Khamis, 12 Mac 2009

PELBAGAI PROGRAM AKAN DILAKSANAKAN UNTUK SAMBUTAN ULANG TAHUN USIA KE 40





MEMPENGERUSIKAN…Kelihatan Abdullah (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Pelabagi program siap diatur bagi merayahkan sambutan ulang tahun ke 40 penubuhan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang ditubuhkan sejak tahun 1969 dimana pada tahun ini genaplah empat puluh tahun ini penubuhanya di negeri ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, sambutan akan dimulakan pada penghujung bulan April ini dengan pelancaran buku yang mengandungi sejarah dan perjuangan (USIA) sejak empat puluh tahun lepas dimana ianya dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Yang terutamanya Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Abdullah di salah sebuah hotel terkemuka di kota kinabalu.

“ Selain pelancaran buku kita juga akan selitkan acara tersebut dengan tayangan klip video yang mempertintonkan sejarah dan pencapaian (USIA) dalam pelbagai program yang dijalankan sepanjang pertubuhan ini ditubuhkan” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk sambutan di ibu pejabat (USIA) Jalan Sembulan petang kemarin

Menurut Abdullah perayaan yang berjalan sehingga penghujung tahun ini juga akan dilakukan oleh bahagian-bahagian (USIA) mengikut zon masing-masing dan pelbagai program yang difikirkan sesuai dan akan ditentukan oleh zon-zon yang dipilih kelak.

“ Di peringkat bahagian bahagian perayaan akan dilakasanakan mengikut zon-zon yang akan ditentukan dimana program yang dilaksanakan lebih menjurus kepada program program yang berbentuk keagamaan “ tambah Abdullah.

Abdullah menambah kemuncak sambutan akan dilanjutkan sehingga ke penghujung tahun dimana (USIA) akan mengadakan pemeran secara besar-besaran dimana melalui pemeran ini ahli-ahli (USIA) khususnya umat Islam di negeri ini akan dapat melihat secara lebih dekat sejarah penubuhan,serta pencapaian yang telah dilakukan oleh (USIA) sejak 40 tahun ianya di tubuhkan di negeri ini.

“ Pemeran ini akan merangkumi pelbagai aspek antara pendidikan, dakwah,ekonomi dan lain lain” katanya.

Dalam perkembangan yang berkaitan Abdullah berkata tahun ini juga (USIA) akan mengadakan mesyuarat agungnya kali yang ke 23 yang melibatkan pemilihan jawatankuasa tertinggi peringkat cawangan,bahagian dan pusat .

Sehubungan dengan itu Abdullah meminta semua cawangan dan bahagian dapat menyusun mesyuarat tahunan di peringkat cawangan dan bahagian masing masing dan menghantar laporan mesyuarat ke ibu pejabat lebih awal untuk dikemaskinikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan