Rabu, 22 April 2009

TUN SAKARAN AGIHKAN BIBIT GAHARU KEPADA AHLI USIA SEMPORNA





Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai baru-baru ini telah menyampaikan bantuan bibit gaharu kepada ahli-ahli (USIA) di bahagian itu. Majlis penyampaian ringkas yang turut disaksikan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan bendahari Agung Haji Ariffin Sani itu berlangsung di kediaman beliau di Semporna. Berucap di majlis itu Sakaran meminta ahli-ahli (USIA) di bahagian itu agar merebut peluang dalam industri tanaman pokok gaharu yang berpoentasi dimajukan dan bakal menyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi ahli-ahli pertubuhan tersebut untuk jangka panjang.

Katanya industri gaharu mempunyai potensi pasaran yang luas dan permintaannya amat tinggi dan jika diusahakan secara komersial ianya boleh memberi keuntungan lumayan

Beliau menambah bukan sahaja bantuan dari segi bibit pokok gaharu, pertubuhan tersebut juga melalui kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) akan membantu ahli-ahli (USIA) dari segi kepakaran dan teknologi bagi menghasilkan pokok gaharu yang diklonkan dan berkualiti tinggi .Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan