Ahad, 5 April 2009

PEMERAN: DEKATKAN USIA DENGAN MASYARAKAT ISLAM






“Tak Kenal Maka Tak Cinta” berasaskan kepada peribahasa tersebut ,Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengambil pendekatan proaktif dengan menjadikan program turun padang mengadakan pemeran dalam majlis majlis keagamaan yang dianjurkan di beberapa buah daerah di negeri ini.

Pemeran yang mempaparkan sejarah perjuangan sejak awal pertubuhan tersebut ditubuhkan, merangkumi kegiatan masa lampau dan masa kini berjaya mendekatakkan masyarakat umum khususnya umat Islam bagi menyelami lebih dekat peranan serta tanggungjawab yang telah dan akan dimainkan oleh (USIA) dalam mengerakkan program dakwah dan menegakkan syiar Islam di negeri ini.

Selaras dengan matlamat tersebut baru baru ini (USIA) diundang bagi mengadakan pemeran bersempana dengan sambutan Mauldur Rasul Peringkat daerah Ranau di Dewan masyarakat Ranau dimana pemeran tersebut mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari orang ramai yang berpusu pusu melihat bahan bahan yang dipemerakan sepanjang majlis ini berlangsung.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Haji Abdullah Hussin ketika ditemui di majlis ini berkata, usaha yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut melalui pemeran pemeran yang diadakan merupakan nilai tambah terhadap pelbagi program dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut.

“ Kita berharap melalui pemeran ini orang ramai khususnya golongan muda dapat mengenali secara lebih dekat sejarah dan perjuangan yang telah dimainkan oleh (USIA) di dalam melaksanakan program dakwah bagi menegakkan syiar Islam di negeri ini” katanya.

Menurut Abdullah melalui pemeran tersebut juga pelbagai maklumat dapat diperolehi oleh Ahli-ahli (USIA) dan masyarakat Islam keseluruhannya dimana ianya dengan sendirinya dapat menarik minat umat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut.

“ Dalam pemeran ini juga kita membuka kaunter keahlian kepada masyarakat Islam yang ingin memohon untuk menjadi ahli pertubuhan ini “ tambah Abdullah.

Menurut Abdullah pemeran tersebut akan menjadi agenda berterusan pertubuhan tersebut dan (USIA) juga bersedia memenuhi undangan dari mana mana jabatan,agensi kerajaan termasuk pertubuhan pertubuhan Islam yang berminat untuk menundang pertubuhan tersebut mengadakan pemerannya. TEKS OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID FOTO: OLEH UINUS HASSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan