Selasa, 5 Mei 2009

PERKONGSIAN PINTAR BADAN DAKWAH MAMPU MENCERMALANGKAN SYIAR ISLAM SAKARAN




KOTA KINABALU : Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, perkongsian pintar serta kerjasama antara badan-badan Agama Islam di negeri ini dalam mengatur serta melaksanakan program program dakwah memberikan kesan yang positif bagi menegakkan syriar Islam di negeri ini.


Katanya, melalui hubungan serta kerjasama yang erat dalam setiap program yang dilaksanakan turut membantu usaha kerajaan bagi mengerakkan program program dakwah,kebajikan ,pendidikan dan ekonomi demi kebaikan masyarakat Islam termasuklah saudara-saudara baru yang memeluk agama Islam


“ Kerjasama serta perkongsian pintar ini wajar kita teruskan kerana matlamatnya sama yang bukan sahaja untuk menegakkan syiar Islam namun sekali gus sama sama menjayakan konsep Satu Malaysia yang mementingkan semangat perpaduan di kalangan rakyat di negara ini ” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pengislaman Beramai-Ramai anjuran Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Tanjung Aru Plaza dekat sini pagi kemarin


Hadir sama Pengarah (YADIM) Zon Sabah Datu Liman Datu Hussin, Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan (YADIM) Dr. Abdul Ghani Mohamad dan Setiausaha Agung ( USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta seramai 25 orang saudara Baru yang memeluk Agama Islam


Sehubungan dengan itu Sakaran berkata saudara-saudara baru yang memeluk Islam baru memanafaatkan setiap program yang dianjurkan oleh badan badan dakwah yang ada di negeri ini untuk mempertingaktkan ilmu pengetuhan mereka ,khususya bagi memantapkan pengetuhan mereka tentang ajaran Islam yang sebenarnya.


“ Mereka tidak perlu merasa terpinggir sebaliknya perlu mengambil peluang dan memanafaatkan setiap program-program keagamaan seperti seminar pengajian al Quran,kursus dan sebagainya demi mempertingkatkan pengetuhan mereka terhadap ajaran Islam, katanya.


Menurut Sakaran (USIA) sendiri bukan sahaja menganjurkan program program dakwah ,malah kebajikan dan pendidikan turut dititik beratkan dalam setiap program yang diadakan.


Katanya, sebagai badan dakwah dan kebajikan yang tidak berorentasikan keuntungan, (USIA) banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti baik di peringkat pusat, bahagian dan cawangan di negeri ini.


“Kesemua aktiviti yang diadakan bertujuan untuk memberikan pemahaman agama Islam yang sebenarnya masyarakat dan individu samaada orang Islam dan bukan Islam” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan