Khamis, 12 Mac 2009

USIA MENYOKONG LARANGAN PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH




KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) menyokong penuh langkah kerajaan melarang pengunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald Catholic

Setiauasha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin (Gambar) berkata, keputusan tersebut adalah tepat dan wajar bagi mengelak salah faham dan kekeliruaan dikalangan penganut Islam.

“ Kita menyokong keputusan yang dilakukan kerajaan kerana penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama lain dikhuatiri mengelirukan umat Islam khususnya golongan kanak-kanak dan mereka yang kurang pengetahuan tentang agama” katanya dalam satu kenyataan media sebagai mengulas keputusan kerajaan bagi melarang penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar Herald Catholic.

Menurut Abdullah Islam sebagai agama rasmi negara sebagaimana yang terkandong dalam perlembagaan perlu dihormati justeru pengunaan perkataan Allah dalam sebarang penerbitan yang tidak berkaitan dengan Islam perlu dihentikan bagi menjaga senstiviti masyarakat Islam .

“ Semua pihak perlu sedar isu yang diperjuangan akhbar berkenaan merupakan satu perkara yang amat sensitif dan umat Islam sedia bangkit untuk mempertahankan kesucian Islam sekiranya terdesak” tambah Abdullah.

Abdullah menambah apabila keputusan kerajaan ini tidak dihormati ianya akan menimbulkan krisis (agama) yang sekali gus menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara dan ini sudah tentu akan menyinggung perasaan Umat Islam dan marah kerana golongan ini cuba mencemari kesucian agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan