Khamis, 21 Mei 2009

USIA RANCANG SELURUH BAHAGIAN AKAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN ICT






Abdullah ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang kakitangan (USIA) yang menyertai kursus tersebut

SANDAKAN:
Seiring dengan kemajuan serta perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ,Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) merancang agar seluruh bahagian (USIA) di negeri ini dilengkapi dengan kemudahan tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, setakat ini kesemua bahagian (USIA) di negeri ini telahpun diwujudkan laman Web masing-masing yang hanya memerlukan pengisian maklumat data serta program di bahagian masing-masing.

“ Kita sedang melatih dan memberikan kursus kepada pegawai pegawai (USIA) dari seluruh bahagian secara berperingkat-peringkat dengan harapan tenaga mereka boleh digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan mengaktifkan laman web (USIA) di bahagian masing-masing” katanya semasa ditemui selepas menutup kursus ICT dan mareka Laman Web bagi kakitangan (USIA) dari Zon Sandakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan dekat sini pagi kemarin.

Seramai dua puluh orang peserta dari beberapa bahagian (USIA) zon Sandakan menyertai kursus yang berlangsung selama tiga hari itu yang dibimbing oleh Shrely Chan Dari Jabatan Komputer Negeri Sabah.

Menurut Abdullah lagi kursus tersebut bukan sahaja untuk memberikan latihan dan kefahaman kepada para peserta namun ianya merupakan langkah awal agar sistem maklumat dapat dieksis secara dalam talian ini termasuklah data keahlian,program dan pelbagai bentuk pendidikan dapat dieksis melalui (ICT) .

“ USIA) memandang berat perkara tersebut supaya ICT boleh dikuasai serta dipelajari oleh masyarakat Islam khusuanya ahli-ahli pertubuhan itu untuk mewujudkan asas kukuh ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat sekali gus memberikan kemudahan kepada seluruh ahli (USIA) mengikuti perkembangan dan program terkini yang diilaksanakan oleh (USIA)” katanya

Abdullah menambah penguasaan ICT di kalangan Umat Islam amat relevan dengan kemajuan semasa bagi membolehkan mereka lebih kreatif, bermotivasi tinggi dan berdaya saing serta memperolehi maklumat yang terkini dan cepat selari dengan perubahan teknologi terkini yang bergerak pantas OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan