Ahad, 26 April 2009

KESENIAN ISLAM WADAH BERMANAFAAT TYDP USIA




KUALA PENYU: Kesenian Islam dilihat mampu menjadi salah satu alternatif terbaik kepada masyarakat agar tidak terus dihambat dengan unsur hiburan yang melalaikan.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menjelaskan, antara faktor penyumbang berlaku masalah sosial di kalangan generasi muda adalah disebabkan hiburan yang tidak bermanfaat dan melampaui batas.

Katanya, kepesatan kemajuan teknologi maklumat kini menjadi alternatif kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk mengikuti perkembangan dunia hiburan sehingga mereka lupa kepada kesenian yang berunsurkan Islam

“Kesenian Islam ini juga mampu menjadi wahana kepada masyarakat agar tidak terus terpesong dengan unsur-unsur hiburan yang melalaikan yang kini begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja” katanya ketika berucap merasmikan Fastivel Kesenian Islam peringkat Pedalaman bawah di dewan masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini baru baru ini

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua daerah Kuala Penyu Awang Anak Yusuf

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan berkata,bagi mengatasi masalah ini, alternatif hiburan yang lebih bermanfaat wajar dicari terhadap kesenian islam bagi ditawarkan kepada anak muda agar mereka kenal dan menghargainya sebagai warisan yang perlu dipertahankan.

”Sebagai umat Islam, kita perlu memartabatkan serta memperkukuhkan seni dan budaya Islam ke peringkat yang lebih tinggi agar Islam terus dihormati oleh semua lapisan masyarakat seluruh dunia,” katanya

Sambil melahirkan keyakinan melalui Fastivel itu tersebut menjadi wadah untuk menyemarakkan kesenian berunsurkan Islam ,Ahli Parlimen Beaufort ini mahu semua pihak termasuk badan badan dakwah dan sekolah sekolah turut menganjurkan program program kesenian Islam bagi memestikan kesenian Islam terus berkembang. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan