Selasa, 21 April 2009

PENDEKATAN INOVATIF MAMPU LAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG





SEMPORNA: Kerjasama antara ibubapa dan pihak yang bertanggungjawab dengan pembangunan pendidikan di negeri ini mampu melahirkan genersi pelajar yang berkualiti, cemerlang dan berdaya saing.
Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, pihak berkenaan perlu bijak merancang kaedah dan pendekatan tertentu bagi memastikan usaha memupuk dan membentuk modal insan cemerlang dapat dijayakan dengan baik dan berkesan.
Menurut beliau, dalam mencapai hasrat itu, suatu hakikat yang perlu disedari semua pihak ialah terdapat dua elemen yang menjadi penyumbang utama kepada pembangunan negara secara menyeluruh iaitu pendidikan dan modal insan.
Katanya, dalam menghadapi era globalisasi ketika ini, kedua-dua elemen tersebut perlu digerakkan seiringan supaya impaknya kepada pembangunan ekonomi negara lebih berganda.
''Sehubungan itu, kita hendaklah bijak merencanakan perancangan pendidikan kita dengan pendekatan kreatif dan berinovatif agar modal insan yang bakal lahir daripada proses itu nanti akan menjadi lebih berkualiti dan berdaya saing untuk memenuhi tuntutan semasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pejabat Guru Madarasah Inabah Kalam (SAR) dekat sini baru baru ini.
Hadir sama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Rukaiyah Panglima Abdullah, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Nasri Tun Sakaran, Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Pengerusi Yayasan (SABDI) Haji Abd.Raman Tun Sakaran.
Sakaran berkata, kepentingan elemen pendidikan dan modal insan sememangnya menjadi tumpuan Kerajaan Persekutuan yang kemudian memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi mengukuhkan lagi matlamat melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, berintegriti dan berhemah.
Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan usaha Yayasan Sabdi yang membantu menyokong pembangunan pendidikan di Sabah khsusnya di Semporna yang diharapkan dapat mengatasi masalah pelajar cemerlang di kalangan keluarga kurang berkemampuan disamping sekolah tersebut akan terus menampa kejayaan bukan sahaja dalam bidang pendidikan akademik namun juga dalam bidang pendidikan agama. Oleh: jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan