Ahad, 6 Disember 2009

USIA KEMBANGKAN DAKWAHNYA MELALUI ICT



Kelihatan Abdullah menyampaikan cendera kenangan kepada Ketua Rombongan Persatuan Kesenian Islam Daerah Kuala Belait Brunei diakhir lawatan tersebut

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan turut memberikan perhatian terhadap gerakan dakwah melalui Teknologi Maklumat (ICT)

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, Kaedah penyampaian dakwah kini tidak hanya terbatas menggunakan pendekatan konvensional, sebaliknya ia terus berkembang selaras dengan kemajuan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT).

“Oleh itu penguasaan terhadap ICT diperlukan khususnya pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada sasaran dengan lebih meluas lagi.” Katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan rombongan seramai 27 orang dari Persatuan Kesenian Islam Daerah Kuala Belait Brunei Darulsallam di ibu Pejabat (USIA) kemarin.

Menurut Abdulllah bagi menjayakan agenda ini pegawai serta kakitangan ( USIA) di semua peringkat termasuk di bahagian-bahagian telah dilatih untuk memperolehi pengalaman melalui pelbagai kursus ICT agar keadah penyampaian dakwah melalaui ICT dapat dikembangkan.

“ Kita telah melatih pegawai pegawai yang terlibat termasuk di bahagian-bahagaian (USIA) agar mereka dapat mengerakkan gerakan dakwah melalui ICT yang bukan sahaja sekadar melaporkan program yang kita laksanakan namun dapat memasukkan beberapa bahan yang berunsurkan dakwah” katanya.

Abdullah menambah dalam usaha mengembangkan gerakan dakwah melalui ICT laman web serta blogspot bagi pertubuhan tersebut telah diwujudkan sebelum ini dan kini umat Islam khususnya ahli-ahli (USIA) dapat melayarinya melihat pelbagai program dan bahan bahan dakwah yang terpapang di kedua-dua medium ini.

“ Dari masa ke semasa kita akan pertingkatkan dakwah melalui ICT ini melalui pelbagai keadah sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat “ Tambah Abdullah

Malah menurut Abdullah lagi Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan terutamanya golongan belia.

Katanyam golongan belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.

“Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam.” Katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan