Isnin, 13 April 2009

100 ORANG PESERTA SERTAI SEMINAR PEMANTAPAN WANITA DI LAHAD DATU







LAHAD DATU: Hampir 100 orang peserta telah menyertai Seminar Pemantapan Wanita anjuran Wanita Pusat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama Wanita (USIA) bahagian Lahad Datu di Masjid Al-Raudah dekat sini baru baru ini.

Seminar yang berlangsung sehari itu telah membincangkan tiga buah kertas kerja masing-masing bertajuk “ Wanita Dalam Islam “ oleh Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhuraira Abdurrahman,” Wanita Soleha” oleh Pegawai Dakwah (USIA) Ustaz JM Ikhwan dan kertas kerja ketiga “ Wanita dan Keselamatan oleh Supt. Suhaimi Abd.Rahman dari PDRM Lahad Datu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk (Datu )Nasrun Datu Mansur dan turut dihadiri oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Penolong Setiausaha Wanita (USIA) Hajah Rangraini Haji Abd.Ghani.

Berucap di majlis tersebut Datu Nasrun yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata,
Kerajaan negeri mengiktiraf peranan wanita dan sentiasa memberi sokongan padu terhadap pertubuhan dan persatuan yang mewakili golongan itu di negeri ini.

Katanya, pengiktarafan ini perlu dipergunakan sepenuhnya oleh golongan wanita untuk sama sama merebut peluang dalam apa juga bidang, baik dalam pendidikan,ekonomi,agama dan sosial bagi membolehkan mereka mampu bersaing dalam arus kemajuan perdana negara.


Nasrun berkata Dewasa ini anjakan nilai hidup menyebabkan berlakunya perubahan kepada wanita,diimana ianya seecara tidak langsung menyebabkan kaum wanita perlu mempersiapkan diri bagi memenuhi cabaran dan saingan globalisasi pada hari ini.

Menurut Datu Nasrun golongan wanita perlu lebih bersifat multi-functional disebabkan peranan mereka yang pelbagai. Merekalah anak, isteri, ibu, kakak atau adik dan dalam masa sama juga bertindak sebagai wanita berkarier yang menyumbang kepada pembangunan negara.

“Oleh kerana ramai wanita pada masa ini yang menunjukkan kebolehan dan kepimpinan yang membanggakan menyebabkan sumbangan mereka amat diperlukan” katanya

Terdahulu ketika berucap di majlis yang sama Abdullah berkata,t iga kriteria wanita yang dianggap berjaya itu ialah berjaya melaksanakan kewajipan kepada Allah S.W.T dengan sempurna dan ikhlas melalui ibadat dan berjaya melaksanakan kewajipan kepada rumah tangga dan yang akhir sekali, dapat memberi sumbangan ke arah kebaikan masyarakat dan menghalang keburukan tanpa menjejaskan kualiti sumbangannya kepada institusi rumah tangga. Oleh: jbw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan