Isnin, 6 Julai 2009

ELAK ISU PERKAUMAN DALAM USIA


TENAGA PENGERAK…..Abdullah (Tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa Pelaksana Perhimpunan Agung (USIA) Ke 23 tahun ini


KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin mengingatkan seluruh cawangan dan bahagian pertubuhan tersebut agar melaksanakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian secara berhemah dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan



Katanya, mesyuarat tahun ini samaaada di peringkat cawangan bahagian dan pusat merupakan mesyuarat yang penting dimana seluruh ahli-ahli (USIA) akan memilih barisan ahli jawatankuasa baru di peringkat cawangan ,bahagian dan pusat.



“ Kita berharap mesyuarat yang diadakan secara berhemah serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dengan mengelakkan perkara perkara yang boleh merosakkan imej (USIA) dan menjejaskan semangat perpaduan ahli-ahli (USIA)” katanya semasa ditemui selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk mesyuarat Agung (USIA) ke 23 di ibu pejabat (USIA) Sembulan pagi kemarin.



Menurut Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan perhimpunan agung tahun ini, isu isu perkauman semasa berkempen perlu dielakkan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan sehingga menjejaskan tahap perpaduan dikalangan ahli-ahli (USIA) dan ini menurut beliau agama Islam juga turut menekankan semangat perpaduan tanpa mengira kaum.



“ Sekiranya pun berlaku pertandingan ianya perlu dijalankan dalam semangat kekeluargaan, memandangkan matalamat utama kita adalah memperkasakan (USIA) sebagai badan dakwah yang unggul dan cemerlang di negeri ini” tambah Abdullah.



Beliau juga turut mengingatkan agar seluruh ahli (USIA) bijak menentukan barisan kepimpinan baik di peringkat cawangan ,bahagian dan pusat agar memilih pemimpin yang benar-benar dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan demi untuk kebaikan dan masa depan pertubuhan terutamanya dalam mengembangkan syiar Islam di Negara ini.



Mesyuarat Agung (USIA) ke 23 tahun ini dijangka adakan diadakan selama 3 hari bermula dari 13 hingga 15 Nov akan datang sementara di peringkat bahagian ianya akan berakhir pada 15 Ogos .



Sehubungan dengan itu Abdullah berharap semua bahagian akan mengadakan mesyuarat agung bahagian masing-masing sebelum tarikh tersebut dan mengemukakan laporan mesyuarat ke ibu pejabat (USIA) seminggu selepas mesyuarat diadakan.



Setakat ini tiga bahagian (USIA) telahpun mengadakan mesyuarat agung masing masing yang terdiri Sipitang ,Nabawan dan Kunak dan dijangkakan lebih banyak bahagian bahagian (USIA) akan mengadakan mesyuarat agung masing masing pada pertengahan Julai sehingga ke awal bulan Ogos nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan