Isnin, 29 Jun 2009

BELIA DAN GAGASAN 1 MALAYSIA






SIMBOL PELANCARAN...Haji Abdullah diiiringi oleh Sairin dan Ketua (USIA) Bahagian Kuala Penyu Awang Hashim Ag.Damit menekan punat komputer sebagai simbol pelancaran penutupan seminar tersebut

KUALA PENYU: Masyarakat belia hari ini perlu diterapkan dalam Gagasan Satu Belia Satu Malaysia bagi menyuntik semangat perpaduan di kalangan belia, yakni bersepakat, bekerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu dalam apa jua keadaan.
Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA) Datuk Haji Sairin Karno berkata, gagasan tersebut pula perlu disertai dengan nilai belia yang memiliki peribadi yang mulia dari sudut rohaniah, akhlaqiah dan jasmaniah serta bertanggungjawab sebagai pewaris dalam memupuk dan menyuburkan semangat perpaduan negara.
“Ini bermakna belia kini perlu diperkasa, dimana kejayaan belia akan membantu kejayaan bagi negara terutama dalam membina tamadun yang hebat pada masa depan, seiring menjadikan umat Islam sebagai umat tersohor” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Belia anjuran Belia (USIA) di dewan SMK Pekan Kuala Penyu baru baru ini.
Menurut Sairin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar,selaras dengan gagasan satu Belia Satu Malaysia kelompok belia yang menjadi aset negara pada masa akan datang perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetuhan dan kemahiran disamping pembentukkan kaum belia yang mempunyai jatidiri serta peribadi mulia ,ciri terpenting untuk membangunkan masyarakat belia yang berdaya maju dan sedia berhadapan dengan cabaran.
“ Lapan teras atau nilai utama bagi menjayakan konsep 1 Malaysia, iaitu berpengetahuan, intergriti, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, dan meritokrasi. Kelapan-lapan nilai teras ini diadun sebagai formula utama dalam usaha mencapai Wawasan 2020. Bagi mencapai aspirasi ini lapan nilai teras di atas perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan rakyat khususnya masyarakat belia” katanya.
Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin ketika berucap menutup seminar tersebut pula berkata, belia yang mempunyai hala tuju yang jelas, serta mempunyai jatidiri yang mantap akan menjadi penggerak utama kejayaan negara.
Katanya, sekiranya mereka mampu menjadikan agenda belia glokal, sebagai golongan belia yang berfikiran global dan bertindak secara loca, kemungkinan mereka mampu bergerak lebih jauh lagi. Dengan persekitaran yang aman serta peluang dan kemudahan kerajaan berikan, sudah pasti, generasi belia akan mudah mencapai impian dan menjadi pemacu utama dalam pembangunan negara
”Semuanya bermula dengan pemikiran yang jelas.Belia glokal mesti mempunyai daya saing yang tinggi agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di peringkat antarabangsa. Persaingan dalam bentuk keilmuan, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya memerlukan jatidiri yang tinggi, nilai yang kuat, daya tahan yang kental, dan nilai spiritual yang tinggi” katanya
Menurut Abdulah Mereka (belia) tidak akan boleh membuat perubahan dan bersaing sekiranya mereka sendiri tidak memulakan perubahan dalam diri mereka sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan Abdullah juga mengajak kaum belia di negeri ini agar melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan bagi melatih mereka memiliki sifat semangat berkerja berpasukan dimana menurut beliau semangat berpersatuan dalam mewujudkan perpaduan perlu disemai melalui beberapa kegiatan persatuan belia terutama dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar menerusi latihan dan kemahiran.
“Golongan belia ini sebagai golongan terpenting dalam menyahut gagasan baru negara, maka belia perlulah memanfaatkan pelbagai kegiatan yang diatur dengan baik agar belia hari ini dapat diperkasakan pada masa depan dengan hakikat kejayaan Satu Belia akan membantu kejayaan bagi Satu Malaysia” katanya. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam