Jumaat, 10 Disember 2010

USIA PERLU KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL :LAJIM




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bekas Timbalan Yang Dipertua (USIA) sarankan agar ahli kembali merenung perjuangan asal pertubuhan tersebut


KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar) mengajak ahli-ahli pertubuhan itu agar kembali memikirkan halatuju perjuangan asal (USIA) dalam mengembangkan dakwah dan syiar Islam di negeri ini.

Katanya, penghayatan terhadap perjuangan yang sebenarnya terutamanya dalam menegakkan syiar Islam begitu penting agar (USIA) tidak akan tersasar dari matlamat asal penubuhannya disamping berusaha mengangkat mertabat umat Islam di negeri ini.

“ Seharusnya kita tidak hilang fokas dan tumpuan ,jika ini berlaku sudah tentu ianya akan melemahkan organisasi yang kita dokong dan turut memberikan kesan terhadap keyakinan serta kepercayaan ahli-ahli terhadap pertubuhan kita” katanya.

Menurut Lajim yang juga Ketua (USIA) Bahagian Beaufort ahli-ahli (USIA) yang menghadiri persidangan agung tahunan yang ke 24 hari ini perlu menjadikan persidangan ini sebagai wadah memperkukuhkan perpaduan disamping menjadikannya sebagai flatfrom perbincangan bagi mendapatkan rumusan yang terbaik untuk memantapkan jentera pentadbiran dan halatuju perjuangan (USIA) bagi menghadap cabaran pada masa akan datang.

Lajim berkata demikian ketika diminta memberikan ulasan terhadap perjalanan mesyuarat Agung tahunan (USIA) yang ke 24 tahun ini dimana pada mesyuarat agung kali ini beliau sudah tidak bersama-sama dalam barisan kepimpinan tertinggi (USIA) setelah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan yang Dipertua pada Mac awal tahun ini.

Menurut Lajim yang kini menjadi Pengerusi Perhubungan Sukarelawan (PERKIM) Sabah walaupun beliau tidak lagi bersama-sama dalam barisan kepimpinan tertinggi (USIA) namun beliau akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan terhadap apa juga program yang akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut.

“ Jawatan bagi saya tidak penting, sebagai ahli biasa pun kita boleh menyumbang idea untuk memantapkan perjuangan pertubuhan ini, yang penting bukan kedudukan namun perjuangan dakwah itu perlu kita diutamakan meskipun dalam falffrom yang berbeza ” katanya.

Dalam perkembangan yang sama beliau juga meminta agar ahli-ahli (USIA) menghindarkan diri dari perbuatan ado domba dan sak wasangka dalam berpersatuan ,dimana menurut beliau perkara ini boleh menjejaskan kemantapan organisasi dan boleh membawa kepada perpecahan.

“ Apa yang telah berlaku kita anggapnya sebagai pengajaran untuk memperbaiki keadaan pada masa akan datang, selagi kita gagal melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepercayaan umat Islam khususnya ahli-ahli akan luntur terhadap perjuangan kita” tambahnya.

Sambil mengingatkan perjuangan dakwah adalah perjuangan semua Umat Islam ,beliau turut mengingatkan agar ahli-ahli (USIA) turut menanamkan perasaan kerja sama serta hormati menghormati terhadap perjuangan badan badan NGO Islam yang lain dalam mengembangkan syiar dakwah di negeri ini.

“ Usah kita timbulkan soal persaingan, serta andaian andaian negetif yang lain sekiranya ada badan –badan NGO Islam yang lain melaksanakan program dakwah mereka, yang penting badan badan NGO Islam perlu bersatu padu, berkerjasama kerana yang diperjuangan adalah perkara yang sama iaitu syiar dakwah disamping memperkasakan keupayaan umat Islam menangangi cabaran baik dari sudut agama,pendidikan,ekonomi dan sosial” katanya

Sambil mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati ke perhimpunan Agung USIA kali ini, Lajim juga turut mengajak ahli-ahli pertubuhan tersebut agar memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuanya TUN Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai untuk meneruskan agenda serta perjuangan (USIA)

“ Bersandarkan kepada pengalaman dan kepimpinan yang ada, ahli-ahli (USIA) perlu merapatkan hubungan serta kerjasama bagi memberikan sokongan padu kepada beliau untuk meneruskan perjuangan (USIA) tambah Lajim

KETUA PEMUDA UMNO TENOM PENERIMA ANUGREH KHALID AL-WALID PADA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH TENOM



TAHNIAH…..Jamawi ketika menerima sijil penghargaan Anugreh Khalid Al-Walid yang disampaikan oleh Raimie sambil disaksikan oleh Siriman pada majlis tersebut


TENOM : Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom Jamawi Jaafar merupakan salah seorang penerima anugerah khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah yang diadakan di Dewan Masyarakat Sri An Tenom kemarin

Jamawi 36 , menerima anugerah bagi kategori Khalid Al-Walid dengan menerima sijil penghargaan berserta wang tunai dimana anugerah ini buat julung kalinya pernah dianugrehkan kepada pemimpin belia di daerah tersebut

Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi yang hadir untuk menyempurnakan majlis sambutan Maal Hijrah itu, berkenan menyampaikan anugerah kepada kesemua penerima dimana ianya turut disaksikan oleh Pegawai Daerah Tenom Siriman MF Basir

Sementara itu, Jamawi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ketika ditemui pemberita berkata, anugerah itu satu pengiktirafan paling bermakna pernah diterimanya sepanjang penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya dalam bidang politik .

Beliau yang memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom pada tahun 2008 dan jawatan kemudiannya jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada Mac 2009 berkata, anugerah itu juga menjadi pembakar semangat untuk dirinya bekerja lebih gigih dalam melestarikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin pemuda dalam menjana dan melahirkan modal insan yang berkuaiti dari segi sikap,minda dan juga rohaninya melalui penglibatannya dalam badan badan NGO Islam dan juga pertubuhan politik

''Saya akan terus berkhidmat dan membantu menaikkan imej pemuda khususnya masyarakat Islam di daerah ini yang saya anggap sebagai satu amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas bersama dalam merealisasikan wawasan kepimpinan Negara dan Negeri khususnya dalam menjana model Insan yang berkualiti dan bemanafaat untuk kepentingan pembangunan Negara “ katanya

Beliau yang mendapat pendidikan awal Sk Jawa Sumbiling Tenom dan terakhir di Unversiti Pertanian Malaysia (UPM) dengan memperolehi bachelor Sains Pertanian sebelum ini merupakan seorang pegawai kerajaan dan meletakkan jawatan untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan selepas itu menceburi bidang politik

Sebaik sahaja melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang Politik Pegawai Khas Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap program program kepartian namun turut mengambil beberapa pendekatan melalui flatfrom parti dan Badan NGO yang dianggotainya dengan menganjurkan beberapa program yang dapat memberikan manafaat kepada golongan muda khususnya masyarakat umum dalam bidang pendidikan,agama,sosial dan ekonomi
.
''Saya amat terharu dipilih menerima anugerah ini. Saya akan terus berjuang untuk mendedahkan kepada umat Islam tentang kelebihan perlunya penerapan budaya ilmu baik dalam bidang akademik dan juga ilmu agama " kata beliau. jbw