Rabu, 20 Mei 2009

USIA LAKSANAKAN STRATEGI BERKESAN GERAKKAN PROGRAM DAKWAH






Datuk Haji Abdullah menerima cendera kenangan dari Ketua (USIA) Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad selepas merasmikan mesyuarat tersebut
SIPITANG: Umat Islam perlu lebih bersedia dengan perancangan dan gerak kerja dakwah sentiasa diperkemaskan disamping menyediakan generasi pelapis yang cemerlang dan mantap agar kesinambungan kegemilangan gerakan dakwah dapat terus dijana

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, dalam abad ini seharusnya Umat Islam mengambil iktibar daripada fasa-fasa perkembangan Islam yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ini, iaitu Islam dikembangkan bermula dengan pembangunan akidah yang mantap dalam konsep tauhid,

Beliau berkata gerakan tersebut dibangunkan pula dalam bentuk yang lebih holistik mencakupi bidang ilmu pengetahuan yang lebih canggih, perekonomian yang mantap, ketatanegaraan yang matang, , kesepaduan sesama Islam dan bukan Islam dan berbagai-bagai sudut pembangunan negara bangsa yang direalisasikan oleh pembangunan negara dan cabaran semasa.

“ Oleh itu sesuai dengan kedinamikan ajaran Islam maka dakwah yang didukung oleh (USIA) sebagai asas perjuangan utamanya akan terus dipertingkatkan bagi menghadapi arus perubahan yang begitu drastik dalam era globalisasi” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung (USIA) Bahagaian Sipitang di Bilik mesyuarat Majlis daerah dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Ketua (USIA) Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah Pemimpian Kemajuan Rakyat Sinduman Abdul Rahman Mohd.Noh dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang Matbali Musah

Sehubungan dengan itu Abdullah meminta agar bahagian dan cawangan (USIA) di seluruh negeri ini termasuk para pendakwah dapat merangka stretegi gerakan dakwah yang lebih efisin dan efektif seiring dengan cabaran semasa.

“"Kita perlu mempunyai kesatuan pemikiran dan tindakan bagi berdepan dengan cabaran dan realiti baru, dengan menjadi kan (USIA) sebagai landasan perjungan bukan sahaja dalam program program dakwah namun merangkumi semua aspek termasuklah dari sudut pendidikan dan ekonomi" katanya

Terdahulu dari itu berucap di majlis yang sama Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, Perpecahan umat Islam hari ini memberikan implikasi yang negatif terhadap perkembangan dakwah Islam.

Menurutnya musuh-musuh Islam telah mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk memburuk-burukkan imej umat Islam

“. Dalam situasi begini gerakan dakwah seharusnya tidak terheret sama ke dalam kancah perpecahan umat. Gerakan dakwah perlu memainkan peranan sebagai pihak ketiga yang berusaha mendamaikan perselisihan, menyatukan hati-hati umat Islam dalam membentuk perpaduan umat” katanya

Menurutnya , kewajipan berdakwah sebenarnya terletak atas bahu setiap Muslim daripada pelbagai lapisan dan kedudukan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan