Selasa, 8 September 2009

YDP USIA TUN SAKARAN HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA DI SEMPORNA



SERAH SUMBANGAN....Sakaran yang diiringi oleh Nasir dan Abdullah ketika menyampaikan sumbangan beliau kepada golongan yang kurang berkemampuan sempena majlis tersebut

YDP USIA HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA...Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai petang kemarin telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam setempat di masjid Rahman Semporna. Mengiringi beliau ialah Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran, Setiausaga Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta pemimpin masyarakat tempatan. Selain berbuka puasa Sakaran juga turut mengagih-agihkan sampul kuning berupa wang zakat fitrah kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim piatu serta mereka yang kurang berkemampuan. Selepas majlis tersebut Sakaran turut bersembahng berjemaah fardu maghrib,isya dan juga sunat tarawih.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Sakaran yang juga bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah mengajak umat Islam agar terus mengekalkan perpaduan di kalangan mereka dengan meletakkan semangat tersebut dihadapan agar masyarakat Islam tidak akan tercorot dari arus pembangunan negara.

Katanya, sejarah perpecahan masyarakat Islam di beberapa buah negara Islam perlu dijadikan iktibar bagaimana umat Islam agak jauh ketinggal dalam iklim perubahan kemajuan, ini berlaku kerana mereka enggan bersatu padu menyebabkan mereka terpinggir dari arus kemajuan .Teks oleh Jaafar Abdul Wahid Foto Yusuf Kahar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan