efisin dan efektif seiring dengan cabaran semasa.

“"Kita perlu mempunyai kesatuan pemikiran dan tindakan bagi berdepan dengan cabaran dan realiti baru, dengan menjadi kan (USIA) sebagai landasan perjungan bukan sahaja dalam program program dakwah namun merangkumi semua aspek termasuklah dari sudut pendidikan dan ekonomi" katanya

Terdahulu dari itu berucap di majlis yang sama Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, Perpecahan umat Islam hari ini memberikan implikasi yang negatif terhadap perkembangan dakwah Islam.

Menurutnya musuh-musuh Islam telah mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk memburuk-burukkan imej umat Islam

“. Dalam situasi begini gerakan dakwah seharusnya tidak terheret sama ke dalam kancah perpecahan umat. Gerakan dakwah perlu memainkan peranan sebagai pihak ketiga yang berusaha mendamaikan perselisihan, menyatukan hati-hati umat Islam dalam membentuk perpaduan umat” katanya

Menurutnya , kewajipan berdakwah sebenarnya terletak atas bahu setiap Muslim daripada pelbagai lapisan dan kedudukan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan

PERTUBUHAN ISLAM PERLU BERI TUMPUAN KEPADA PROGRAM FARDU KIFAYAH LAJIM






KUALA LUMPUR: Pertubuhan dan badan dakwah Islam di negara ini disarankan agar melaksanakan program-program dakwah secara menyeluruh di mana selain memberi penekanan kepada Fardu Ain, Fardu Kifayah juga perlu diberi perhatian yang serius.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, untuk memastikan umat Islam mempunyai pengetahuan ialah dengan mengajar Fardu Ain tetapi harus juga memberi perhatian sewajarnya kepada Fardu Kifayah kerana ilmu yang cukup akan membolehkan umat Islam melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

“Dakwah yang cukup berkesan pada masa ini ialah menentukan umat Islam berjaya dengan memastikan seluruh umat menguasai ilmu pengetahuan dan menjadi bangsa yang berjaya” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ke-47 di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur baru baru ini.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Yang Dipertua (Perkim) Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menekankan akan kepentingan bagi umat Islam untuk mengusai pelbagai cabang ilmu pengetuhan yang menjadi asas bagi mereka mampu berhadapan dan bersaing dalam kehidupan yang serba mencabar terutama di era globalisasi.

Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan dasarnya di mesyuarat agung (Perkim) itu juga turut melahirkan rasa sedih kerana bermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Beliau menjelaskan, keadaan ini berlaku kerana orang Melayu dan Islam telah jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar

“ Untuk kembali membetulkan keadaan ini, Umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam sebenarnya beteraskan al-Quran dan Hadis disamping mencermalangkan diri dengan ilmu pengetuhan” tegas Mahathir.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, bagi menyahut gagasan Presiden (Perkim) itu,(USIA) sebagai Pertubuhan Islam yang terbesar di Sabah mengorek langkah ke hadapan untuk menubuhkan Kolej Islam yang berperanan sebagai institusi bagi umat Islam di Negara ini khususya ahl-ahli (USIA) menimba ilmu pengetuhan.

“ Kita dalam perancangan untuk menubuhkan Kolej Islam ini, dimana ianya bukan sahaja menekankan pendidikan agama malah pendidikan lain yang berhubung kait dengan soal pendidikan sains,ekonomi perunndangan dan sebagainya akan menjadi teras pengajian di kolej ini kelak” katanya.

Menurut Lajim (USIA) kini di peringkat akhir untuk memperkemaskinikan pengwujudan kolej Islam ini dan pelbagai pihak telah menyatakan kesediaan mereka untuk membangunkan kolej Islam ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat ini. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Selasa, 12 Mei 2009

PASUKAN BADMINTON USIA LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YDP USIA



KUNJUNGAN HORMAT....Pasukan Badminton Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang diketuai oleh Pengurus Pasukannya Yussuf Haji Kahar pada pagi kemarin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Pertubuhan tersebut Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai di ibu Pejabat (USIA) Sembulan Kota Kinabalu. Pasukan tersebut merupakan pasukan yang akan mewakili (USIA) dalam Liga Sukan Agensi Agama dan NGO Islam Sabah itu yang bermula sabtu ini. Setiausaha Agung (USIA) Haji Abdullah Hussin ketika ditemui di majlis ini berkata,(USIA) pada kejohanan kali ini akan menyertai sebanyak lapan acara yang akan dipertandingkan pada liga kali ini, antaranya Glof,Bolasepak,Badimonton,Bola Jaring, Sepak Takrawa, Cerom,Det dan juga Ping Piong. Sakaran pada perjumpaan tersebut meminta pegawai pegawai yang terlibat pada liga sukan kali ini agar bertanding dalam semangat penuh kesukanan disamping menjaga imej (USIA) dalam sebarang kejohnan yang disertai pada liga kali ini. Katanya konsep kerja berpasukan perlu menjadi teras perjuangan setiap ahli yang menyertai kejohanan ini bukan sahaja untuk menentukkan kejayaan pasukan yang diwakili namun ianya merupakan simbol kepada semangat perpaduan.Oleh: Jaafar Abdul Wahid

USIA RISEAP JALIN KERJASAMA ANJUR KEM BELIA ASIA TENGGARA




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama Majlis Dakwah Islam Serantau Bagi Kawasan Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) mencapai kesepakatan untuk menganjurkan bersama Kem Belia yang dijadual akan diadakan pada Oktober ini dengan memlilih daerah Sandakan sebagai lokasi bagi program tersebut diadakan

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, kesepekatan ini dicapai dalam perbincangan bersama Setiausaha Agung (RISEAP) Mohd.Marzuki Mohd.Omar yang melakukan kunjungan hormat keatas beliau di Ibu Pejabat (USIA) Sembulan petang kemarin.

“ Seramai 200 orang belia Islam dari kawasan Asia Tenggara yang melibatkan Semananjung Malaysia,Sabah,Sarawak,Brunei,Indonesia dan Singapore dijangka akan menyertai kem ini” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan ini.

Hadir sama Pegawai Perhubungan (RISEAP) Shafiq Ong Abdullah dan Setiausaha Kerja (USIA) Misnan Warman.

Menurut Abdullah lagi antara lain tujuan kem ini diadakan ialah untuk mempupuk semangat cintakan agama dan Negara di kalangan belia selaras dengan gagasan Satu Malaysia yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak.

“ Melalui kem ini kita berharap semangat perpaduan mampu kita terapkan di kalangan peserta khususnya golongan belia bagi membantu dakwah Islamiah” tambah Abdullah

Selain dari itu Abdullah berkata, matlamat kem tersebut juga ialah bagi membentuk golongan belia Islam yang mempunyai jatidiri yang kukuh bagi membena budaya budaya kepimpinan yang cemerlang dari segi minda dan akhlaknya.

“ Masa depan Negara amat bergantung kepada golongan belia sebagai ased utama bagi kesinambungan kepimpinan Negara pada masa akan justeru kita perlu menyediakan tenaga belia yang berpendidikan,berkamahiran disamping memiliki jatidiri yang kukuh dari segi pemikiran dan akhlaknya” katanya: Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Ahad, 10 Mei 2009

Dakwah bilhal (USIA) Di Paitan Beluran






SEJAJAR dengan pelaksanaan Bulan Dakwah di seluruh negara, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain mengadakan aktiviti bercorak keagamaan dan kebajikan sosial di Daerah Kecil Paitan Beluran selama tiga hari .
Program yang dinamakan Ziarah Sekampung ini telah berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat termasuk saudara saudara baru di daerah berkenaan.
Menurut Penyelaras Program yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Haji Abdullah Hussin aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep turun padang yang diketuai Oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai bersama kepimpinan tertinggi pertubuhan tersebut termasuklah kakitangan ibu pejabat dan juga pegawai pegawai dakwah (USIA) yang berkampung selama tiga hari di daerah ini dengan pelbagai pengisian program antaranya ceramah agama di masjid dan surau ,f orum agama,perlawanan sukan dan program gotong royong.
“ Pengisian program ini bukan sahaja mampu merapatkan hubungan silatulrahim antara masyarakat Islam setempat, namun melalui cermah dan Forum Agama masyarakat Islam di kawasan ini dapat didedahkan dengan pelbagai Ilmu pengetuhan tentang ajaran Islam” katanya
Ketika Berucap berucap menutup majlis tersebut Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berharap program tersebut dapat membina tautan ukhuwah dalam kalangan peserta, sambil mendekati dan memahami masyarakat Islam pelbagai suku kaum dan budaya di kawasan luar bandar serta memberi pendedahan kepentingan ilmu agama dan pendidikan kepada masyarakat di luar Bandar
“ Kita berharap melalui program ini bukan sahaja kegiatan dakwah dapat kita pertingkatkan dalam mengembangkan syiar Islam namun dari perpesktif yang lain ianya dapat menguatkan perpaduan rakyat bagi mengekalkan kestabilan negara yang kini sedang diancam dengan pelbagai cabaran yang menggugat keharmoian” katanya
Menurut Sakaran prinsip sebenar agama Islam adalah bersifat membimbing manusia ke arah kebaikan dan juga kejayaan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan atau membawa manusia kepada permusuhan dan ini selaras dengan gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak
“ Kita perlu menjadikan perpaduan sebagai landasan untuk mengajar kemajuan dan keharmonian tanpa mengira kaum dan agama dimana eleman ini penting untuk membangunkan sebuah Negara yang akan terus maju bagi mencapai Wawasan 2020” katanya
Menurut Sakaran kerajaan dan pertubuhan tersebut sentiasa berusaha membantu masyarakat Islam untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui pelbagai pendekatan dakwah antara mengwujudkan Program Baitun Nur sementara kerajaan akan terus menyediakan kemudahan infrastruktur seperti Masjid ,surau, pusat aktiviti dan sebagainya.
Aspek Ekonomi dan juga pendidikan juga turut didisentuh oleh beliau dengan mengajak Umat Islam agar sentiasa berusaha mempertingkatkan penguasaan mereka dalam bidang eknomoi dengan merebut pelbagai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan antara dalam sektor pertanian,perladangan ,penternakan dan sebagainya.
Tegasnya, hanya dengan pelajaran rakyat khususnya umat Islam akan bertambah maju dan boleh menguruskan hidup mereka dengan sempurna di masa akan datang.
Pada majlis itu, selain diisi dengan program dakwah dan kemasyarakat Sakaran juga turut menyampaikan sumbangan kepada 50 fakir miskin dimana ianya turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut Datuk Surady Kayong, Timbalan Pengerusi MUIS Aspah Abdullah juga pemimpin masyarakat tempatan OLEH JBW

Rabu, 6 Mei 2009

PERKIM DAN USIA JALIN KERJASAMA





Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sedia menjalin kerjasama bagi sama sama memantapkan gerakan dakwah dalam usaha kedua dua pertubuhan tersebut untuk mengembangkan syiar Islam di negara ini. Kerjasama dalam bidang pendidikan dan ekonomi juga turut dipersetujui dengan menjadikan pendidikan dan ekonomi antara tumpunan untuk membangunkan masyarakat Islam yang berilmu pengetuhan dan mampu menguasai bidang ekonomi .Perkara ini dibincangkan dalam perjumpaan rombongan (PERKIM) yang diketuai oleh Bendahari Agung (PERKIM) Tan Sri Dato Dr.Muhammad Rais dan Pegawai Kewangan (PERKIM) Wan Abd.Halim Wan Abd.Majid yang melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdulah Hussin di ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan pagi kemarin.

Bagi meluaskan jalinan kerjasama ini kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengerakkan program program dakwah,pendidikan dan ekonomi secara bersepadu ini termasuklah perlaksanaan program yang meleibatkan kedua dua belah pihak .

Turut serta dalam perjumpaan tersebut Penolong Setiausaha Agung (USIA) Haji Uda Sulai Bendahari Agung (USIA) Haji Ariffin Sani Setiausaha Kerja (USIA) Misnan Warman dan Setiausaha Kerja (PERKIM) Zulkefli Ariffin

USIA GIAT PROMOSI PENGUNAAN ICT ABDULLAH







KOTA KINABALU - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) giat mempromosikan penggunaan perkhidmatan elektronik dan digital bagi meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan kakitangan dan ahlinya di seluruh negeri ini.
Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, bidang ICT kini amat penting dikuasai dan merupakan pemangkin kepada kemajuan sesebuah Negara termasuklah pertubuhan tersebut dalam menyediakan maklumat yang terkini,cepat dan efisin
Sehubungan itu, katanya, (USIA) memandang berat perkara tersebut supaya ICT boleh dikuasai serta dipelajari oleh masyarakat khusuanya ahli-ahli pertubuhan itu untuk mewujudkan asas kukuh ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat.
''Ini membolehkan mereka lebih kreatif, bermotivasi tinggi dan berdaya saing serta memperolehi maklumat yang terkini dan cepat selari dengan perubahan teknologi terkini yang bergerak pantas.” Katanya semasa berucap menutup dan menyampaikan sijil penyertaan kursus kepada kakitangan ibu pejabat (USIA) yang menyertai kursus ICT dan Mareka laman web anjuran pertubuhan tersebut dengan kerjasama Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) di ibu pejabat (USIA) Sembulan petang kemarin.
Hadir sama Penolong Setiausaha Agung (USIA) Haji Abdullah Hussin,Bendahari Agung( Usia)(Haji Ariffin Sani Pembimbing kurus Julkipli Jul dari Bahagian Perkhidmatan Multimedia Jabatan Komputer Negeri Sabah
Menurut Abdullah laman Web pertubuhan tersebut telahpun diwujudkan sebelum ini, dan dengan pendedahan melalui kursus tersebut kakitangan (USIA) dapat dilatih untuk mengaktifkan laman web (USIA) dimana ianya akan menjadi sumber rujukan ahli-ahli kepada ahli-ahli pertubuhan bagi mendapatkan maklumat terkini termasuklah program program yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA)
"Saya harap Laman Web ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama yang sahih dan tepat dan untuk jangka masa panjang kita merancang meluaskan pengunaan ICT ini bagi ahli-ahli dapat mendaftar dan menyemak keahlian mereka dalam talian (on Line) “ tambah Abdullah
Tambahnya, program itu dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengguna dalam teknik dan strategi pencarian maklumat yang lebih tepat dan berkesan terutamanya untuk kepentingan ahli-ahli (USIA) di negeri ini.oleh: Jaafar Abd.Wahid

Selasa, 5 Mei 2009

PERKONGSIAN PINTAR BADAN DAKWAH MAMPU MENCERMALANGKAN SYIAR ISLAM SAKARAN




KOTA KINABALU : Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, perkongsian pintar serta kerjasama antara badan-badan Agama Islam di negeri ini dalam mengatur serta melaksanakan program program dakwah memberikan kesan yang positif bagi menegakkan syriar Islam di negeri ini.


Katanya, melalui hubungan serta kerjasama yang erat dalam setiap program yang dilaksanakan turut membantu usaha kerajaan bagi mengerakkan program program dakwah,kebajikan ,pendidikan dan ekonomi demi kebaikan masyarakat Islam termasuklah saudara-saudara baru yang memeluk agama Islam


“ Kerjasama serta perkongsian pintar ini wajar kita teruskan kerana matlamatnya sama yang bukan sahaja untuk menegakkan syiar Islam namun sekali gus sama sama menjayakan konsep Satu Malaysia yang mementingkan semangat perpaduan di kalangan rakyat di negara ini ” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pengislaman Beramai-Ramai anjuran Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Tanjung Aru Plaza dekat sini pagi kemarin


Hadir sama Pengarah (YADIM) Zon Sabah Datu Liman Datu Hussin, Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan (YADIM) Dr. Abdul Ghani Mohamad dan Setiausaha Agung ( USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta seramai 25 orang saudara Baru yang memeluk Agama Islam


Sehubungan dengan itu Sakaran berkata saudara-saudara baru yang memeluk Islam baru memanafaatkan setiap program yang dianjurkan oleh badan badan dakwah yang ada di negeri ini untuk mempertingaktkan ilmu pengetuhan mereka ,khususya bagi memantapkan pengetuhan mereka tentang ajaran Islam yang sebenarnya.


“ Mereka tidak perlu merasa terpinggir sebaliknya perlu mengambil peluang dan memanafaatkan setiap program-program keagamaan seperti seminar pengajian al Quran,kursus dan sebagainya demi mempertingkatkan pengetuhan mereka terhadap ajaran Islam, katanya.


Menurut Sakaran (USIA) sendiri bukan sahaja menganjurkan program program dakwah ,malah kebajikan dan pendidikan turut dititik beratkan dalam setiap program yang diadakan.


Katanya, sebagai badan dakwah dan kebajikan yang tidak berorentasikan keuntungan, (USIA) banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti baik di peringkat pusat, bahagian dan cawangan di negeri ini.


“Kesemua aktiviti yang diadakan bertujuan untuk memberikan pemahaman agama Islam yang sebenarnya masyarakat dan individu samaada orang Islam dan bukan Islam” katanya.