Khamis, 7 Januari 2010

USIA PERLU BERUSAHA MENCARI SUMBER KEWANGANNYA SENDIRI TYDP




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak seharusnya hanya bergantung kepada bantuan dari kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan kewangannya bagi membayai segala program program dakwah sebaliknya perlu berusaha mencari sumber kewangannya sendiri.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ini boleh dilakukan dengan cara menguruskan segala aset-aset yang sediaada pada pertubuhan tersebut untuk dibangunkan dan dimajukan yang boleh menyumbang kepada pendapatan kewangan untuk kegunaan petubuhan tersebut .

“ Kita makluman masih ada ased-ased pertubuhan ini yang boleh dimajukan untuk menjana sumber kewangannya sendiri,antaranya tanah-tanah yang dimiliki oleh (USIA) yang boleh dibangunkan dan dimajukan dalam pelbagai sector antaranya pertanian dan hartanah” ketika ketika ditemui selepa mempengerusikan dua mesyuarat berasingan iaitu Jawatankuasa Biro Pengurusan Ased dan Biro Keahlian dan penyelarasan bahagian-bahagian (USIA) di ibu pejabat pertubuhan tersebut di sini pagi kemarin.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Dato Nasrun dato Mansor,Bendahari Agung (USIA) Datuk Karim Bujang,Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan,Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kedua-dua Biro ini berkata, pihaknya akan meneliti beberapa cadangan untuk dikemukakan kepada ahli Majlis Tertinggi (USIA) bagi memanafaatkan beberapa asset asset yang ada untuk dimajukan yang boleh mendatangkan sumber kewangan kepada pertubuhan tersebut sekali gus akan memberikan manafaat bukan sahaja untuk pertubuhan namun melibatkan ahli-ahli (USIA).

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut akan diperhebatkan melalui kempen penambahan ahli-ahli di seluruh bahagian pertubuhan tersebut.

“ Kita akan turun padang melaksanakan kempen dan program yang boleh menarik penyertaan umat Islam bagi menyertai pertubuhan tersebut termasuklah pegawai pegawai kerajaan dan saudara-saudara baru” katanya.

Menurutnya jawatankuasa Biro Keahlian dan Penyelarasan Bahagian-bahagian akan memainkan peranan aktif untuk menambah bilangan keahlian disamping mengatifkan bahagian bahagian termasuk cawangan –cawangan agar sentiasa berusaha menambah keahlian dan melaksanakan program program dakwah dan sebagainya yang boleh menarik penyertaan masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut.

Untuk rekod Jawatankuasa Biro Pengurusan Ased dan Biro Keahlian dan Penyelarasan Bahagian-bahagian merupakan Biro pertama mengadakan mesyuarat di peringkat Biro selepas pertubuhan tersebut mengadakan mesyuarat agungnya tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan