Selasa, 28 Julai 2009

IMAM DAERAH PITAS SERTAI USIA




SERAH BORANG...Kelihatan Abdullah menerima borang permohonan keahlian baru (USIA) dari Haji Aminullah di majlis tersebut


SAMBUTAN MENGGALAKKAN....Perjuangan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dalam mengerakan program program dakwah di negeri ini melalui pelbagai program dan pendekatan yang telah dan akan dilaksanakan telah menarik perhatian masyarakat Islam di negeri ini yang mana mereka dengan sendirinya tampil ke hadapan untuk menyertai pertubuhan tersebut. Baru baru ini semasa dalam perjalanan ke Beluran Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Haji Abdullah Hussin yang singgah bersembahyang di Masjid daerah Pitas dikejutkan dengan satu majlis ringkas namun penuh bermakna apabila Imam Daerah Pitas Haji Aminullah Ejih turut mengambil peluang tersebut untuk mengemukakan borang borang permohonan keahlian baru dari masyarakat Islam di daerah itu yangdiketuai oleh beliau sendiri. Haji Aminullah yang ditemui selepas majlis ringkas ini berkata, beliau amat menghargai sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh(USIA) terutamanya dalam bidang dakwah Islamiah di negeri ini dan meminta umat Islam khsusnya di daerah tersebut agar menyertai pertubuhan tersebut yang telah terbukti mampu mengangkat mertabat Umat Islam melalui kegiatan dakwahnya. Abdullah selepas menerima borang ini pula amat menghargai sokongan masyarakat Islam di negeri ini terhadap peranan yang telah dimainkan oleh pertubuhan tersebut dimana menurut beliau (USIA) dari masa ke semasa sentiasa membuka ruang kepada masyarakat Islam yang berminat untuk menyertai pertubuhan tersebut sentiasa dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan