Selasa, 7 April 2009

PROGRAM DAKWAH PERLU DIPERHEBATKAN ABDULLAH







SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BAITUN NUR DI PULAU BANGI KUDAT

PULAU BANGI KUDAT: Program dakwah di kalangan saudara baru oleh agensi agama Islam termasuk pertubuhan Islam di negara ini perlu diperhebatkan dengan pendekatan baru yang lebih sesuai seiring dengan perubahan semasa.

Gesaan ini dibuat Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berikutan terdapat perubahan kecendurangan di kalangan saudara baru.

“ Mereka mememaluk Islam bukan disebabkan untuk mengubah nasib dalam kehidupan tetapi lebih kepada mencari nilai-nilai murni dalam Islam itu sendiri” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Baitun Nur yang ke lima di Pulau Bangi Kudat baru –baru ini.

Majlis yang dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Bangi Mijol Unaini itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai daerah Bangi Aliuddin Mohd.Onon dan Penolong Setiausaha Agung (USIA) Haji Uda Sulai.

Sehubungan dengan itu Abdullah berkata, pendekatan dipergunakan perlu ditumpukan kepada memperkukuhkan aqidah saudara baru ini, supaya mereka tidak terfikir untuk kembali agama asal.

“ Pendekatan seperti ini merupakan antara eleman yang kita laksanakan dan terkandong dalam program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Saudara Baru) yang dijalankan untuk tempoh enam bulan dimana peserta akan dibimbing dari segi aqidah,syariah ,akhlak disamping pengajian al-Quran” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Abdullah berkata, nilai dakwah yang perlu diberikan perhatian yang sama ialah kebajikan saudara-saudara baru dimana Agensi dan pertubuhan Agama Islam boleh mengoptimumkan dana zakat yang bukan saja digunakan untuk memberi bantuan tradisi ,tetapi juga dalam merangka aktiviti dakwah yang benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran.

Terdahulu dalam ucapan pelancaran program tersebut Mijol mengajak Umat Islam khususnya peserta program tersebut agar memanafaatkan sepenuhnya ilmu pengetuhan yang diperolehi sepanjang menjalani bimbingan tersebut.

“Program ini sesunggunya merupakan wadah terbaik bagi peserta mendalami ilmu pengetuhan mereka khususnya dalam ilmu agama dimana dengan sendirinya dapat mendekatkan peserta dengan ajaran Agama Islam yang sebenarnya dan ini turut membantu menjadikan mereka sebagai model insane cemerlang” katanya. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan