Isnin, 31 Ogos 2009

Umat Islam perlu teguh pegangan akidah dan bersatu padu: Sakaran




Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai turut menyampaikan wang zakat fitrah kepada salah seorang penerima sempana majis tersebut

KUDAT: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk SeriPanglima Haji Sakaran Dandai menyeru umat Islam supaya meneguhkan pegangan akidah dan bersatu padu dalam menghadapi permasalahan dan mencari penyelesaian dengan cara yang terbaik.

Beliau turut mengingatkan agar umat Islam tidak menjadikan perselisihan pendapat sebagai punca kepada perpecahan masyarakat.

Menurutnya, kekuatan yang ada kepada umat Islam akan terhakis sedikit demi sedikit jika mereka terus bertelingkah sesama sendiri.

Oleh itu beliau meminta umat Islam mengambil iktibar daripada sejarah tentang keruntuhan empayar Islam yang suatu ketika dahulu begitu gagah dan berkuasa di dunia.

“Marilah kita renungi bersama sejarah lalu agar kita tidak mengulangi kesilapan yang serupa,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka Puasa di Masjid As Syakirin Kudat dekat sini

Turut serta ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi . Abdul Mijul Haji Unaini.Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Haji Matussin Awang Damit,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua (USIA) bahagian Kudat Latif Kandok.
Menurut Sakaran lagi jika sikap bersatu dan berpadu diamalkan oleh keseluruhan umat Islam, sudah pasti kedudukan umat Islam tidak akan tergugat di muka bumi ini, tetapi jika berpecah belah di antara satu sama lain, ia akan menjadikan umat Islam terus lemah.

Beliau berkata, keadaan ini jika dibiarlah berterusan, akan mengundang musuh untuk mengambil kesempatan bagi menghancurkan umat Islam.

"Betapa pentingnya di saat ini untuk ummah bersatu dalam pemikiran, bersatu dalam pendekatan, bersatu dalam tindakan. betapa perlunya ummah berkata sepakat dalam niat dan hasrat membina ummah yang lebih kuat untuk membangunkan ummah yang lebih berjaya” tegas Sakaran. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan