Khamis, 3 Jun 2010

USIA TERIMA SUMBANGAN KERUSI RODA



SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Abdullah yang mewakili (USIA) yang turut disaksikan oleh Marcus,Ir,Edward dan Pengerusi Penganjur Asan Nasip) menerima 2 buah kerusi roda yang disampaikan oleh Yahya sempana program tersebut.

USIA TERIMA SUMBANGAN…. Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) antara badan NGO yang menerima sumbangan 2 buah kerusi roda sempana dengan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Penampang yang diadakan petang kemarin di kawasan Plaza Tanjung Aru. Program Juara Rakyat kali ini merupakan anjuran bersama antara badan NGO dan juga Swasta. Majlis Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Penampang kepada Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Abdullah ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut berkata, sumbangan dua buah Kerusi Roda tersebut akan diserahkan kepada golongan yang memerlukannya. Abdullah menambah program Juara Rakyat anjuran bersama badan NGO dan juga Swasta amat signifikan dalam usaha mengeratkan persefahaman serta kerjasama antara kerajaan , badan badan NGO dan pihak swasta di negeri ini.

Pada program kali ini (USIA) juga turut mengadakan pemeran bagi membolehkan orang ramai khususnya masyarakat Islam setempat mengenali lebih dekat organisasi dan juga program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut. Antara pemimpin yang sempat melawat gerai (USIA) selain Yahya ianya juga turut dilawai oleh Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr. Marcus Mojigoh dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ir. Edward Yong Oi Fah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan