Selasa, 14 Julai 2009

USIA LAHIRKAN PENDAKWAH SAUDARA BARU BERWIBAWA






SAMBUTAN…Sakaran diiringi oleh Abdullah dan Kahar bersalaman dengan masyarkat Islam setempat sejurus tiba di majlis tersebut


KOTA MARUDU: Usaha Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) untuk melahirkan pendakwah berwibawa khususnya dari kalangan Saudara Baru telah direalisasikan melalui program Baitun Nur (Pusat Bimbingan Saudara Baru) yang telahpun berakhir melalui fasa pertama perlaksanaannya di beberapa buah daerah antaranya Papar,Keningau ,Nabawan,Pulau Bangi ,Tongod dan terakhir di Kota Marudu

Program Baitun Nur yang telah dilaksanakan (USIA) sejak tahun lepas berjalanan selama enam bulan untuk tempoh bimbingan kepada peserta ,bukan sahaja mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari saudara baru namun berjaya membimbing mereka menyalami ilmu serta ajaran Islam yang sebenarnya.

Kesannya di beberapa buah pusat Baitun Nur yang telah dijalankan ada di kalangan peserta sudah mampu membaca ayat-ayat suci al Quran disamping dapat mempertingkatkan ilmu pengetuhan mereka tentang ajaran Islam

Perkara ini diakui sendiri oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin yang cukup berpuas hati terhadap pencapaian fasa pertama program tersebut dimana ianya memperlihatkan pencapaian yang amat menggalakkan dalam memenuhi keperluan bagi memberikan ilmu agama Islam kepada pesertanya.

“ Fasa pertama program ini telahpun berakhir, namun (Usia) sedia mempertimbangkan untuk meneruskan program ini bagi fasa seterusnya, bagimanapun tumpuan kita sekarang adalah memberikan bimbingan lanjutan kepada peserta fasa pertama ini, agar mereka mampu mengerakkan dakwah Islamiah di kawasan masing-masing” katanya ketika ditemui selepas penangguhan Program Baitun Nur di Majid Kampung Marasinsim dekat sini pagi kemarin.

Majlis Penangguhan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai itu turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua (Usia) Datuk Haji Matussin Awang Damit,Ketua (Usia) bahagian Kota Marudu Abdul Kahar Abdul Rahman serta sermai 50 orang peserta yang telahpun menamatkan pengajian mereka.

Ketika berucap menutup program tersebut Sakaran berharap para peserta akan memanafaatkan segala ilmu yang mereka perolehi sepanjang menyertai program tersebut untuk membena keyakinan diri tampil sebagai umat Islam yang berkualiti dan patuh kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Menurutnya pembelajaran mereka tentang ilmu agama tidak seharusnya terhenti setakat itu sahaja sebaliknya mereka perlu terus berusaha untuk mendalaminya melalui pembacaan buku-buku agama disamping mempelajarinya dari para pendakwah dan guru guru agama yang bertuliah untuk meningkatkan lagi pengetuhan mereka tentang ajaran Islam

“ Bukan sahaja ilmu agama perlu pertingkatkan namun usaha usaha lain termasuklah dalam soal pendidikan,kebajikan dan ekonomi perlu dipertingkatkan dan dikuasai agar hasrat untuk melahirkan umat Islam yang maju dan membangun dari segi rohani dan jasmaninya dapat dicapai” katanya.
Selain itu Sakaran juga berharap umat Islam di Negara ini perlu melihat dari sudut yang lebih positif terhadap konsep Satu Malaysia dari perspektif agama.

Menurutnya dalam masa yang sama umat Islam juga seharusnya mengemukakan gagasan yang lebih membina dan konstruktif bagaimanakah konsep atau gagasan ini seharusnya dibangunkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan polisi ini dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan agama negara dan umatnya.

“Selain menambah lagi kefahaman yang mantap terhadap agama Islam sendiri, kita juga perlu memantapkan perpaduan kerana ianya merupakan eleman terpenting untuk kita membena kekuatan agar umat Islam mampu bersaing dalam mengajar kemajuan dan kemakmuran Negara” tambah Sakaran: Oleh Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan