Selasa, 7 Julai 2009

USIA KOMITED LAHIRKAN UMAT ISLAM BERILMU :SAKARAN




BINCANG…Kelihatan Sakaran berbincang ,Awang Damit dan Abdullah sebaik tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi kemarin


KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran dandai berkata, pertubuhan tersebut komited untuk melahirkan umat Islam yang berkualiti dan memiliki ilmu pengetuhan yang luas terutamanya ilmu agama.

Beliau berkata, komitmen ini jelas dengan usaha yang dijalankan oleh (USIA) yang mengwujudkan Kelas-kelas Baitun Nur di beberapa buah daerah di negeri ini yang telah pun melalui fasa pertama perlaksanaanya iaitu di daerah Papar,Keningau, Kota Marudu ,Pulau Bangi Kudat,Tuaran,Nabawan dan Tongod.

“ Kita akan memberikan latihan susulan bagi membolehkan mereka membantu (USIA) menggerakkan dakwah Islamiah di tempat masing-masing” katanya ketika ditemui sekembalinya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi kemarin.

Antara yang menunggu ketibaan beliau bersama Toh Puan Hajah Rukaiyah Panglima Abdullah pagi kemarin ialah Menteri Di Jabatan ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran,Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Haji Matussin Awang Damit dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Sakaran juga memuji usaha serta kesungguhan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam meningkatan kecekapan guru-guru agama termasuklah guru-guru KAFA melalui latihan,kemudahan serta kebajikan mereka di negara ini dan ini menurut beliau perlu diberikan sokongan oleh badan badan agama di negeri ini agar hasrat untuk melahirkan genersi muda Islam yang berilmu pengetuhan akan dapat terus di jana.

Ketika diminta mengulas perjalanan mesyuarat agung cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian (USIA) yang sedang rancak berlangsung ketika ini, Sakaran berharap agar semua cawangan dan bahagian dapat mengendalikan mesyuarat mereka dengan teratur dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat (USIA)

“ Kita perlu mengelakkan perkara perkara yang boleh merosakkan imej (USIA) khususnya imej Umat Islam, sebaiknya mesyuarat perlu dijalankan dalam semangat muhibah dan kekeluargaan sesuai dengan ajaran Islam yang lebih mementingkan konsep perpaduan sesama Islam” katanya.

Menurutnya Isu-isu yang boleh melemahkan Umat Islam sehingga membawa kepada punca perpecahan perlu dielakkan ini kerana ianya akan menjejaskan hala tuju (USIA) sebagai badan dakwah yang berjuang dalam menegakkan syiar Islam di negeri ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan