Ahad, 6 Jun 2010

USIA AMAL SIKAP KETERBUKAAN DALAM GERAKAN DAKWAHNYA




DIHARGAI….Abdullah sambil diperhatikan oleh Abd.Rahman,Nafsiah turut menerima cendera kenangan dari Hamidin selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut

SANDAKAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sememangnya mengamalkan dasar terbukanya dalam melaksanakan setiap program dakwahnya demi kepentingan umat Islam di negeri ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, ini terbukti dengan adanya jalinan kerjasama dengan beberapa badan NGO Islam seperti , Gabungan Ngo-Ngo Islam ( CONCERN) Yadim,jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan Islam seperti Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah ( JHEINS) dan Majlis Agama Islam Sabah (MUIS)

‘ Kita yakin dengan adanya jalinan kerjasama ini turut memperkukuhkan lagi usaha untuk memperkasakan gerakan dakwah yang lebih berkesan dan menyeluruh di negeri ini” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (USIA) bahagian Kinabatangan ke 24 di dewan Datuk Pengiran Galpam dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Abd.Rahman Datuk Pangiran Digadung Haji Galpam,Ketua (USIA) bahagian Kinabatangan Haji Hamidin Radin, dan Ketua Wanita (USIA) bahagian Kinabatangan Datuk Nafsah Datuk Pangiran Galpam

Menurut Abdullah kerjasama ini membuktikan pertubuhan tersebut bukanlah sebuah pertubuhan yang takut kepada dasar keterbukaan dalam melaksanakan gerakan dakwah sebagaimana yang di dakwa oleh sesetengah pihak yang pertubuhan ini bergerak secara persendirian dalam melaksanakan setiap program dakwahnya malah beliau menambah pertubuhan tersebut juga turut mendapat sokongan dan kerjasama dari badan NGO Islam antarabangsa seperti (RISEAP)

“ Semangat keterbukaan ini juga turut mendapat pengiktarafan dari Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman semasa berucap merasmikan Plaza (USIA) Lahad Datu baru baru ini yang turut menekankan akan pentingnya kerjasama dari NGO Islam bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan dimana perlu wujudnya suasana saling melengkapi antara organisasi dakwah berkenaan” tambah Abdullah

Selain itu Abdullah menambah pertubuhan tersebut akan terus melaksanakan program-program dakwahnya bukan sahaja kepada saudara baru akan tetapi ianya akan dibuat secara menyeluruh demi kepentingan masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau menambah setakat ini setiap program yang telah diadakan oleh pertubuhan tersebut telah mendapat sokongan dan penyertaan yang baik dan positif dari masyarakat Islam setempat.

Terdahulu ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut Abdullah mengajak agar ahli-ahli (USIA) terus merapatkan hubungan serta semangat kerjasama sebagai eleman kekuatan yang akan menentukan kejayaan pertubuhan tersebut bagi menghadapi cabaran masa kini.

Katanya jika aspek ikatan ukhwah umat Islam diabadikan bukan sahaja ianya membawa kelemahan kepada umat Islam namun dalam masa yang sama umat Islam akan terpinggir dari arus kemajuan perdana Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan