Selasa, 28 Julai 2009

USIA SAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN BENTUK NKRA

BINCANG….Kelihatan Sakaran menyatakan sesuatu kepada Abdullah sambil diperhatian oleh Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran sebelum beliau berlepas ke Kuala Lumpur pagi kemarin.


KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyembut baik langkah kerajaan untuk memperkasakan prasarana pembangunan khususnya di Sabah dan Sarawak di bawah Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA) yang dijangka akan membawa impak yang lebih besar terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri ini.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Haji Sakaran Dandai berkata, keputusan tersebut sudah tentu akan merubah dan merancakkan landskap pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan .

Perdana Menteri Dato Sri Mohd. Najib pada isnin lepas mengumukkan enam teras NKRA termasuk untuk meningkatkan prasarana luar Bandar.

“ Keputusan ini amat bijak dan sesuai khususnya di Sabah dalam usaha kerajaan untuk mengimbangi pembangunan yang lebih seimbang dimana rakyat di negeri ini masih mengharapkan pembelaan dari sudut penyediaan prasarana yang lebih baik khususnya di luar Bandar” katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Ibu Negara di lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu pagi kemarin.

Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan untuk menubuhkan (NKRA) bagi menentukan Indeks Prestasi Utama (KPI) dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“ Pendekatan ini sudah tentu akan memberikan keyakinan kepada rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional” tambah Sakaran

Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, usaha kerajaan mengwujudkan (KPI) dengan enam teras dalam NKRA merupakan penghargaan kerajaan kepada sokongan rakyat di negeri ini dan Sarawak dan berharap ianya dapat dipercepatkan perlaksanaannya memandangkan banyak kawasan di luar Bandar dan Pedalaman Sabah masih kekurangan infrastruktur asas seperti bekalan air,api dan perhubungan jalanraya.

“ Dengan perlantikan seorang Menteri untuk mengawal selia perlaksanaan NKRA ini kita berharap tumpuan kepada bidang bidang yang diberikan keutamaan seperti pendidikan,jenayah,rasuah dan pengangkutan akan dapat diberikan tumpuan sepenuhnya untuk direalisasikan” katanya. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan