Khamis, 25 Jun 2009

UMAT ISLAM PERLU BERPANDANGAN JAUH.NILWAN




BINCANG…Kelihatan Nilwan memperkatakan sesuatu kepada Abdullah sambil diperhatian oleh Ketua (USIA) Bahagian Kunak Ariif DSP Salim selepas perasmian mesyuarat tersebut

KUNAK: Umat Islam perlu berpandangan jauh serta memiliki kekuatan dari segi ilmu pengetuhan jika mereka ingin mencapai kejayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kunak Nilwan Kabang berkata, Umat Islam juga perlu berusaha memantapkan ekonomi mereka kerana kedua-dua factor ini penting dikuasai dan dimilikioleh Umat islam

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung Pertubuhan Islam Seluruh sabah (USIA) bahagian Kunak di rumah rehat kerajaan dekat sini baru baru ini.

Menurut Nilwan yang juga Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd, kekuatan ekonomi dan pendidikan telah menjadikan umat Islam di zaman lampau begitu kuat dan bersatu padu.

“ Kita perlu mengembalikan kekuatan tersebut dalam era kemajuan Negara yang pesat membangun ini, jika tidak umat Islam akan terpinggir dari menikmati kemajuan tersebut” katanya

Dalam perkembangan lain Nilwan juga menyeru umat Islam khususnya di kawasan Kunak agar menyertai (USIA) ini kerana menurut beliau pertubuhan tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang telah berjuang memertabatkan umat Islam di Sabah.

Katanya, sumbangan yang telah dimainkan oleh (USIA) bukanlah kecil kerana tanpa adanya (USIA) gerakan-gerakan dakwah Islam terutamanya di awal tahun 1970 an mungkin tidak akan terlaksana dengan jayanya.

“ Tidak ada sebab bagi umat islam merasa ragu-ragu untuk menyertai pertubuhan ini, kerana matlamat penubuhannya khusus untuk membantu mengangkat martabat umat Islam di Sabah” katanya

Sementara itu ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, perpaduan Umat Islam di Negara ini seharusnya menjadi agenda utama bukan sahaja dipihak kerajaan tetapi juga bagi setiap individu Islam.

Katanya, perpecahan dan perbelahan di kalangan umat Islam harulah dicari jalan penyelasaian kerana umat Islamlah yang akan menanggung kerugian jika enggan bersatu padu.

Abdullah berkata tidak harus ada halangan untuk mencapai kata sepakat diantara individu termasuk dalam parti parti politik kerana soal perpaduan telah diberikan penekanan di dalam kita suci Al Quran.

Menurut Abdullah (USIA) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berharap agar dapat diadakan rundingan antara para pemimpin Umno dan Pas untuk membincangkan serta mencari jalan untuk menyatud padukan kembali orang-orang Islam di Negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan