Jumaat, 10 Disember 2010

USIA PERLU KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL :LAJIM




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bekas Timbalan Yang Dipertua (USIA) sarankan agar ahli kembali merenung perjuangan asal pertubuhan tersebut


KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar) mengajak ahli-ahli pertubuhan itu agar kembali memikirkan halatuju perjuangan asal (USIA) dalam mengembangkan dakwah dan syiar Islam di negeri ini.

Katanya, penghayatan terhadap perjuangan yang sebenarnya terutamanya dalam menegakkan syiar Islam begitu penting agar (USIA) tidak akan tersasar dari matlamat asal penubuhannya disamping berusaha mengangkat mertabat umat Islam di negeri ini.

“ Seharusnya kita tidak hilang fokas dan tumpuan ,jika ini berlaku sudah tentu ianya akan melemahkan organisasi yang kita dokong dan turut memberikan kesan terhadap keyakinan serta kepercayaan ahli-ahli terhadap pertubuhan kita” katanya.

Menurut Lajim yang juga Ketua (USIA) Bahagian Beaufort ahli-ahli (USIA) yang menghadiri persidangan agung tahunan yang ke 24 hari ini perlu menjadikan persidangan ini sebagai wadah memperkukuhkan perpaduan disamping menjadikannya sebagai flatfrom perbincangan bagi mendapatkan rumusan yang terbaik untuk memantapkan jentera pentadbiran dan halatuju perjuangan (USIA) bagi menghadap cabaran pada masa akan datang.

Lajim berkata demikian ketika diminta memberikan ulasan terhadap perjalanan mesyuarat Agung tahunan (USIA) yang ke 24 tahun ini dimana pada mesyuarat agung kali ini beliau sudah tidak bersama-sama dalam barisan kepimpinan tertinggi (USIA) setelah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan yang Dipertua pada Mac awal tahun ini.

Menurut Lajim yang kini menjadi Pengerusi Perhubungan Sukarelawan (PERKIM) Sabah walaupun beliau tidak lagi bersama-sama dalam barisan kepimpinan tertinggi (USIA) namun beliau akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan terhadap apa juga program yang akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut.

“ Jawatan bagi saya tidak penting, sebagai ahli biasa pun kita boleh menyumbang idea untuk memantapkan perjuangan pertubuhan ini, yang penting bukan kedudukan namun perjuangan dakwah itu perlu kita diutamakan meskipun dalam falffrom yang berbeza ” katanya.

Dalam perkembangan yang sama beliau juga meminta agar ahli-ahli (USIA) menghindarkan diri dari perbuatan ado domba dan sak wasangka dalam berpersatuan ,dimana menurut beliau perkara ini boleh menjejaskan kemantapan organisasi dan boleh membawa kepada perpecahan.

“ Apa yang telah berlaku kita anggapnya sebagai pengajaran untuk memperbaiki keadaan pada masa akan datang, selagi kita gagal melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepercayaan umat Islam khususnya ahli-ahli akan luntur terhadap perjuangan kita” tambahnya.

Sambil mengingatkan perjuangan dakwah adalah perjuangan semua Umat Islam ,beliau turut mengingatkan agar ahli-ahli (USIA) turut menanamkan perasaan kerja sama serta hormati menghormati terhadap perjuangan badan badan NGO Islam yang lain dalam mengembangkan syiar dakwah di negeri ini.

“ Usah kita timbulkan soal persaingan, serta andaian andaian negetif yang lain sekiranya ada badan –badan NGO Islam yang lain melaksanakan program dakwah mereka, yang penting badan badan NGO Islam perlu bersatu padu, berkerjasama kerana yang diperjuangan adalah perkara yang sama iaitu syiar dakwah disamping memperkasakan keupayaan umat Islam menangangi cabaran baik dari sudut agama,pendidikan,ekonomi dan sosial” katanya

Sambil mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati ke perhimpunan Agung USIA kali ini, Lajim juga turut mengajak ahli-ahli pertubuhan tersebut agar memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuanya TUN Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai untuk meneruskan agenda serta perjuangan (USIA)

“ Bersandarkan kepada pengalaman dan kepimpinan yang ada, ahli-ahli (USIA) perlu merapatkan hubungan serta kerjasama bagi memberikan sokongan padu kepada beliau untuk meneruskan perjuangan (USIA) tambah Lajim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan