Rabu, 17 Jun 2009

ISLAM GALAK UMATNYA BERSUKAN



Kelihatan Pengurus Pasukan Kelab Bola Sepak (USIA) yang juga Setiausaha Kerja (USIA) Misnan Warman menyerahkan piala yang dimenangi oleh Kelab Bola Sepak (USIA) kepada Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dimajlis meraikan kemenangan pasukan tersebut dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat (USIA) Sembulan baru baru ini
KOTA KINABALU:Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata,Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.
“Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . “katanya ketika berucap meraikan kemenangan Pasukan Bola Sepak Kelab (USIA) yang menjuarai pertandingan Bola Sepak Piala ADUN Tanjung Aru di Ibu Pejabat (USIA) Sembulan petang kemarin
Sehubungan dengan itu Abdullah berharap pegawai dan kakitangan (USIA) akan menjadikan aktiviti sukan bukan sahaja untuk tujuan beriadah namun sebagai wadah untuk melaksanakan dakwah dengan melibatkan golongan remaja menyertai program sukan bagi menghindari mereka terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
Katanya, Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan