Selasa, 21 April 2009

USAHA PUPUK PERPADUAN CABARAN BERSAMA YDP USIA






SEMPORNA: Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Islam di negara ini, menjadi cabaran utama dan ianya memerlukan makanisme serta sokongan dari semua pihak .
Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA) itu berkata, bagaimanapun ianya tidak perlu dilihat sebagai satu usaha itu yang membebankan jika semua pihak terutamanya Umat Islam memahami serta mengamalkan ajaran Islam yang lebih mementingkan perpaduan bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam sendiri namun kepada masyarakat lain.
``Beberapa peristiwa yang berlaku dewasa ini memerlukan masyarakat Islam seluruh dunia mengenepikan perbezaan fahaman dan bersatu dalam mengeluarkan pendapat demi untuk melestarikan perpaduan yang lebih harmoni demi untuk kemajuan sebagaimana hasrat kerajaan untuk mengwujudkan konsep satu Malaysia '' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Forum Perpaduan Islam anjuran pertubuhan tersebut di perkarangan Masjid Ar-Rahman dekat sini baru baru ini
Hadir sama ialah Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin,Ketua (USIA) Bahagian Semporna Datuk Sapari Amir dan Imam daerah Semporna Haji Istihal Dahir
Menurut Sakaran hanya menerusi perpaduan umat Islam boleh mencapai kemajuan dengan menggunakan sepenuhnya sumber kekayaan yang sedia ada yang seterusnya dapat meningkatkan kesedaran di kalangan ummah.
Sehubungan dengan itu Sakaran mengajak masyarakat Islam melihat kepada sudut yang lebih positif terhadap konsep Satu Malaysia ini dari perspektif agama. Dalam masa yang sama mereka juga seharusnya mengemukakan gagasan yang lebih membina dan konstruktif bagaimanakah konsep atau gagasan ini seharusnya dibangunkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan polisi ini dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan agama negara dan umatnya
Terdahulu dari itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Abdullah Hussin berkata forum tersebut dianjurkan dengan harapan ianya akan menjadi wadah bagi mencari formula serta rumusan terbaik bagi memperkukuhkan lagi perpaduan di kalangan Umat Islam di negeri ini termasuklah masyarakat lain.
Katanya, golongan agama dan para sarjana Islam seharusnya mengambil peluang dari keterbukaan dasar negara ini untuk memberikan kerjasama dan pemikiran mereka yang membina bagaimanakah dasar Satu Malaysia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam meningkatkan perlaksanaan agenda agama dan umatnya di negara ini
Forum yang dihadiri lebih dari 500 orang masyarakat Islam setempat itu mengundang tiga tokoh iaitu Pensyarah di (UiTM) Sabah Ustaz Bungsu Aziz Jaafar Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abduhurairah Abdurahman, ustaz JM Ikhawan sebagai ahli panel yang dipengerusikan oleh Uztaz Suharto Sokarni. OLEH Jaafar Abdul Wahid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan