Ahad, 9 Ogos 2009

KONSEP 1 AGAMA MAMPU PERKUATKAN UMAT ISLAM




SALAM PERPADUAN….Abdullah diiringi oleh Kaipin dan Azaman bersalaman dengan ahli jawatankuasa (USIA) bahagian Keningau Sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat tersebut

KENINGAU : Umat Islam perlu menarapkan konsep 1 Agama sebagai asas memperkukuhkan perpaduan dengan menghayati ajaran Islam bagi memastikan agama Islam terus gemilang dan agung.
Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata,pada masa kini terdapat perpecahan di kalangan umat Islam, namun perkara itu dapat diatasi jika umat Islam terus berpegang teguh pada ajaran agama
"Kita akui terdapat sedikit perpecahan , namun umat Islam perlu bangun dengan menarapkan konsep 1 Agama yang berpasakkan keyakinan dengan janji Allah melalui lidah Rasul-Nya bahawa Islam sentiasa berada di mercu keagungan dan kegemilangan.
"Marilah kita kembali kepada penghayatan agama dengan mengabdikan diri pada Allah, berkhidmat dalam bidang masing-masing dengan sentuhan amal,disamping membudayakan hidup bersatu padu sebagaimana yang disarankan dalam ajaran Islam " katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung (USIA) bahagian Keningau di Dewan Sri Bayangan Keningau dekat sini .
Hadir sama Ketua (USIA) Bahagian Keningau Haji Kaipin Haji Roslan,Ketua Belia (USIA) bahagian Keningau Azman Haji Roslan dan Ketua Kampung Bayangan Keningau Haji Roslan Haji Omar
Menurut Abbdullah umat Islam tidak mempunyai pilihan lain selain kembali kepada tuntutan agama dan sunah Nabi Muhammad SAW sekiranya mahu mengembalikan kegemilangan hidup.
"Walaupun Rasullullah SAW telah meninggalkan umatnya, baginda meninggalkan sunah yang amat praktikal untuk dihayati kepada umatnya” katanya
Sehubungan dengan itu Abdullah berkata Konsep 1 Agama jika dihayati dan dilaksanakan dalam perjuangan menegakkan syiar Islam ,mampu mengangkat mertabat Umat Islam sebagai umat yang disegani dan dihormati.
"Betapa pentingnya di saat ini untuk ummah bersatu dalam pemikiran, bersatu dalam pendekatan, bersatu dalam tindakan; betapa perlunya ummah berkata sepakat dalam niat dan hasrat membina ummah yang lebih kuat, membangunkan ummah yang lebih berjaya” tegas Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan