Ahad, 9 Ogos 2009

USIA KENINGAU CADANG SAKARAN DAN LAJIM KEKAL JAWATAN YDP DAN TYDP USIA



PENGHARGAAN...Kaipin yang diiringi oleh Timbalannya Dr. Abdul Halim dan Azman menyampaikan cendera kenangan kepada Abdullah selepas merasmikan mesyuarat tersebut

KENINGAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian ini yang mengadakan mesyuarat Agungnya yang ke 23 pada sabtu lepas telah memilih sebulat suara bagi penyandang jawatan Yang Dipertuanya (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin dikekalkan menyandang jawatan mereka masing-masing.

Ketua Bahagian (USIA) Keningau Haji Kaipin Haji Roslan berkata, keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh ahli-ahli (USIA ) yang menghadiri mesyuarat bahagian itu yang menyatakan sokongan padu bagi kedua-dua pemimpin ini terus menerajui kepimpinan tertinggi (USIA) .

" Kita merasakan gandingan kepimpinan yang ada ini perlu diteruskan bagi mempastikan agenda dan perjuangan (USIA) untuk memperkasakan syiar Islam di negeri ini dapat diteruskan" katanya semasa ditemui selepas mesyuarat tersebut.

Majlis perasmian mesyuarat yang diadakan di Dewan Sri Bayangan Keningau itu telah disempurnakan majlis perasminannya oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Sementara Kaipin terus mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian (USIA) Keningau apabila kedudukan beliau tidak dicabar dalam mesyuarat tersebut. Jawatan Timbalan Ketua Bahagian juga turut mengekalkan Dr.Abdul Halim Juinis untuk terus menjawat jawatan tersebut.

Bagi jawatan Ketua Belia (USIA) Bahagian Keningau Penyandangnya Sebelum ini Azman Roslan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah tidak mempertahankan jawatan tersebut bagi memberikan laluan kepada Setiausaha (USIA) bahagian Keningau Erwan Samri dipilih untuk menjawat jawatan Ketua Belia dalam mesyuarat kali ini. Seorang muka baru Ustazah Norhidayah turut dipilih menjadi Ketua Wanita apabila mengenapikan tiga pencabarnya yang lain pada mesyuarat tersebut.

Berucap semasa menangguhkan mesyuarat tersebut Kaipin berharap ahli-ahli (USIA) bahagaian Keningau dapat membudayakan konsep berkerja berpasukan bagi mempestikan arah dan perjuangan pertubuhan tersebut mencapai matlamatnnya khususnya dalam mengerakkan gerakan dakwah di daerah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan