Isnin, 1 Jun 2009

SUA AGUNG USIA DIPILIH SEBAGAI YDP PIBG SK TANJUNG ARU II



Abdullah (Tengah) bersama Guru Besar Sk Tanjung Aru II Datin Omai Salamah Haji Kamah merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa (PIBG) yang baru selepas mesyuarat tersebut

KOTA KINABALU : Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dipilih sebulat suara menjadi Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sk Tanjung Aru II dalam mesyuarat agung persatuan yang diadakan di dewan sekolah tersebut baru baru ini .
Pemilihan Abdullah yang menang tanpa tanding bagi jawatan YDP ekoran penyandang jawatan sebelum ini Haji Dahlan Ag.Tengah tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan kali ini.
Turut dipilih Nasruddin Abd.Hamid untuk jawatan Naib Yang Dipertua,Samsul Hisham Wahap Setiausaha sementara bagi ahli jawatankuasa mereka yang terpilih terdiri dari Jadmin Mohamed Son,Mohamed Zainuddin Datuk Hj Pengiran, Abdullah,Mohd.Sablee, Sailan,Dorsia Monuraling,Saadiah Saleh dan Amy Lim Sen Yun
Berucap menangguhkan mesyuarat tersebut Abdullah berharap mereka yang terpilih perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan melihat,(PIBG) sebagai organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah bagi memperkasakan mutu dan kecermalangan pendidikan
“Peranan dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia” katanya
Menurut Abdullah asas penubuhan PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, dan isu yang timbul.juga sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.
Sambil melahirkan terima kasih dan penghargaan beliau atas kepercayaan ibubapa yang memilih beliau sebagai Yang Dipertua (PIBG) pada mesyuarat kali ini, Abdullah berharap semangat bekerja dalam satu pasukan dapat dipupuk dan diterapkan antara pihak sekolah,guru dan juga (PIBG) dalam menentukan tahap kecermalangan pendidikan khususnya di sekolah tersebut mampu direalisasikan Oleh Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan