Rabu, 16 Jun 2010

300 ORANG HADIRI CERAMAH KHAS







MENGHAYATI…Kelihatan Sakaran,Abdullah dan Dollah bersama hadirin lain begitu khyusuk mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Abuhurairah di majlis tersebut.


KOTA KINABALU: Hampir 300 orang terdiri dari wakil wakil pertubuhan sukarela, pelajar dan kakitangan kerajaan telah menghadiri majlis Ceramah Agama Khas mengenai keganasan rejim Zionis Isreal terhadap rakyat Palestin anjuran bersama Pertubuhah Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Yayasan Sabah bertempat di Mini Teater (Tun Hamadan) Menara Tun Mustapha pagi kemarin.

Ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhurairah Abdurrahman mengupas tentang isu keganasan dan penindasan yang telah dilakukan oleh rejim zionis Isreal terhadap rakyat di bumi Palestin.

Turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap penganjuran majlis tersebut termasuklah Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai, Setiausaha Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah selaku wakil pengarah Yayasan Sabah Haji Dollah@ A.Zunaidey Haji Mahmood,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Penolong Setiausaha Agong (USIA) Datuk Arshad Edris.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, penganjuran program tersebut merupakan antara pendekatan yang turut dimainkan oleh pertubuhan tersebut bagi memberikan gambaran jelas kepada rakyat di Negara ini tentang kekejaman serta kezaliman yang dilakukan oleh Isreal kepada rakyat Palestin selama ini.

Katanya, program ini merupakan tanda sokongan kepada rakyat di bumi Palestin agar terus berjuang mempertahankan Negara mereka dari terus dicerubu oleh rejim zionis Isrel.

“ Ini merupakan tanda sokongan moral rakyat Malaysia kepada mereka, disamping memberikan gambaran jelas tentang kesengsaraan rakyat Palestin yang terus ditindas dan melalui program ini kita berharap rakyat Malaysia akan lebih prihatin bagi membantu rakyat Palestin dengan pelbagai bentuk bantuan yang boleh kita salurkan” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan