Isnin, 31 Ogos 2009

Umat Islam perlu teguh pegangan akidah dan bersatu padu: Sakaran




Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai turut menyampaikan wang zakat fitrah kepada salah seorang penerima sempana majis tersebut

KUDAT: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk SeriPanglima Haji Sakaran Dandai menyeru umat Islam supaya meneguhkan pegangan akidah dan bersatu padu dalam menghadapi permasalahan dan mencari penyelesaian dengan cara yang terbaik.

Beliau turut mengingatkan agar umat Islam tidak menjadikan perselisihan pendapat sebagai punca kepada perpecahan masyarakat.

Menurutnya, kekuatan yang ada kepada umat Islam akan terhakis sedikit demi sedikit jika mereka terus bertelingkah sesama sendiri.

Oleh itu beliau meminta umat Islam mengambil iktibar daripada sejarah tentang keruntuhan empayar Islam yang suatu ketika dahulu begitu gagah dan berkuasa di dunia.

“Marilah kita renungi bersama sejarah lalu agar kita tidak mengulangi kesilapan yang serupa,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka Puasa di Masjid As Syakirin Kudat dekat sini

Turut serta ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi . Abdul Mijul Haji Unaini.Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Haji Matussin Awang Damit,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua (USIA) bahagian Kudat Latif Kandok.
Menurut Sakaran lagi jika sikap bersatu dan berpadu diamalkan oleh keseluruhan umat Islam, sudah pasti kedudukan umat Islam tidak akan tergugat di muka bumi ini, tetapi jika berpecah belah di antara satu sama lain, ia akan menjadikan umat Islam terus lemah.

Beliau berkata, keadaan ini jika dibiarlah berterusan, akan mengundang musuh untuk mengambil kesempatan bagi menghancurkan umat Islam.

"Betapa pentingnya di saat ini untuk ummah bersatu dalam pemikiran, bersatu dalam pendekatan, bersatu dalam tindakan. betapa perlunya ummah berkata sepakat dalam niat dan hasrat membina ummah yang lebih kuat untuk membangunkan ummah yang lebih berjaya” tegas Sakaran. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Khamis, 20 Ogos 2009

USIA Bahagian Beaufort Lulus Tiga Usul






Lajim menerima cendera kenangan berupa potret belia dari Haji Bakri selepas merasmikan mesyuarat tersebut

BEAUFORT: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya pagi kemarin telah meluluskan sebanyak tiga usul yang melibatkan pindaan perlembagaan pertubuhan tersebut untuk dibawa ke pesidagan Agung Tahunan (USIA) Pusat pada bulan November akan datang.

Tiga usul yang diluluskan itu melibatkan Fasa 16,19 dan 29 perlembagaan (USIA) iaitu Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (USIA)yang melibatkan pertambahan ahli jawatankuasa Pusat yang dipilih dari 18 orang menjadi 25 orang ,sementara 15 orang ahi jawatankuasa yang dilantik sebelum ini ditambah menjadi 18 orang.

Bagi Fasa 19 Tugas tugas Pegawai Dalam Majlis Tertinggi turut dicadangkan ialah jawatankuasa Belia dan Wanita diasingkan bagi menjadikan kedua-dua sayapa ini mempunyai jawatankuasa tertingginya sendiri dan mengadakan pemilihan jawatankuasa tertingginya untuk tempoh tiga tahun sekali.

Turut dicadangkan pada mesyuarat itu ialah Fasa 29 Perlembagaan (USIA) dimana di peringkat jawatankuasa bahagian dua jawatan Naib yang dipilih turut dicadangkan dimana sebelum ini hanya seorang Naib sahaja yang dipilih, sementara turut dicadangkan seorang Naib yang dilantik di peringkat bahagian dan ahli jawatankuasa yang dipilih ditambah dari 5 orang menjadi 10 orang sementara ahlijawatankuasa yang dilantik di peringkat bahagian sebanyak 5 orang yang sebelumnya hanya 2 orang,

Mesyuarat tersebut juga turut mencalonkan Wakil Rakyat Kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.,Ariffin Arrif untuk jawatan Ketua Belia (USIA) Pusat menjelang mesyuarat Agung (USIA) Pusat pada bulan November nanti

Ketika diminta mengulas usul ini Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang merasmikan mesyuarat agung tersebut berkata, cadangan usul pindaaan perlembagaaan yang dikemukakan itu ini amat sesuai dan relven dengan keperluan semasa bagi menjadikan pertubuhan tersebut lebih berkesan dalam memainkan peranan dan tanggungjawabnya melaksanakan program di dakwahnya sesesuai dengan cabaran masa kini dan akan datang.

Menurutnya cadangan untuk menjadikan badan Belia dan Wanita mempunyai organisasinya sendiri dilihat dapat mengerakkan program dakwah dengan lebih berkesan khusus bagi mendekati golongan muda termasuklah golongan wanita.

“ Kita mahu menjadikan badan belia dan wanita ini dapat bergerak serta memainkan peranannya sendiri dalam melaksanakan pelbagai program dakwah sesuai dengan keperluan generasi muda” katanya.

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort diberikan sokongan padu bagi menerjaui kepimpinan (USIA) bahagian Beaufort apabila mesyuarat tersebut bersetuju sebulat suara memilih beliau untuk menjawat jawatan Ketua Bahagian yang baru sementara bekas Ketua Bahagiannya Haji Bakri Kambar pula menjadi Timbalannya.

Hadir sama di mesyuarat tersebut Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar, Ketua Penerangan Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Normilah Siong, Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Pusat Drs. Mail Mohamad dan Setiausaha Politik Kementerian Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih.

Rabu, 19 Ogos 2009

MESYUARAT AGUNG USIA BAHAGIAN LAHAD DATU




TANDA PENGHARGAAN...Abdullah menerima cendera kenangan dari Datu Nasrun selepas merasmikan mesyuarat tersebut

MESYUARAT....Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin baru-baru ini telah merasmikan mesyuarat Agung (USIA) bahagian Lahad Datu di salah sebuah hotel di daerah itu. Ianya turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ketua (USIA) Bahagian Lahad Datuk Datuk Datu Nasrun Datu Mansur. Berucap semasa merasmikan mesyuarat tersebut Abdullah berharap agar ahli-ahli (USIA) terus mengekalkan momuntem perpaduan sebagai eleman penting untuk terus menjana kemajuan pertubuhan tersebut. Katanya tanpa ada sokongan serta kerjasama dari ahli-ahli (USIA) di peringkat akar umbi sudah tentu akan membantukan usaha pertubuhan tersebut untuk melaksanakan segala program yang diatur khususnya dalam menegakkan syiar Islam di negeri ini.

Sehubungan dengan itu Abdullah mengajak ahli-ahli (USIA) agar menjadikan mesyuarat serta setiap perjuampaan yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut sebagai wadah untuk memperkukuhkan perpaduan disamping akan menjadikannya ruang untuk mereka bertukar-tukar fikiran dan pendapat bagi mencari rumusan yang terbaik demi untuk terus memperkasakan hala tuju dan perjuangan (USIA) di negeri ini.

USIA BAHAGIAN KUALA PENYU CADANG AGAR JAWATAN YDP DAN TYDP TIDAK DIPERTANDINGKAN




BERSEMANGAT ..Abdullah bersama Awang Hashim dan ahli jawatankuasa (USIA) Bahagian Kuala Penyu begitu bersemangat menyanyikan lagu (USIA) sebelum mesyuarat tersebut bermula

KUALA PENYU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya petang kemarin di Dewan Balai Bomba dekat sini bersetuju sebulat suara agar jawatan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua (USIA) tidak dipertandingkan dalam pemilihan majis tertinggi pertubuhan tersebut pertengahan bulan November depan.

Ketua bahagiannya Awang Hashim Awang Damit berkata, keputusan tersebut dicapai memandangkan kepimpinan yang sediaada ketika ini masih diharapkan bagi meneruskan agenda serta perjuangan (USIA) khususnya dalam mengerakkan program dakwah di negeri ini.

“ Ahli-ahli (USIA) telah melihat ketokohan serta kepimpinan yang sediaada telah banyak melakukan proses penambahbaikan dari segi pentadbiran dan gerakan dakwah yang yang telah menampatkan (USIA) sebagai salah sebuah pertubuhan Islam yang bergerak aktif melaksanakan pelbagai program dakwah di negeri ini” katanya semasa ditemui selepas menyuarat ini.

Mesyuarat tersebut telah diresmikan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan dihadiri lebih dari 100 orang ahli-ahli (USIA) dari bahagian Kuala Penyu.

Untuk rekod jawatan Yang Dipertua (USIA) kini disandang oleh Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai sementara Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Tan Sri Haji Ampong Puyun menjadi Timbalan Yang Dipertuanya.

Menurut Awang Hashim keputusan tersebut tidak bermakna pertubuhan tersebut menolak sistem demokrasi yang telah diamalkan oleh mana-mana pertubuhan, namun faktor perpaduan perlu diambil kira, ini kerana bila berlakunya pertandingan akan timbul sedikit perpecahan bagi ahli-ahli (USIA) untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang mereka ketengahkan.

Terdahulu ketika berucap merasmikan persidangan tersebut Abdullah berkata, ahli-ahli (USIA) perlu menarapkan nilai amanah dalam perjuangan menegakkan syiar Islam melalui pertubuhan tersebut.

Menurut beliau ahli-ahli (USIA) juga perlu mengutamakan budaya permaufakatan demi memelihara keupayaan (USIA) sebagai pertubuhan agama Islam dalam melaksanakan program dakwah Islmiah sebagai asas perjuangan utama pertubuhan tersebut

Katanya, jika nilai perpaduan menjadi keutamaan setiap ahli dalam pertubuhan tersebut, segala apa yang dirancang oleh (USIA) bukan sahaja dalam program dakwahnya, malah merangkumi pelbagai aspek ekonomi,pendidikan dan kebajikan Umat Islam akan lebih mudah dilaksanakan.

“ Amat penting budaya bermesyuarah ini kita terapkan sebagai eleman yang mampu menyokong kekuatan pertubuhan ini bagi menghadapi cabaran akan datang yang bakal dihadapi bukan sahaja oleh ahli-ahli pertubuhan ini, malah umat Islam secara keseluruhahnya” katanya.

Selasa, 18 Ogos 2009

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM DAKWAH USIA SENTIASA DIPERTINGKATKAN: ABDULLAH




PENGHARGAAN….Abdullah menerima cendera kenangan dari Amidin selepas merasmikan mesyuarat tersebut
SANDAKAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sentiasa melakukan penambah baikan terhadap program program dakwahnya bagi memberi ruang dan peluang kepada masyarakat Islam di semua peringkat dapat memanafaatkannya.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, program dakwah yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut tidak hanya tertumpu sasarannya kepada golongan dewasa namun merangkumi golongan belia yang turut dikendalikan oleh Badan Belia (USIA) Pusat.

“ Ini merupakan antara pendekatan kita berdakwah bagi meningkatkan kefahaman golongan ini (belia) terhadap ajaran Islam disamping membantu membena jatidiri golongan ini sebagai belia yang cemerlang dari segi minda,akhlak dan rohaninya” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan mesyuarat agung (USIA) Bahagian Kinabatangan dekat sini kemarin.

Hadir sama Ketua (USIA) Bahagian Kinabatangan Haji Hamidin Radin, Naib Ketua Bahagian Datuk Pg.Haji Abd.Rahman Pg. Galpam dan Ketua Wanita (USIA) Bahagian Kinabatangan Datuk Hajah Nafsiah Pg.Galpam.

Menurut Abdullah semua peringkat Umat Islam diberikan peluang sama rata untuk mendapatkan ilmu pengetuhan melalui program program dakwah dan pendidikan yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut .

“ Tanpa meminggirkan kepentingan masyarakat belia Islam ,kita juga melaksanakan pelbagai program dan pendekatan berdakwah kepada golongan ini, yang penting ialah minat dan sokongan golongan ini menghadiri setiap program yang kita anjurkan “tambah Abdullah

Abdullah menambah antara program yang pernah dianjurkan oleh pertubuhan tersebut termasuklah program ziarah masjid, riadah sambil berdakwah seminar dan forum forum belia yang menjadi kelinder tahunan pertubuhan tersebut.

Dalam perkembangan lain Abdullah berkata, mesyuarat Agung Tahunan (USIA) di semua bahagian setakat ini berjalan dengan lancar dan teratur dimana setakat ini sebanyak 14 bahagian dari 25 bahagian telahpun mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka masing-masing.



Menurutnya hanya tinggal 11 bahagian sahaja yang belum mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing bagaimanapun beliau yakin ianya akan dapat diselasaikan sepenuhnya sebelum berakhir bulan oktober ini dimana mesyuarat agung di peringkat pusat dijangka akan diadakan dari 13 hingga 15 November akan datang.

Ahad, 9 Ogos 2009

USIA KENINGAU CADANG SAKARAN DAN LAJIM KEKAL JAWATAN YDP DAN TYDP USIA



PENGHARGAAN...Kaipin yang diiringi oleh Timbalannya Dr. Abdul Halim dan Azman menyampaikan cendera kenangan kepada Abdullah selepas merasmikan mesyuarat tersebut

KENINGAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian ini yang mengadakan mesyuarat Agungnya yang ke 23 pada sabtu lepas telah memilih sebulat suara bagi penyandang jawatan Yang Dipertuanya (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin dikekalkan menyandang jawatan mereka masing-masing.

Ketua Bahagian (USIA) Keningau Haji Kaipin Haji Roslan berkata, keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh ahli-ahli (USIA ) yang menghadiri mesyuarat bahagian itu yang menyatakan sokongan padu bagi kedua-dua pemimpin ini terus menerajui kepimpinan tertinggi (USIA) .

" Kita merasakan gandingan kepimpinan yang ada ini perlu diteruskan bagi mempastikan agenda dan perjuangan (USIA) untuk memperkasakan syiar Islam di negeri ini dapat diteruskan" katanya semasa ditemui selepas mesyuarat tersebut.

Majlis perasmian mesyuarat yang diadakan di Dewan Sri Bayangan Keningau itu telah disempurnakan majlis perasminannya oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Sementara Kaipin terus mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian (USIA) Keningau apabila kedudukan beliau tidak dicabar dalam mesyuarat tersebut. Jawatan Timbalan Ketua Bahagian juga turut mengekalkan Dr.Abdul Halim Juinis untuk terus menjawat jawatan tersebut.

Bagi jawatan Ketua Belia (USIA) Bahagian Keningau Penyandangnya Sebelum ini Azman Roslan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah tidak mempertahankan jawatan tersebut bagi memberikan laluan kepada Setiausaha (USIA) bahagian Keningau Erwan Samri dipilih untuk menjawat jawatan Ketua Belia dalam mesyuarat kali ini. Seorang muka baru Ustazah Norhidayah turut dipilih menjadi Ketua Wanita apabila mengenapikan tiga pencabarnya yang lain pada mesyuarat tersebut.

Berucap semasa menangguhkan mesyuarat tersebut Kaipin berharap ahli-ahli (USIA) bahagaian Keningau dapat membudayakan konsep berkerja berpasukan bagi mempestikan arah dan perjuangan pertubuhan tersebut mencapai matlamatnnya khususnya dalam mengerakkan gerakan dakwah di daerah tersebut.

KONSEP 1 AGAMA MAMPU PERKUATKAN UMAT ISLAM




SALAM PERPADUAN….Abdullah diiringi oleh Kaipin dan Azaman bersalaman dengan ahli jawatankuasa (USIA) bahagian Keningau Sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat tersebut

KENINGAU : Umat Islam perlu menarapkan konsep 1 Agama sebagai asas memperkukuhkan perpaduan dengan menghayati ajaran Islam bagi memastikan agama Islam terus gemilang dan agung.
Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata,pada masa kini terdapat perpecahan di kalangan umat Islam, namun perkara itu dapat diatasi jika umat Islam terus berpegang teguh pada ajaran agama
"Kita akui terdapat sedikit perpecahan , namun umat Islam perlu bangun dengan menarapkan konsep 1 Agama yang berpasakkan keyakinan dengan janji Allah melalui lidah Rasul-Nya bahawa Islam sentiasa berada di mercu keagungan dan kegemilangan.
"Marilah kita kembali kepada penghayatan agama dengan mengabdikan diri pada Allah, berkhidmat dalam bidang masing-masing dengan sentuhan amal,disamping membudayakan hidup bersatu padu sebagaimana yang disarankan dalam ajaran Islam " katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung (USIA) bahagian Keningau di Dewan Sri Bayangan Keningau dekat sini .
Hadir sama Ketua (USIA) Bahagian Keningau Haji Kaipin Haji Roslan,Ketua Belia (USIA) bahagian Keningau Azman Haji Roslan dan Ketua Kampung Bayangan Keningau Haji Roslan Haji Omar
Menurut Abbdullah umat Islam tidak mempunyai pilihan lain selain kembali kepada tuntutan agama dan sunah Nabi Muhammad SAW sekiranya mahu mengembalikan kegemilangan hidup.
"Walaupun Rasullullah SAW telah meninggalkan umatnya, baginda meninggalkan sunah yang amat praktikal untuk dihayati kepada umatnya” katanya
Sehubungan dengan itu Abdullah berkata Konsep 1 Agama jika dihayati dan dilaksanakan dalam perjuangan menegakkan syiar Islam ,mampu mengangkat mertabat Umat Islam sebagai umat yang disegani dan dihormati.
"Betapa pentingnya di saat ini untuk ummah bersatu dalam pemikiran, bersatu dalam pendekatan, bersatu dalam tindakan; betapa perlunya ummah berkata sepakat dalam niat dan hasrat membina ummah yang lebih kuat, membangunkan ummah yang lebih berjaya” tegas Abdullah