Jumaat, 13 Mac 2009

PROGRAM "BAITUN NUR" DIPERLUASKAN KE DAERAH PITAS












PITAS: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan mempertimbangkan bagi memperluaskan program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Saudara Kita) ke daerah ini memandangkan terdapat permintaan dari masyarakat Islam khususnya saudara-saudara baru di kawasan iniagar program tersebut diperluaskan ke kawasan itu.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata. Program “ Baitun Nur” yang telah diadakan sejak awal tahun lepas telah pun dilaksanakan di beberapa buah daerah sebelum ini ,antaranya Papar,Tengod,Keningau ,Nabawan dan Kota Marudu .

“ Kita (USIA) sedia mempertimbangkan program ini untuk dilaksanakan di daerah ini, dan berharap satu jawatankuasa pelaksananya dapat dibentuk awal bagi membolehkan program ini dapat dilaksanakan pada tahun ini” katanya dalam satu perjumpaan dengan masyarakat Islam di masjid kampong Pingan-Pingan Pitas baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua (USIA) Bahagian Kota Marudu Ustaz Abdul Kahar Abdul Rahman,Pegawai Perhubungan Dakwah (USIA) Pusat Damit Tajuddin serta lebih 40 orang masyarakat Islam setempat.

Menurut Abdullah program” Baitun Nur” mendapat maklum balas yang positif dari masyarakat Islam khususnya golongan saudara baru dimana program yang berjalan selama 6 bulan ini memokaskan bimbingan dari segi aqidah,syariah,akhlak disamping pengajian Al-Quran.

“Program ini adalah antara peranan yang dimainkan oleh pertubuhan ini khusus dalam menjana serta melahirkan masyarakat Islam dalam acaun modal Insan cemerlang dari segi minda,akhlak serta peribadinya seiring dengan ajaran agama Islam yang sebenarnya” katanya.

Terdahulu dari itu Abdullah turut melakukan lawatan di pusat “Baitun Nur” di kampong Mara Sin Sin Kota Marudu dimana program ini telahpun berlangsung selama dua bulan dan disertai seramai 50 orang peserta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan