Rabu, 23 Disember 2009

Umat Islam Diajak Tingkatkan ilmu hadapi globalisasi







IKTAN UKHAWAH...Lajim bersalaman dengan masyarakat Islam setempat sejurus tiba di majlis tersebut

MENUMBOK : - Umat Islam diingatkan supaya tidak hanya berserah kepada takdir semata-mata sebaliknya meningkatkan usaha bagi menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan bagi menghadapi era globalisasi agar tidak terus ketinggalan.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dizaman yang semakin mencabar ini, keperluan untuk menguasai ilmu pengetahuan adalah penting kerana kegagalan untuk menguasainya menyebabkan umat Islam akan terus diperlekeh dan ketinggalan.

Tegas beliau, usaha meningkatkan ilmu pengetahuan sejajar dengan konsep hijrah sebagaimana yang dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah pada awal perkembangan agama Islam.

"Umat Islam tidak boleh lagi berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir semata-mata, tetapi perlu berusaha untuk maju bagi melahirkan umat Islam yang bersatu padu serta berjaya di dunia dan akhirat," kata nya ketika berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah 1413 H peringkat daerah Kecil Menumbok di Dewan Masyarakat Awang Samaun di sini kemarin..

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,umat Islam kini tidak boleh lagi berada di takuk lama dan menyisih diri daripada masyarakat lain tetapi perlu bersedia berubah dari segi minda, ilmu dan sosio ekonomi.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bersatu padu kerana dengan cara itu ia akan meningkatkan lagi kekuatan ummah dan kembali menjadi umat yang disegani.

''Kita harus mengambil intipati pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa Hijrah yang mana memintanya umat Islam agar sentiasa mempunyai strategi terancang dan rapi bagi mencapai kejayaan yang gemilang," katanya.
Menurut Lajim lagi selain kepentingan menuntut ilmu, umat Islam juga tidak seharusnya memandang ringan perpaduan ummah kerana jika berilmu tetapi tidak bersatu, sukar untuk membina satu tamadun.
Sehubungan itu katanya, sempena dengan semangat hijrah, umat Islam perlu memperkemas dan mengukuh semula hala tuju supaya matlamat membina ummah cemerlang tercapai

Hadir sama di majlis tersebut Wakil rakyat Kuala Penyu Johm teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Tazak.Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih serta hampir seribu orang masyarakat Islam Setempat:. Oleh:
Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan