Khamis, 3 Jun 2010

USIA BAHAGIAN DIMINTA PERGIATKAN KEMPEN KEAHLIAN



ALBUM KENANGAN...Abdullah bersama Penolong Haji Arshad turut merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel selepas menutup bengkel tersebut
TENOM: Semua bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di negeri ini diminta agar lebih aktif mengadakan kempen keahlian agar lebih ramai lagi masyarakat Islam akan menyertai pertubuhan tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, setiap bahagian perlu berusaha untuk mengaktifkan kempen penambahan keahlian dari masa ke semasa dan berusaha menyampaikan maklumat berhubung dengan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA) khususnya dalam program-program dakwah dan sebagainya.

" Jika ada kempen dan aktiviti berterusan di semua bahagian dan cawangan saya yakin masyarakat Islam di negeri ini akan mendapat gambaran berhubung dengan program yang kita jalankan dan ini sekali gus akan mendorong minat mereka menyertai pertubuhan ini" katanya semasa berucap merasmikan Bengkel Keahlian cawangan dan Bahagian anjuran (USIA) bahagian Tenom di Dewan Serba Guna Masjid daerah Tenom dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Arshad Edris dan Ketua (USIA) bahagian Tenom Paduman Abdul Majid.

Selain dari itu Abdullah juga meminta agar semua bahagian (USIA) di negeri ini mengambil langkah untuk mengemaskinikan rekod keahlian di peringkat cawangan dan bahagian-bahagian masing bagi tujuan untuk dimasukkan dalam data keahlian di peringkat ibu pejabat.

" Setakat ini kita telah berjaya merekodkan lebih dari 20,000.00 ahli dalam sistem pengkalan data kita dan rekod ini akan meningkat dari masa ke sama dan saya berharap usaha yang lebih komited di setiap bahagian diperlukan bagi mempestikan semua keahlian dari 25 bahagian dapat diperkemaskinikan sebelum penghujung tahun ini" tambah Abdullah

Dalam perkembangan berkaitan Abdullah juga tidak menolak kemungkinan akan mengwujudkan pangkalan data keahlian di semua bahagian dan untuk itu katanya pihak ibu pejabat (USIA) akan melatih para pegawainya di semua bahagian untuk memasukkan data sistem keahlian di peringkat bahagian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan