Ahad, 28 Jun 2009

USIA CADANG PUSAT PENGAJIAN ISLAM DITUBUHKAN DI UMS




KENINGAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengkaji cadangan untuk mengwujudak Pusat Pengajian Islam di Unversiti Malaysia Sabah (UMS)
Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, penubuhan Pusat ini kelak akan dapat memberikan peluang kepada para pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka dalam Pengajian Islam bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di bidang yang berkaitan.
“ Sebelum ini bagi pelajar khususnya dari negeri ini yang mengambil jurusan pengajian Islam terpaksa melanjutkan pengajian mereka ke beberapa buah unverisiti di semenanjung Malaysia dan di luar negeri yang menawaran kursus berkaitan, sebaliknya jika pusat tersebut dapat diwujudkan di (UMS) ianya akan memberikan kemudahan kepada pelajar di negeri ini untuk melanjutkan pengajian mereka dalam jurusan ini” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Baitun Nur di masjid Al Takwa Keningau petang kemarin.
Menurut Abdullah lagi sudah tiba masanya bagi pusat pengajian Islam ditubuhkan di negeri ini bagi memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan Negara,malah menurutnya penubuhan pusat ini kelak akan dapat meringankan beban ibubapa di negeri ini untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pengajian berkaitan ke bebarapa buah unversiti di semanajung mahupun di luar Negara.
Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Abdullah berkata, perlaksanaan program Baitun Nur di beberapa buah daerah yang dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut mencapai matlamatnya khususnya bagi memberikan bimbingan kepada saudara-saudara baru untuk mendalami ajaran Islam yang sebenarnya.
“ Sepanjang program ini berjalan para peserta bukan sahaja diberika bimbingan dari segi fardu ain dan fardu kifayah malah program pengajian Al-Quran juga turut diberikan penekanan “ katanya.
Menurut Abdullah lagi pertubuhan tersebut juga bersedia untuk mengkaji bagi meneruskan program tersebut pada masa akan dating, bagaimanapun ianya amat bergantung kepada kedudukan kewangan pertubuhan tersebut dimana perlaksanaan program Baitun Nur ini memerlukan peruntukan kewangan yang agak tinggi dimana ianya dijalankan untuk tempoh enam bulan untuk setiap program.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan