Selasa, 16 Jun 2009

AMAL AJARAN ISLAM SEBENAR JIKA MAHU LEBIH MAJU ABDULLAH




DIHARGAI…Abdullah menerima cendera kenangan berupa hasil kraftangan dari penganjur selepas menutup seminar tersebut

PITAS : Umat Islam boleh menjadi lebih maju daripada umat-umat lain di dunia sekiranya mereka sentiasa berusaha dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Datuk Haji Adullah Hussin

Beliau menegaskan, ini kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. penuh dengan petunjuk untuk kehidupan manusia.

"Ia adalah agama yang benar, sesuai sepanjang zaman dan untuk semua golongan manusia.

" Umat Islam boleh maju setanding dengan umat-umat lain, bahkan lebih maju sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam memperbaiki nasib mereka dengan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan sunah Rasulullah,'' katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Sehari Kefahaman Islam anjuran (USIA) di masjid kampong Pinggan-Pinggan Pitas dekat sini baru- baru ini.

Katanya, umat Islam seharusnya mampu memahami dan mengamalkan ajaran agama dengan sebaik-baiknya dalam apa juga keadaan.

Melalui penghayatan agama suci itu dengan betul dan bersungguh-sungguh katanya, umat Islam akan lebih insaf dalam memenuhi tuntutan agama.

Mereka juga katanya, akan lebih berusaha, rajin menimba ilmu, sentiasa meningkatkan ketahanan diri dan mampu mempamerkan keindahan dalam kehidupan seharian.

Sehubungan dengan itu Abdullah berharap melalui seminar tersebut para peserta dapat memanafaatkan isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh para penceramah sebagai garis panduan dalam membina jatidiri sebagai umat yang berkualiti cemerlang dari segi minda dan akhlaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan