Rabu, 6 Mei 2009

USIA GIAT PROMOSI PENGUNAAN ICT ABDULLAH







KOTA KINABALU - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) giat mempromosikan penggunaan perkhidmatan elektronik dan digital bagi meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan kakitangan dan ahlinya di seluruh negeri ini.
Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, bidang ICT kini amat penting dikuasai dan merupakan pemangkin kepada kemajuan sesebuah Negara termasuklah pertubuhan tersebut dalam menyediakan maklumat yang terkini,cepat dan efisin
Sehubungan itu, katanya, (USIA) memandang berat perkara tersebut supaya ICT boleh dikuasai serta dipelajari oleh masyarakat khusuanya ahli-ahli pertubuhan itu untuk mewujudkan asas kukuh ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat.
''Ini membolehkan mereka lebih kreatif, bermotivasi tinggi dan berdaya saing serta memperolehi maklumat yang terkini dan cepat selari dengan perubahan teknologi terkini yang bergerak pantas.” Katanya semasa berucap menutup dan menyampaikan sijil penyertaan kursus kepada kakitangan ibu pejabat (USIA) yang menyertai kursus ICT dan Mareka laman web anjuran pertubuhan tersebut dengan kerjasama Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) di ibu pejabat (USIA) Sembulan petang kemarin.
Hadir sama Penolong Setiausaha Agung (USIA) Haji Abdullah Hussin,Bendahari Agung( Usia)(Haji Ariffin Sani Pembimbing kurus Julkipli Jul dari Bahagian Perkhidmatan Multimedia Jabatan Komputer Negeri Sabah
Menurut Abdullah laman Web pertubuhan tersebut telahpun diwujudkan sebelum ini, dan dengan pendedahan melalui kursus tersebut kakitangan (USIA) dapat dilatih untuk mengaktifkan laman web (USIA) dimana ianya akan menjadi sumber rujukan ahli-ahli kepada ahli-ahli pertubuhan bagi mendapatkan maklumat terkini termasuklah program program yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA)
"Saya harap Laman Web ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama yang sahih dan tepat dan untuk jangka masa panjang kita merancang meluaskan pengunaan ICT ini bagi ahli-ahli dapat mendaftar dan menyemak keahlian mereka dalam talian (on Line) “ tambah Abdullah
Tambahnya, program itu dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengguna dalam teknik dan strategi pencarian maklumat yang lebih tepat dan berkesan terutamanya untuk kepentingan ahli-ahli (USIA) di negeri ini.oleh: Jaafar Abd.Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan