Ahad, 6 Jun 2010

Tugas Khalifahtullah bukanya mudah-Datuk Nasir Sakaran




JASAMU DIKENAQNG...Datuk Nasir (tengah) dibantu Datuk Amri (kiri)
menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah jemputan,Ustaz Mohd
Farhan Abdullah (kanan) sempena majlis itu di Kota Marudu.




KOTA MARUDU: Tuntutan sebagai Khalifahtullah bukanlah suatu tugas yang
mudah malah ianya memerlukan kefahaman yang jelas melaksanakan suatu
amanah dan tanggungjawab yang sangat berat tapi mulia di sisi Allah
swt, kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran

Katanya,seringan-ringan tanggungjawab sebagai khalifah ialah dengan
melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ayah, atau ibu, mahu pun
sebagai seorang anak.

Beliau menambah,Manakala, antara cabaran besar yang perlu dihadapi dan
perlu ditangani ialah bagaimana hendak menanamkan rasa kehambaan dan
kesungguhan dalam menjiwai dan melaksanakan segala kewajipan kepada
masyarakat yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Nasir berkata,senario ini digawatkan lagi dengan penularan fahaman
liberalisme dan pluralisme Barat yang memperjuangkan prinsip
kebebasan dan rasional akal tanpa batasan. Fahaman yang tidak selari
dengan prinsip-prinsip ajaran Al-Quran dan Sunnah ini amat berbahaya
kerana ia berpotensi memecahbelahkan masyarakat di samping boleh
memesongkan akidah umat Islam. Malah fahaman liberalisme dan
pluralisme ini jika tidak dibendung segera akan membantutkan usaha
melakar kejayaan sewaktu hidup di dunia dengan iringan doa diberi
ganjaran pahala di akhirat kelak.

Nasir ,menjelaskan pada lewat zaman ini, manusia sering leka dan
bersikap acuh tak acuh terhadap perintah agama. Itulah sebabnya
berlaku pelbagai permasalahan dalam masyarakat seperti gejala
pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, hedonisme dan sebagainya yang
telah mencemarkan nilai-nilai hidup beragama.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehawal
Agama Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan Konvensyen
Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah 1431/2010 anjuran
JHEAINS.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Haji Amri Suratman;Penolong Pegawai
Daerah Kota Marudu,Haji Ajak Haji Awang;Ketua Daerah Kota Marudu,Abd
Jalil Haji Janani;Setiausaha Rendah 1,JKM,Haji Said Hinayat;Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS,Hajah Zaloha.



“ Menyedari akan fenomena dan ancaman berkenaan, kita tidak boleh sama
sekali membiarkan segala bentuk fahaman dan perbuatan songsang
berkembang dalam masyarakat. Setiap individu Muslim bertanggungjawab
melaksanakan dakwah bagi menjernihkan akidah Islam dan membasmi
gejala-gejala mungkar khususnya dalam kalangan umat Islam dan
masyarakat seluruhya. Bagi memperkasa dakwah islamiyah, kita perlu
menggilap potensi ‘quwwah’ yang merupakan kekuatan lahiriah dan
‘takwa’ yang merupakan kekuatan rohani,” kata Nasir.

Nasir menambah,Quwwah atau kekuatan lahiriah meliputi aspek-aspek
kesihatan spiritual, fizikal, dan mental Ianya dimantapkan lagi dengan
penguasaan ilmu pengetahuan, ekonomi, sains, teknologi, politik,
ketenteraan dan sebagainya. Manakala takwa pula adalah berkaitan
dengan keyakinan, kepatuhan dan ketaatan sepenuh hati kepada Allah SWT
selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Ujarnya,bagaimanapun, perlu diingat dan disedari bahawa jika umat
Islam hanya menekankan quwwah tanpa berlandaskan kepada takwa, maka
dikhuatiri hasil yang diharapkan tidak mungkin tercapai, bahkan
mungkin menimbulkan cabaran serta masalah lain pula. Demikian jugalah
sebaliknya, tanpa takwa sebagai tunjang, quwwah sebagai natijahnya
tidak akan tercapai.

Nasir menambah, pemilikan kekuatan atau sifat takwa adalah paling
utama dan seharusnya menjadi keutamaan umat. Dengan takwa itulah umat
Islam akan mendapat quwwah yang berupa petunjuk atau idea jalan
keluar dalam menangani pelbagai cabaran hidup di samping rezeki yang
tidak disangka-sangka.

Sehubungan katanya, dengan dinamika sifat takwa itu, maka kita
mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara sekalian
supaya mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar agar
berhasil menyuburkan sifat takwa dalam diri masing-masing. Inilah
jalan yang terbaik dalam menuju kesejahteraan hidup yang abadi kerana
takwa adalah sumber bagi segala kekuatan, kekayaan dan kebahagiaan
duniawi dan ukhrawi. Dan sesungguhnya inilah kaedah holistik yang
akan menjayakan pembangunan yang bermakna dan diredhai Allah SWT.
Oleh:ARSHAD HUSSIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan