Ahad, 10 Mei 2009

Dakwah bilhal (USIA) Di Paitan Beluran






SEJAJAR dengan pelaksanaan Bulan Dakwah di seluruh negara, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain mengadakan aktiviti bercorak keagamaan dan kebajikan sosial di Daerah Kecil Paitan Beluran selama tiga hari .
Program yang dinamakan Ziarah Sekampung ini telah berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat termasuk saudara saudara baru di daerah berkenaan.
Menurut Penyelaras Program yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Haji Abdullah Hussin aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep turun padang yang diketuai Oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai bersama kepimpinan tertinggi pertubuhan tersebut termasuklah kakitangan ibu pejabat dan juga pegawai pegawai dakwah (USIA) yang berkampung selama tiga hari di daerah ini dengan pelbagai pengisian program antaranya ceramah agama di masjid dan surau ,f orum agama,perlawanan sukan dan program gotong royong.
“ Pengisian program ini bukan sahaja mampu merapatkan hubungan silatulrahim antara masyarakat Islam setempat, namun melalui cermah dan Forum Agama masyarakat Islam di kawasan ini dapat didedahkan dengan pelbagai Ilmu pengetuhan tentang ajaran Islam” katanya
Ketika Berucap berucap menutup majlis tersebut Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berharap program tersebut dapat membina tautan ukhuwah dalam kalangan peserta, sambil mendekati dan memahami masyarakat Islam pelbagai suku kaum dan budaya di kawasan luar bandar serta memberi pendedahan kepentingan ilmu agama dan pendidikan kepada masyarakat di luar Bandar
“ Kita berharap melalui program ini bukan sahaja kegiatan dakwah dapat kita pertingkatkan dalam mengembangkan syiar Islam namun dari perpesktif yang lain ianya dapat menguatkan perpaduan rakyat bagi mengekalkan kestabilan negara yang kini sedang diancam dengan pelbagai cabaran yang menggugat keharmoian” katanya
Menurut Sakaran prinsip sebenar agama Islam adalah bersifat membimbing manusia ke arah kebaikan dan juga kejayaan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan atau membawa manusia kepada permusuhan dan ini selaras dengan gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak
“ Kita perlu menjadikan perpaduan sebagai landasan untuk mengajar kemajuan dan keharmonian tanpa mengira kaum dan agama dimana eleman ini penting untuk membangunkan sebuah Negara yang akan terus maju bagi mencapai Wawasan 2020” katanya
Menurut Sakaran kerajaan dan pertubuhan tersebut sentiasa berusaha membantu masyarakat Islam untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui pelbagai pendekatan dakwah antara mengwujudkan Program Baitun Nur sementara kerajaan akan terus menyediakan kemudahan infrastruktur seperti Masjid ,surau, pusat aktiviti dan sebagainya.
Aspek Ekonomi dan juga pendidikan juga turut didisentuh oleh beliau dengan mengajak Umat Islam agar sentiasa berusaha mempertingkatkan penguasaan mereka dalam bidang eknomoi dengan merebut pelbagai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan antara dalam sektor pertanian,perladangan ,penternakan dan sebagainya.
Tegasnya, hanya dengan pelajaran rakyat khususnya umat Islam akan bertambah maju dan boleh menguruskan hidup mereka dengan sempurna di masa akan datang.
Pada majlis itu, selain diisi dengan program dakwah dan kemasyarakat Sakaran juga turut menyampaikan sumbangan kepada 50 fakir miskin dimana ianya turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut Datuk Surady Kayong, Timbalan Pengerusi MUIS Aspah Abdullah juga pemimpin masyarakat tempatan OLEH JBW

Tiada ulasan:

Catat Ulasan