Rabu, 17 Jun 2009

Gunakan ICT untuk berdakwah





TEKUN…Kelihatan sebahagian dari kakitangan (USIA) begitu tekun mengikuti kursus tersebut


TAWAU : Para pendakwah tidak boleh terikat dengan cara lama dalam menyebarkan syiar Islam, namun wajar menggunakan ICT sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat membangun yang menjadi tumpuan ramai masyarakat di seluruh dunia pada masa ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata,'sebagai pendakwah mereka perlu menggunakan pelbagai cara yang lebih disenangi dan mudah diterima oleh masyarakat umum," katanya ketika berucap menutup kursus menyelanggara Laman Web anjuran (USIA) bagi Zon Tawau yang merangkumi (USIA) bahagian Tawau,Lahad Datu,Kunak dan Semporna di Dewan Persidangan Tawau dekat sini baru baru ini

Sehubungan dengan itu Abdullah mahu semua kakitangan(USIA) termasuk ahli-ahlinya menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini

Tegasnya, Pertubuhan tersebut juga perlu dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan ICT di semua bahagian supaya segala maklumat dapat disimpan dan diperoleh dengan pantas.

''Perkembangan ICT pada masa ini menjadi satu keperluan yang amat penting kepada sesebuah organisasi," katanya

Untuk itu Abdullah menambah semua bahagian di negeri ini akan dilengkapi dengan kemudahan ICT di samping memberikan latihan kepada kakitangannya untuk mengendali dan menyelanggara laman web masing-masing agar segala program termasuk bahan bahan pendidikan dapat diaplikasi melalui laman web tersebut Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan