Jumaat, 13 Mac 2009

PELAJAR UNITAR MINAT JADI AHLI USIA


BINCANG….Sakaran bersama Abdullah turut berbincang dengan Dr.Morni semasa pertemuan tersebut

KOTA KINABALU: Pelajar dan kakitangan Unversiti Tun Abdul Razak (UNITAR) cawangan negeri ini berminat untuk menjadi ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Perkara ini dizahirkan semasa kunjungan hormat Ketua Pegawai Executive (UNITAR) Prof Dr.Morni Kambrie bersama rombongan keatas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai di ibu pejabat (USIA) Sembulan pagi kemarin.

Menurut Dr.Morni sebagai langkah permulaan seramai 45 orang pelajar dari unversiti berkenaan telahpun menyerahkan borang permohonan mereka untuk menyertai pertubuhan tersebut.

“ Kita berkeyakinan jumlah permohonan ini akan bertambah yang bukan sahaja melibatkan pelajar pelajar namun kakitangan beragama Islam dari unversiti ini juga menunjukkan minat untuk menjadi ahli pertubuhan ini ” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin ketika ditemui selepas majlis ini berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan pelajar dari pusat pengajian tinggi di negeri ini untuk menjadi ahli pertubuhan tersebut.

“Minat dari para pelajar di institutsi pengajian tinggi untuk sama sama menjadi ahli dalam pertubuhan ini memang kita alu-alukan dan dengan adanya maklum balas yang positif ini turut memberikan gambaran mereka turut memahami arah serta perjuangan pertubuhan ini dalam usaha menegakkan syair Islam khususnya di negeri ini” Katanya.

Sehubungan dengan itu Abdullah mengesa mana-mana pelajar yang berminat untuk menjadi ahli pertubuhan ini mereka boleh mendaftar di cawangan cawagan yang berhampiran atau membuka cawangan baru mengikut bahagian bahagian yang telah sediaada.

“ Bagi satu cawangan baru kita hanya memerlukan keahlian seramai 50 orang bagi membolehkan cawangan baru dapat diwujudkan dan ianya perlu jawatankuasa penaja terlebih dahulu sebelum cawangan tersebut dapat diluluskan oleh ibu poejabat” tambah Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan