Selasa, 18 Ogos 2009

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM DAKWAH USIA SENTIASA DIPERTINGKATKAN: ABDULLAH




PENGHARGAAN….Abdullah menerima cendera kenangan dari Amidin selepas merasmikan mesyuarat tersebut
SANDAKAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sentiasa melakukan penambah baikan terhadap program program dakwahnya bagi memberi ruang dan peluang kepada masyarakat Islam di semua peringkat dapat memanafaatkannya.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, program dakwah yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut tidak hanya tertumpu sasarannya kepada golongan dewasa namun merangkumi golongan belia yang turut dikendalikan oleh Badan Belia (USIA) Pusat.

“ Ini merupakan antara pendekatan kita berdakwah bagi meningkatkan kefahaman golongan ini (belia) terhadap ajaran Islam disamping membantu membena jatidiri golongan ini sebagai belia yang cemerlang dari segi minda,akhlak dan rohaninya” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan mesyuarat agung (USIA) Bahagian Kinabatangan dekat sini kemarin.

Hadir sama Ketua (USIA) Bahagian Kinabatangan Haji Hamidin Radin, Naib Ketua Bahagian Datuk Pg.Haji Abd.Rahman Pg. Galpam dan Ketua Wanita (USIA) Bahagian Kinabatangan Datuk Hajah Nafsiah Pg.Galpam.

Menurut Abdullah semua peringkat Umat Islam diberikan peluang sama rata untuk mendapatkan ilmu pengetuhan melalui program program dakwah dan pendidikan yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut .

“ Tanpa meminggirkan kepentingan masyarakat belia Islam ,kita juga melaksanakan pelbagai program dan pendekatan berdakwah kepada golongan ini, yang penting ialah minat dan sokongan golongan ini menghadiri setiap program yang kita anjurkan “tambah Abdullah

Abdullah menambah antara program yang pernah dianjurkan oleh pertubuhan tersebut termasuklah program ziarah masjid, riadah sambil berdakwah seminar dan forum forum belia yang menjadi kelinder tahunan pertubuhan tersebut.

Dalam perkembangan lain Abdullah berkata, mesyuarat Agung Tahunan (USIA) di semua bahagian setakat ini berjalan dengan lancar dan teratur dimana setakat ini sebanyak 14 bahagian dari 25 bahagian telahpun mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka masing-masing.



Menurutnya hanya tinggal 11 bahagian sahaja yang belum mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing bagaimanapun beliau yakin ianya akan dapat diselasaikan sepenuhnya sebelum berakhir bulan oktober ini dimana mesyuarat agung di peringkat pusat dijangka akan diadakan dari 13 hingga 15 November akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan