Selasa, 12 Mei 2009

USIA RISEAP JALIN KERJASAMA ANJUR KEM BELIA ASIA TENGGARA




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama Majlis Dakwah Islam Serantau Bagi Kawasan Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) mencapai kesepakatan untuk menganjurkan bersama Kem Belia yang dijadual akan diadakan pada Oktober ini dengan memlilih daerah Sandakan sebagai lokasi bagi program tersebut diadakan

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, kesepekatan ini dicapai dalam perbincangan bersama Setiausaha Agung (RISEAP) Mohd.Marzuki Mohd.Omar yang melakukan kunjungan hormat keatas beliau di Ibu Pejabat (USIA) Sembulan petang kemarin.

“ Seramai 200 orang belia Islam dari kawasan Asia Tenggara yang melibatkan Semananjung Malaysia,Sabah,Sarawak,Brunei,Indonesia dan Singapore dijangka akan menyertai kem ini” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan ini.

Hadir sama Pegawai Perhubungan (RISEAP) Shafiq Ong Abdullah dan Setiausaha Kerja (USIA) Misnan Warman.

Menurut Abdullah lagi antara lain tujuan kem ini diadakan ialah untuk mempupuk semangat cintakan agama dan Negara di kalangan belia selaras dengan gagasan Satu Malaysia yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak.

“ Melalui kem ini kita berharap semangat perpaduan mampu kita terapkan di kalangan peserta khususnya golongan belia bagi membantu dakwah Islamiah” tambah Abdullah

Selain dari itu Abdullah berkata, matlamat kem tersebut juga ialah bagi membentuk golongan belia Islam yang mempunyai jatidiri yang kukuh bagi membena budaya budaya kepimpinan yang cemerlang dari segi minda dan akhlaknya.

“ Masa depan Negara amat bergantung kepada golongan belia sebagai ased utama bagi kesinambungan kepimpinan Negara pada masa akan justeru kita perlu menyediakan tenaga belia yang berpendidikan,berkamahiran disamping memiliki jatidiri yang kukuh dari segi pemikiran dan akhlaknya” katanya: Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan